Siapalah yang tidak kenal Itali. Negara ini sangat popular dengan pasta, piza dan vespa. Penggiat sejarah pula mengenali Itali dengan nama-nama hebat seperti Amerigo Vespucci, John Cabot dan Marco Polo.
Peminat bola sepak melihat Itali dengan nama Francesco Totti, Gianlugi Buffon dan Giorgio Chiellini. Pengurus yang membawa piala Liga Perdana Inggeris pertama ke Stadium Etihad (Manchester City) juga berbangsa Itali.
Itali juga hebat dengan pengeluaran macam-macam jenis keju. Rakyat Malaysia mungkin tahu tentang cheddar, mozarela, parmesan dan sebagainya. Tetapi rakyat Itali sendiri tidak mungkin menyenaraikan semua keju yang dibuat negara.
Kerana Itali mempunyai 2,500 jenis keju yang 500 daripadanya bertaraf antarabangsa. 77 jenis keju berasal hanya daripada wilayah Lombardy. Dan Parmiagiano-Reggiano hanya boleh dibuat di Parma.
Macam-macam jenis keju… yang boleh dimakan begitu saja.
Tetapi ada satu keju yang sebenarnya diharamkan Itali sendiri. Malah bukan Itali saja yang melarang jualannya. Seluruh Kesatuan Eropah menetapkan den.da berat bagi sesiapa yang didapati menjual (Frauenfelder, 2005).
Keju ini ialah casu martzu yang bermaksud “keju busuk”, berasal daripada Pulau Sardinia yang memanggilnya “casu frazigu”.
Apa Sebab Ia Busuk?
Konsep syurga neraka sesuai dijadikan kiasan untuk memahami dunia keju. Diulangi semula, sekadar kiasan. Kalau keju-keju sedia ada yang terkenal dianggap “ahli syurga”, casu martzu memang “ahli neraka”.
Ia memang teruk, tambah pula bagi sesiapa yang takut pada serangga. Kerana itulah kaedah pembuatannya, walaupun sangat rumit.
Casu martzu tidak dibuat dengan cara penapaian biasa. Ramuannya bermula dengan susu kambing yang dibuat keju pecorino terlebih dahulu.
Siap saja, pembuat keju akan menebµk lubang untuk laluan lalat skipper (spesis piophila casei).
Pelik, bukan? Serangga yang menjeaskan makanan sekarang dialu-alukan? Sebab itulah dikiaskan “ahli neraka”, sebab casu martzu memang terbalik kalau dibandingkan dengan fitrah pemakanan lain.
Lalat betina akan bertelur dalam casu martzu. Seekor lalat mampu mengeluarkan lebih daripada 500 biji telur setiap kali (Berenbaum, 1993). Apabila menetas, ulat lalat ini akan memakan keju dari dalam.
Asid daripada sistem pencernaan lalat akan “merungkaikan” lemak keju ini, sekali gus melembutkan tekstur untuk dimakan. Cuma apabila siap, casu martzu masih mengandungi ribuan ulat lalat.
Kalau berasa diganggu, ulat ini boleh melompat 15 sentimeter tinggi. Sesetengah orang yang membeli casu martzu tidak suka makan ulat. Jadi mereka akan menyimpan casu martzu dalam sebuah bungkusan bertutup.
Tanpa oksigen, semua ulat akan lompat menggila sampai boleh dengar bunyi mereka mela.nggar bungkusan. (Hay, 2020). Cara ini tidak relevan jika pembuat keju menggunakan centrifuge, yang akan memusing keju dengan laju untuk menggabungkan ulat dan keju hingga sebati.
Masalah Kesihatan
Selagi ada permintaan, makanan terlarang tetap ada pelanggan. Kalau tidak boleh dibeli secara terbuka, mesti orang akan membeli dalam pasaran gelap.
Casu martzu hanya boleh dibeli melalui pasaran gelap, mahal dan tidak terjamin selamat (Trofimov, 2000).
Pasaran gelap menjana pendapatan konsisten dalam lingkungan €2 hingga €3 juta. Walaupun ada usaha untuk memintas sekatan (dengan cara mengisytihar makanan tradisional), casu martzu masih tidak dijual secara terbuka. Kerana ramai khuatir tentang keselamatannya.
Ulat ini dipercayai mampu menyebabkan masalah kesihatan. Terdapat kebarangkalian tinggi yang ulat ini tidak ma.ti dalam mulut semasa keju dikun.yah. Semasa dalam perut, ia boleh menced.erakan usus – tetapi ini masih lagi dalam teori, kerana jualan casu martzu tidak dibenarkan. Mungkin banyak kes akan dilaporkan, jika keju ini dijual secara terbuka.
Namun bagi yang meminati keju ini, mereka sanggup mengambil ris.iko. Casu martzu mempunyai rasa yang kuat sampai lekat dalam mulut walaupun selama berjam (Petroni, 2021). Dan ramai orang di Sardinia menyukai casu martzu… dan pada masa yang sama, ramai juga membencinya.
RUJUKAN:
Berenbaum, M. (1993). Ninety-nine more maggots, mites and munchers. University of Illinois Press. Halaman 10-14.
Frauenfelder, M. (2005). Most Rotten Cheese. The World’s Worst: A Guide of the Most Disgusting, Hideous, Inept and (ditapiskan) People, Places and Things on Earth. Chronicle Books. Halaman 22-23.
Hay, M. (2020, Mac 31). The secret (ditapiskan) behind the world’s most (ditapiskan) cheese. The Outline.
Petroni, A. (2021, Mac 19). Casu marzu: The world’s most (ditapiskan) cheese. CNN.
Trofimov, Y. (2000, Oktober 23). As a cheese turns, so turns this tale of many a maggot – crawling with worms and illicit, Sardinia’s ripe percorinos fly in the face of edible reason. Wall Street Journal. 236 (37).
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih