Pernah diceritakan oleh Tun Sri Lanang di dalam Sulalatus Salatin, pada kisah “Rahsia Pembunuhan Raja Zainal”, ditulisnya tentang keindahan rupa paras dan perwatakan seorang Raja Melayu bernama Raja Zainal.

Juga tentang aktiviti berkuda yang menjadi kegemaran baginda dan bagaimana baginda Tuanku disayangi malah digilai wanita kerana rupa paras baginda yang indah memukau.

Telah ditulis di dalam Sulalatus Salatin susunan A. Samad Ahmad pada mukasurat 235 seperti berikut;

“Alkisah maka tersebutlah perkataan peribaik paras saudara Sultan Mahmud Syah, bernama Raja Zainal, seorang pun tiada taranya pada zaman itu; kelakuannya pun terlalu baik, sedap manis, pantas, pangus.”

*Pangus: cekap, tangkas, cergas.

Jika baginda berkain memancung, pan­cungnya digantung, daripada hendakkan baik perbuatan pancung itu.

Pancung kain: punca/lipatan kain atau samping.

“Maka ada seekor kuda baginda, Ambangan namanya, terlalu. Sangat dikasihi baginda; dekat peraduan baginda itu seruang dilapangkan di sanalah kuda itu ditambatkan, maka dua tiga kali semalam dibanguni baginda.”

“Bila Raja Zainal akan berkuda, maka baginda memakai; setelah sudah memakai, maka bergosok bau-bauan, sepasu jebat-jebatan digosokkan baginda kepada kuda itu. Maka pergilah baginda berkuda; maka geruparlah segala lebuh pekan, melihat Raja Zainal lalu itu.”

Jebatan: wangian

“Maka segala anak bini orang dan segala anak dara-dara yang taruhan, sekaliannya beterpaan hendak melihat Raja Zainal;”

*Macam starstruck la ni kiranya bila para gadis dan wanita melihatkan akan ketampanan baginda Raja Zainal ni.

“Ada yang menengok dari balik pintu,
Ada yang menengok dari kisi-kisi,
Ada yang menengok dari tingkap,
Ada yang menengok dengan menyingkap atap,
Ada yang memesukkan dinding,
Ada yang memanjat pagar.”

*Semua excited!

“Maka rupa pengidah perempuan itu tiadalah tersembunyi lagi, rupa sirih masak, dan gantal, dan lelat, berpuluh-puluh bungkus; bunga Cempaka digubah; bunga melur diangkat berpuluh cepar; bulang-bulang bunga dikarang; gajah gemuling berpuluh cepu; bau-bauan kelembak masak…

Gantal: gulungan sirih
Lelat: pemberian sirih
Bulang-bulang: lilitan kain di kepala
Kelembak: sejenis gaharu

…narawastu beratus cembul, jejebat masak berair mawar; bunga air wangi apatah lagi; maka barang yang berkenaan juga diambil baginda, barang yang tiada berkenan diberikan baginda pada segala orang muda-muda pengiring baginda; maka cabullah negeri Melaka pada masa itu.”

Narawastu: sejenis tumbuhan yang wangi akarnya. Serai wangi.

“Cabullah negeri Melaka pada masa itu;” bermaksud keluar dari adat kebiasaan kerana pemberian atau kurnia dari seorang raja kepada hamba rakyat adalah sesuatu yang bukan satu kebiasaan di Melaka ketika itu.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pensyarah yang minatnya pada sejarah dan warisan Melayu. Membaca kerana hobi dan menulis kembali untuk terus berkongsi.

Comments are closed.