Kita pernah bercerita tentang zaman kegemilangan muzik independent di Malaysia. Kegemilangan muzik indie kemuncak pada pertengahan 2000-an melalui siri konsert Rock The World yang mengetengahkan nama-nama besar seperti Plague of Happiness, Disagree, Pop Shuvit, Republic of Brickfields, Love Me Butch dan lain-lain nama yang menjadi ikon baru dalam scene muzik lokal. Tetapi, setiap zaman kegemilangan pasti ada pasang surutnya.

Muzik indie yang berjaya mendapat perhatian anak muda telah sampai ke jalan buntu apabila pengaruh muzik dilihat semakin pudar walaupun masih ada lagi beberapa kumpulan yang aktif mengeluarkan material dan mengadakan persembahan.. Hal ini terbukti apabila puluhan kumpulan yang memperjuangkan genre ini muncul seiring dengan kekerapan lagu-lagu mereka yang dimainkan di corong-corong radio (Kosmo, 2014).

Walau bagaimanapun, penurunan minat masyarakat terhadap genre indie dizahirkan pada Festival Muzik Indie Kuala Lumpur tahun 2012 di Laman Santai, Istana Budaya. Festival yang berlangsung dari jam 3 petang mendapat sambutan hambar daripada orang ramai biarpun tiket masuk adalah percuma (Utusan, 2012).

Biarpun ada beberapa kumpulan indie yang dikenali ramai seperti OAG dan Monoloque, namun peminat yang hadir dapat dihitung dengan jari. OAG sebagai kumpulan terakhir yang membuat persembahan hanya disaksikan oleh 50 orang lebih peminat yang tetap setia menunggu sehingga jam 11.45 malam (Utusan, 2012). Kejadian ini dilihat sebagai satu aras penanda kejatuhan muzik indie apabila kumpulan-kumpulan muzik indie gagal menarik kehadiran orang ramai untuk menyaksikan persembahan mereka.

Apakah faktor-faktor kejatuhan muzik indie di Malaysia? Mari kita semua lihat supaya ia boleh dijadikan pengajaran buat scene kita.

  • Kekurangan media independent yang bergerak aktif

Sejak penutupan XFM pada 9 Julai 2012, tiada lagi nama-nama band indie yang berkumandang pada mulut anak-anak muda. Kepentingan media independent adalah menyebarkan sebarang berita kepada masyarakat tanpa sebarang prejudis. Band terpaksa bergerak sendiri tanpa dibantu oleh media menyukarkan muzik mereka tidak mencapai capaian yang meluas. Muzik sama seperti bisnes, memerlukan pemasaran untuk bergerak seiring. Malah jika diikutkan, tiada pelapis untuk media independent sekitar tahun 2012 sehingga 2017. Tiada hebahan untuk gig buat anak muda yang dilakukan secara meluas. Jika tidak, pasti ada gig setiap hujung minggu dan disebut oleh orang ramai.

  • Kejatuhan industri buku

Tiada berita gembira buat penerbit buku apabila kerajaan kurang memberi perhatian untuk membantu industri perbukuan tempatan yang kian merosot. Sejak baucar buku dimansuhkan, ini menyukarkan penerbit buku menerbitkan buku. Apa perkaitan dengan scene muzik?

Kebanyakan penulisan tentang muzik indie di Malaysia adalah sangat kurang. Ramai orang tahu tentang kewujudan muzik bawah tanah, tetapi ia hanya ditulis di blog, zine dan juga majalah ROTTW yang pernah menjadi fenomena satu ketika dahulu. Kewujudan muzik indie juga hanya dibawa dari mulut ke mulut. Apabila kurang sambutan dari pembaca, maka apabila ada penulis yang berminat tentang muzik memberikan proposal kepada penerbit, idea tersebut akan ditolak mentah-mentah kerana ditakuti lambakan buku di pasaran tanpa ada pembeli tegar.

  • Kewujudan komuniti independent yang kian pudar

Myspace adalah platform utama untuk sesebuah band memperkenalkan lagu-lagu mereka. Dengan kod HTML, kebanyakan pengguna akan meletakkan lagu-lagu band di profil mereka. Apa yang menarik, pengguna boleh membuat senarai lagu berdasarkan muzik yang dimuat-naik oleh pemuzik-pemuzik ini.

Kemudiannya, senarai lagu ini boleh ditempatkan di dalam profil bagi membolehkan rakan-rakan yang lain melihat senarai lagu yang dihasilkan. Dengan fungsi ini, ia sering dijadikan platform untuk mendengar lagu yang sah sebelum kebangkitan Youtube dan Spotify.  Yuna, Kugiran Hujan, Meet Uncle Hussain, Statik, Joanna & Co, dan lain-lain adalah band yang mengambil peluang tersebut.

Kewujudan komuniti ini diperkuatkan lagi dengan Yahoo Messenger, MIRC dan juga Skype. Setiap band ada peminatnya tersendiri. Contohnya Butterfingers bersama Royalbutters, Hujan bersama Raingers, Bunkface bersama Bunkers dan macam-macam nama lagi.

Sebahagian besar pengguna Facebook pada hari ini kebanyakannya bermigrasi dari Myspace satu ketika dahulu. Di Facebook, sangat kurang komuniti berkenaan muzik. Ia tidak sekuat Myspace. Facebook adalah tempat dimana kurangnya komuniti, di sini hanya mengamalkan kehidupan nafsi-nafsi sahaja.

Dari situ, kewujudan komuniti tidak menjadi penggerak untuk meningkatkan nama-nama band yang sedia ada dan hanya ditelan oleh arus zaman. Malah kebanyakan anak-anak muda yang pergi gig satu ketika dahulu terpaksa berhadapan dengan realiti arus pemodenan iaitu belajar, kerja dan kahwin membuatkan mereka tidak meluangkan masa untuk pergi ke gig.

  • Band tidak aktif mengeluarkan material

Salah satu mengapa scene menjadi sunyi adalah beberapa band yang gah ketika dahulu menyepikan diri tanpa mengeluarkan material baru. Laman sosial yang tiada update, hanya sepi menunggu mati. Tiada khabar berita. Ini membuatkan peminat muzik dan organizer melihat sesebuah band itu telah ‘mati’. Sewajarnya sesebuah band perlu meriliskan material baru supaya diingati oleh peminatnya walaupun hanya sebuah lagu sahaja.

  • Media arus perdana tidak memberikan tumpuan

Perlu diingatkan, media arus perdana hanyalah sebagai ‘penambah perisa’ dalam scene muzik independent ini. Media arus perdana hanya mahu meraih rating sahaja dan jika rating mereka tidak tercapai dengan scene independent, maka scene indie dibiarkan sehingga menunggu masa untuk mati.

Anak-anak muda yang tidak menonton televisyen saban waktu membuatkan rating menurun. Orang sudah tidak kenal apa itu gerakan secara independent. Meskipun perkembangan arus teknologi serta smartphone memainkan peranan, tetapi jangan dilupa bahawa suatu masa dahulu rancangan Versus pernah menjadi buah mulut orang ramai sehingga diteruskan sehingga musim kedua.

Itulah antara 5 faktor utama kejatuhan band indie di Malaysia. Sejak akhir-akhir ini, band-band indie mula muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Gig-gig diadakan pada setiap hujung minggu. Itu adalah satu perkembangan yang cukup baik. Namun, perlu diingatkan bahawa jika bukan anak muda sendiri yang membangunkan scene kita ini, siapa lagi yang perlu menggalas tanggungjawab?


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Mirza Danish merupakan seorang copywriter yang bekerja di syarikat swasta. Seorang pembaca dan juga penulis cerpen. Masa lapangnya diisi dengan bermain gitar, membuat vlog dan juga pergi ke gig pada hujung minggu. Juga merupakan seorang fanclub 'Hujan' yang digelar Raingers. Graduan dari UiTM Pasir Gudang dalam bidang kejuruteraan awam.

Comments are closed.