Saya berani bertaruh sekiranya kalau ditanyakan kepada anak-anak Melayu kita, apakah yang kalian tahu dan kenal mengenai Srivijaya, mereka akan terlopong tidak tahu bahawa betapa kehebatan Srivijaya inilah yang harus dikenali oleh bangsa Melayu kita.

Srivijaya adalah sebuah tamadun yang didirikan oleh mereka yang MENJADIKAN EMAS SEPERTI MAINAN HARIAN. Mari kita hayati beberapa point penting dalam kita membincangkan mengenai kehebatan Srivijaya, sebuah tamadun yang bermain dengan emas.

1. Ibnu Kordadhbeh (844-848AD) ada mencatatkan mengenai kekayaan Srivijaya:

“Pemerintah Zabag (nama bangsa arab untuk Srivijaya) dipanggil sebagai maharaja dan saban hari, maharaja akan menerima hasil keluaran empayarnya yang berjumlah 200 man (ukuran yang tidak diketahui bagi menyukat emas di Srivijaya.

Pemerintah Zabaq ini akan menukarkan emas-emas yang merupakan pendapatan Empayar Srivijaya lalu menukarkannya ke dalam bentuk jongkong emas dan melontarkan ke dalam tasik lalu berkata:

“Ini adalah harta aku!”

2. Kekayaan dan keluasan empayar Srivijaya ini adalah sangat mengasyikkan. Dalam catatan yang ditulis oleh Abu Zayd Hassan yang memberi komen terhadap buku yang ditulis oleh Pengembaraan Sulayman di India dan China menulis mengenai Srivijaya yang berbunyi seperti berikut:

“… dikatakan bahawa kekayaan yang dimiliki oleh Srivijaya bersamaan dengan 900 prasang persegi (ukuran Parsi – persamaan dengan 4995 KM). Terdapat juga pulau-pulau yang dikawal oleh rajanya yang berukuran 1000 prasang persegi…”

“…. Sesiapa yang berjalan kaki untuk cuba mengelilingi keseluruhan empayar ini dan apabila dia penat, dia akan berjumpa dengan tempat perlindungan (yakni disediakan oleh pemerintah Srivijaya)

3. Tatkala orang semua lupa pada Srivijaya, sebuah empayar yang hilang dari sejarah dunia, Al Masudi menulis:

“Di Laut Champa (Laut China Selatan) adalah empayar sang Maharaja, raja seluruh kepulauan,yang berkuasa atas kerajaan tanpa batas dan mempunyai pasukan tak terhitung banyaknya. Bahkan kapal yang paling terpantas tidak dapat menyelesaikan dalam masa dua tahun mengelilingi pulau-pulau yang berada di bawah pengaruhnya.Wilayah raja ini menghasilkan segala macam rempah-rempah dan aromatik,dan tiada kerajaan lain (sebagaimana empayar ini) mampu mendapatkan banyak kekayaan dari bumi.”

Kita dapat melihat bagaimana Al Masudi menggambarkan kepada kita bagaimana luasnya empayar Srivijaya. Di katakan kapal yang paling pantas pun tidak dapat menghabiskan masa dua tahun untuk mengelilingi empayar Srivijaya. Kita dapat melihat yang Srivijaya menjadi tempat singahan pedagang dari barat untuk mencari rempah ratus. Sebenarnya, bangsa kita sudah memiliki pelabuhan bertaraf antarabangsa sebelum Melaka berdiri lagi.

4. Al-Biruni dalam catatannya mengatakan bahawa Srivijaya dipanggil sebagai “Negara Emas” kerana emas boleh didapati di mana-mana sahaja di bumi Srivijaya dan Srivijaya dikatakan tiada satu pun kerajaan di dunia yang dikatakan sekaya Srivijaya ketika itu.

5. Dalam catatan China pula mengatakan bahawa mereka memanggil Srivijaya sebagai Jinzhou yang kalau diterjemahkan bermaksud “Daerah Emas” atau “ Perairan Emas”. Diceritakan bahawa kawasan Bukit Seguntang itu penuh dengan emas dan patung Buddha yang bersalut emas dan perak.

6. Pada zaman pemerintahan Maharaja Balaputradeva, I-Ching, sami daripada China yang berhijrah ke Srivijaya untuk belajar agama Buddha telah memberi gambaran bahawa Srivijaya ini juga dikenali dunia sebagai “Kepualaun Emas” sinonim dengan panggilan yang digunakan oleh orang India ke atas nusantara. Boleh jadi juga ini adalah kerana kekayaan Srivijaya.

7. Catatan daripada Ibnu Said dalam manuskrip yang dikumpulkan daripada catatan Ptolemy dan Ibnu Fatima pula pula memperlihatkan peristiwa yang berikut:

“…setiap pagi, kami diberitahu, perbendaharaan kerajaan dibawa, seketul jongkong emas dalam bentuk batu-bata, ke hadapan maharaja yang mana untuk dilontarkan ke sebuah tasik berdekatan istana. Ketika maharaja masih hidup, tiada siapa yang berani mengusik jongkong-jongkong emas di dalam tasik itu. Apabila maharaja mangkat, penggantinya memerintahkan semua jongkong emas di dalam tasik dikeluarkan. Selepas dikeluarkan, emas-emas tadi dikira dan ditimbang, kemudiannya dibahagi-bahagikan di antara kaum kerabat diraja,para jeneral tentera,para hamba dan orang miskin. Bilangan jongkong emas dan beratnya dicatit ke dalam rekod istana dan prestij seseorang raja ditentukan berdasarkan jumlah jongkong emas yang mereka tinggalkan.”

Emas pada waktu itu dibuat mainan sahaja oleh raja-raja melayu ini.

Sekarang, saya mahu ajak kalian berfikir lagi… siapakah kita sebenarnya? Kenapa tamadun luar begitu teruja untuk mencatatkan mengenai kita? Daripada China, Arab, Parsi sehingga ke Ptolemy sendiri menerangkan siapakah kita…

Kalaulah kita adalah bangsa yang bercawat di hutan sebelum Melaka, habis… siapakah Srivijaya, tamadun yang emas hanyalah maianan mereka sebenarnya?

Rujukan:

1. Early Kingdom of The Indonesian Archipelago and The Malay Peninsula. Paul Michel Munoz.

2. Ancient Indian History and Civilization. Sailendra Nath Sen. pg 533

3. Maritime Southeast Asia to 1500. Linda Shaffler.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Comments are closed.