Dari catatan pengembara-pengembara Arab/ Parsi yang pernah sampai ke Alam Melayu (Nusantara) antara abad ke- 8 hingga abad ke-10, maka kita akan mendapati mereka kagum dengan kekayaan-kekayaan dan ketamadunan yang dimiliki oleh kerajaan Srivijaya.

Ibn al-Faqih mencatatkan dalam Kitab al-Buldan bahawa antara benua India ke benua China (Alam Melayu) terdapat sebanyak 30 buah kerajaan. Raja yang paling kecil (paling miskin atau paling sengkek) memiliki apa yang dimiliki oleh Raja Arab.

Kemudian Ibn al-Faqih mencatatkan bahawa kerajaan yang paling besar di wilayah itu adalah kerajaan Srivijaya (Arab menyebutnya dengan nama Al-Zabaj). Rajanya memakai nama ‘Maharaja’ yang bermaksud raja bagi sekalian raja.

Catatan ini sezaman kerajaan Abbasiyah. Adakah Ibn al-Faqih memaksudkan bahawa raja di Alam Melayu yang paling sengkek, kekayaannya setanding kekayaan khalifah Abbasiyah?


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Kalau raja paling sengkek kekayaannya setanding khalifah Abbasiyah, bayangkan pula kekayaan Maharaja Srivijaya.

Abu al-Qasim Ubaidillah bin Abdullah yang juga dikenali dengan nama Ibn Khordhabeh mencatatkan bahawa pendapatan cukai sahaja bagi Maharaja Srivijaya adalah sebanyak 200 jongkong emas sehari. Satu jongkong seberat hampir 1kg. Maknanya pendapatan Maharaja Srivijaya sehari hampir 200 kg emas.

1 kg emas harganya hari ini sekitar RM 190,000. Jika didarab dengan 200 kg bersamaan RM 38 juta. Ini bermakna sehari pendapatan Maharaja Srivijaya sekurang-kurangnya sebanyak RM 38 juta.

Ibn Khordhabeh juga menulis bahawa Maharaja Srivijaya mencampakkan jongkong-jongkong emasnya ke dalam kolam setiap hari.

Abu Zaid as-Sirafi pula menulis bahawa istana Maharaja Srivijaya terletak di atas kolam (istana terapung). Jika air kolam itu surut, maka kelihatan jongkong-jongkong emas yang berkilau-kilau disinari cahaya matahari.

Buzurg al-Ramhurmuzi pula mencatatkan bahawa pembangunan di Srivijaya sangat mengagumkan. Terdapat ramai pengurup wang iaitu lebih dari 800 pengurup wang dalam pasar di Srivijaya yang menggambarkan kekayaan penduduknya.

Pada zaman ini, negara-negara penjajah seperti England dan Belanda dipandang sebagai negara yang miskin dan tidak bertamadun (zaman gelap). Manakala Sepanyol dan Portugal masih di bawah kekuasaan Islam Andalusia.

Kemudian apabila Alam Melayu dijajah oleh barat, kekayaan nenek moyang kita telah diragut dan penjajah menggambarkan nenek moyang kita adalah bangsa yang miskin. Akhirnya, hari ini ada lagi orang percaya bahawa nenek moyang kita dulu tinggal atas pokok dan bercawat. Inilah pentingnya sejarah.

Jadi tidak ada apa nak dihairankan dengan kekayaan-kekayaan sultan Melaka seperti yang dicatatkan oleh Portugis termasuk pemilikan emas yang melimpah ruah.

Kalau anda berminat dengan sejarah Srivijaya yang kami ringkaskan dalam artikel ini, makanya kami nak mengajak anda membeli buku terbaru kami, Empayar Melayu Srivijya pada pautan shopee ini: t.ly/9z3K

Share.

Memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Undang-undang Islam (LLM), Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia. Kini sedang menyambung pengajian Doktor Falsafah di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia. Pengarah Maktab Tamadun Alam Melayu dan Islam.

Comments are closed.