Semua orang akan kalah kalau lawan dengan burung sendiri. Entah kenapa, Australia tidak mengambil iktibar daripada fitrah semulajadi ini. Mereka selamba mengisytiharkan per.ang terhadap burung emu pada 2 November 1932.
Lapan hari kemudian, peper.angan ini ditamatkan… dan Australia tewas. Apa yang sebenarnya berlaku? Apa yang menyebabkan Australia cuba lawan emu?
Masalah bermula selepas Per.ang Dunia Pertama. Australia yang tiada kena mengena dengan Dunia Eropah pun diheret sekali sebagai tanda solidariti dalam Empayar British.
Lebih daripada 300,000 warga Australia dibawa ke medan pepe.rangan, terutamanya di Timur Tengah dimana mereka berjaya menak.luki Gaza dan Jerusalem daripada tangan Uthmaniyah.
Australia ketika itu mempunyai sebuah program pertanian (seperti FELDA senang kata). Cuma mereka menanam gandum, dengan jaminan subsidi daripada pihak kerajaan.
Angkara Kemelesetan Besar, kerajaan terpaksa mungkir janji (macamlah tak faham politik). Harga gandum mentah menjunam secara mendadak. Tanpa subsidi, para petani ini tentu sekali terpinga-pinga.
Mereka sangat bersedia untuk menuai hasil. Tetapi mereka enggan menghantar hasil tuaian (Johnson, 2006).
Sudahlah jatuh kerana punca pendapatan terjejas… petani-petani ini ditimpa tangga pula. Kerana mereka berdepan dengan bala penghijrahan burung emu.
Sekarang bayangkan burung begitu besar memecut laju, dengan berat 18 hingga 60 kilogram. Itulah nasib petani-petani Australia ini. Bukan seekor dua… malah bukan 10 atau 20 ekor… jauh sekali 100 ke 200 ekor pun.
Kerana golongan petani ini berdepan dengan penghijrahan 20,000 ekor burung emu.
Asalnya kawanan emu ini berhijrah ke kawasan pesisiran laut. Tetapi untuk industri pertanian, warga Australia telah mengusahakan tanah berhampiran. Kawanan emu ini lebih suka dengan pengairan baru ini.
Jadi mereka berkampung di ladang gandum Chandler dan Walgoolan.
Mereka tidak datang seorang diri. Begitu laju mereka merem.pµh pagar ladang, membuka laluan untuk arnab yang menjadi perosak tanaman.
Para petani ini tidak bercakap banyak. Mereka meminta kelulusan daripada Menteri Pertahanan iaitu Sir George Pearce, untuk menggunakan sen.jata api mesin. Pearce pun bersetuju… cuma meletakkan syarat yang mesingan ini hanya boleh digunakan anggota ten.tera sahaja.
Bunyi Semboyan
Amanah perjµangan ini diletakkan pada bahu Mejar G.P.W. Meredith yang mengetuai Sarjan S. McMurray dan Gunner J. O’Halloran. Mereka membawa 10,000 butir pelµrµ (Robin, et al., 2009).
Hujan lebat menangguhkan operasi mereka, kerana kawanan burung lari berselerakan.
Musim hujan berhenti pada 2 November 1932. Dan para anggota pun turun padang untuk mengumpulkan kulit emu (untuk dibuat topi).
Pada hari pertama, mereka terserempak dengan 50 ekor emu yang entah bagaimana jauh lebih pintar.
Mereka mahu mengumpulkan semuanya ke satu tempat… tetapi emu bagaikan memberi jari tengah dan lari ke merata tempat. Temba.kan rambang mereka terkena 12 ekor sahaja… 12 daripada 20,000 ekor.
Dua hari kemudian, anggota-anggota Australia membuat ser.angan hendap selepas terlibat 1,000 ekor emu. Kali ini mereka tunggu sampai emu betul-betul hampir. Rancangan mereka berjaya. Semua emu termakan umpan.
Senj.ata mereka boleh pula tersekat (jammed) selepas membµnµh 12 ekor (Burton, 2013). Pada hari keempat, Meredith sedar yang emu ini sebenarnya cilik.
Kedatangan anggota Australia disedari emu, yang akan memberi amaran secara berangkaian.
Selepas enam hari berusaha, Meredith garu kepala. 2,500 butir pelµrµ telah dibazirkan. Mereka hanya membµnµh dalam 50 hingga 500 ekor sahaja. Asalnya mereka sangka emu ini akan ditem.bak ma.ti dengan mudah.
Masalahnya, kawanan emu macam pandai dalam ilmu gerila pula – jumlah besar yang berselerak dalam kumpulan-kumpulan kecil sampai senj.ata mereka bagaikan pisang dalam tangan.
Dan sudah pastinya tiada anggota Australia yang terbµnµh dalam operasi ini. Kalau ada, memang tolol sangatlah.
Emu Menang
Operasi ini menjadi perbualan hangat dalam Dewan Rakyat. Hujah ahli politik menjadi perbualan media, yang teruk mengecam Sir George Pearce dan Mejar G.P.W. Meredith.
Dalam percubaan kedua, Australia berjaya menundukkan 2,500 ekor emu… barangkali mengurangkan impak terhadap industri gandum. Akan tetapi, emu tidak berhenti menye.rang contohnya pada tahun 1934, 1943 dan 1948.
Tiga kali ini para petani memohon bantuan kerajaan… yang ditolak. Sebaliknya kerajaan menyediakan ganjaran bagi sesiapa yang berjaya menemb.ak ma.ti emu. Kira boleh tahanlah – ten.tera Australia boleh menang di Timur Tengah… tetapi kalah di tempat sendiri. Lawan burung pula.
RUJUKAN:
Burton, A. (2013, Ogos 1). Tell me, mate, what were emus like? Frontiers in Ecology and the Environment. 11 (6): 336.
Johnson, M. (2006). Feathered foes: (ditapiskan) settlers and Western Australia’s Emu (ditapiskan) of 1932. Journal of Australian Studies. 30 (88): 147-157.
Robin, L, et al. (2009). (ditapiskan) and Bust: Bird Stories For a Dry Country. CSIRO Publishing. Halaman 256.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih