Dalam tulisannya ‘Malay Sketches’, Frank Swettenham ada menggambarkan kecantikan dan keindahan personaliti seorang wanita bangsawan Melayu di zamannya.
Watak wanita berdarah raja itu dinamakan Raja Maimunah. Ia digambarkan sebagai yang berikut:
“Kulitnya amat cerah, bertubuh kurus namun bentuknya sungguh mempesonakan, dengan tangan dan kakinya yang kecil, berwajah bujur sireh dan dan mata yang indah, berkilauan laksana telaga berwarna biru-putih di mana terapungnya seperti teratai, anak matanya yang gelap, berkelip atau berwaspada dalam penampilan yang berubah-ubah dari kelopak mata yang terbuka lebar atau separuh tertutup yang diteduhi oleh bulu mata hitam panjang. Hidungnya kecil, lurus, dan terletak dengan baik, dan bibir tersenyum melengkung yang mendedahkan gigi yang tersusun sempurna dan memutih.
Di kedua pipinya ada ‘lesung pipit’, sebagaimana orang Melayu memanggilnya, lesung pipit yang begitu mempesonakan sehinggakan siapa yang melihatnya akan tergoda hingga mati. Rambutnya hitam berkilat menutupi dahi bujur sirehnya, terurai ke belakang dari atas kepalanya lalu disanggul dengan empat tusuk bertatahkan permata.”
Cerita tentang Raja Maimunah, suaminya, Raja Iskander serta skandalnya dengan watak bernama Raja Sleman “orang asing dari negeri jiran” mirip kisah Raja Abdullah (kemudiannya menjadi Sultan Abdullah Muhammad Shah II) dengan isterinya Raja Tipah puteri kepada Sultan Shahabuddin Ri’ayat Shah. Raja Sleman dalam kisah Swettenham ini pula mirip dengan karakter Raja Daud, yakni putera raja dari Selangor.
Sebagaimana gambaran Kapten James Low sekitar tahun 1827 mengenai personaliti wanita-wanita Perak, gambaran dari Swettenham ini juga mengesahkan betapa kecantikan dan keperibadian wanita-wanita Perak berada pada kelasnya yang tersendiri dari kacamata lelaki Inggeris.
Imagine this… seorang lelaki Inggeris mengaku lesung pipit wanita Melayu mampu menggoda sesiapa yang melihatnya sampai mati.
~Srikandi
Bidasari of Tanjung Belanja
Foto menunjukkan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah pada upacara perkahwinan Diraja di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak pada 7 hingga 11 September 1983. Perhatikan hiasan di belakang pasangan diraja ini yang menampilkan seni tekat warisan negeri Perak.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih