Dunia Hollywood mempunyai sebuah peralihan zaman yang berlaku setiap 10 tahun. Bagaimana Dolph Lundgren dan Tommy Lee Jones mewarnai zaman 1990-an, begitulah Brad Pitt dan George Clooney menghiasi zaman 2000-an.
Dalam tempoh 10 tahun yang lepas, Christian Bale dan Robert Downey Jr. amat menyerlah.
Keenam-enam pelakon ini tergolong dalam satu senarai panjang digelar “Decade Defining”, yang turut melibatkan pelakon-pelakon wanita seperti Linda Hamilton dan Jennifer Connelly, Angelina Jolie dan Megan Fox dan Jennifer Lawrence dan Scarlett Johannson.
Tidak lupa juga Johnny Depp yang mempunyai sebuah karier sangat masyhur dengan lakonan-lakonan unik seperti Edward Scissorshands, Jack Sparrow dan Willy Wonka.
Namun Depp digelumangi dengan masalah d4d4h dan minuman keras sejak berusia 11 tahun lagi. Ketika umur 14 tahun, Depp sudah mencuba semua jenis d4d4h (Kimble, 2016). Depp juga pernah menghadapi masalah dengan undang-undang.
Tiga kali beliau dib3rk4s dalam masa 10 tahun – meny3r4ng seorang pengawal padahal beliau yang berparti di bilik hotel, mengh4ncurkan bilik the Mark Hotel dan menvmbvk seorang paparazi.
Ketiga-tiga kes ini tidak menjadi penghalang buat Depp. Malah pada tahun 2012, Depp dituduh membiarkan pengawal keselamatannya berkasar pada seorang profesor yang lumpuh.
Robin Eckert mendakwa dirinya digari dan diseret 12 meter sampai terkehel siku (Williams, 2012).
Depp turut menghadapi masalah kewangan, kerana didapati berbelanja AS$2 juta sebulan sampai berhutang keliling pinggang dan tidak membayar pengawal peribadinya.
Macam-macam masalah menimpa Depp, terutamanya terhadap keperibadian sendiri. Kalau seorang ahli politik bertukar-tukar portfolio kerajaan setiap penggal, Depp bertukar-tukar wanita.
Selepas Lori Allison, Depp bersama Sherilynn Fenn, Winona Ryder, Kate Moss dan Vanessa Paradis dalam tempoh 30 tahun.
Tetapi pada tahun 2015, Depp membuat kesilapan yang menghantuinya hingga hari ini. Itulah tahun beliau berkahwin dengan Amber Heard.
Perkahwinan mereka bertahan 15 bulan sahaja, sebelum Heard memohon c3r4i dan mendapatkan perintah pembatas.
Heard mendakwa Depp suka marah dan pvkvl, kadangkala dipengaruhi d4d4h (France, 2016). Depp menafikan, walaupun Heard mengangkat sumpah berkata benar.
Sebelum mereka disahkan berc3r4i, pihak media menyiarkan bukti-bukti s3r4ngan fizikal yang Depp didakwa bertanggungjawab.
Setelah bertukar-tukar hujah dan berp3r4ng dalam media, Depp dan Heard menamatkan kemelut rumahtangga ini mengatakan, “kami dalam hubungan yang sentiasa berkasih antara satu sama lain tetapi kadangkala mengg4n4s, tetapi sentiasa diikat cinta.” (Carroll, 2016).
Kes Timbul Semula
Sebuah artikel pendapat diudarakan The Washington Post pada Disember 2018 menimbulkan semula isu yang sudah tenggelam. Penulis artikel itu ialah Amber Heard sendiri, yang menceritakan dirinya sebagai m4ngs4 pend3r4an rumah tangga (Griffith, 2019).
Memandangkan Heard hanya berkahwin dengan Johnny Depp, jelas sekali naratif penulisan itu ditujukan pada Depp walaupun tiada nama disebut. Jadi Depp pun mengemukakan saman sebanyak AS$50 juta terhadap Heard.
Saman ini menjelaskan bahawa bukan Depp yang mend3r4 pasangan. Sebaliknya Heard yang melakukan semuanya. Turut bersama saman ini ialah sekeping gambar mata Depp yang bengkak… dan juga satu kisah pelik: Heard membuang air besar di atas katil.
Dan Heard pula membalas saman mengatakan Depp cuba menggunakan kuasa Internet untuk memecatkan Heard daripada Aquaman.
Saman tidak bertukar-tukar tangan antara mereka. Depp membuat saman fitnah terhadap News Group Newspapers di England yang menerbitkan akhbar The Sun.
Tabloid tersebut pernah melabel Depp sebagai “wifeb34ter” (kaki pvkvl isteri). Depp sebenarnya tewas dalam saman ini, kerana The Sun dikatakan mempunyai bukti kukuh yang memang Depp pvkvl Heard.
Selepas kalah dalam saman ini, dunia Depp semakin kelam. Beliau diminta berundur daripada Fantastic Beasts secara terhormat, meskipun pembawaannya sebagai Gellert Grindelwald jauh lebih baik untuk dibandingkan dengan Ralph Fiennes sebagai Tom Riddle.
Ada yang berpendapat karier Depp semestinya berakhir susulan kekalahan ini. Dalam Dunia Hollywood yang digelumangi dengan dosa Harvey Weinstein misalnya, kes Depp sememangnya besar.
Tetapi buat masa ini, Depp mungkin mampu kembali semula. Kerana Robert Downey Jr. dilaporkan sedang berusaha untuk memasukkan Depp dalam Sherlock Holmes 3.
RUJUKAN:
Brozan, N. (1994, September 14). Chronicle. The New York Times.
Carroll, R. (2016, Ogos 16). Amber Heard settles domestic (ditapiskan) case against Johnny Depp. The Guardian.
France, L.R. (2016, Ogos 16). Johnny Depp and Amber Heard Settle Divorce. CNN.
Griffith, J. (2019, Mac 4). Johnny Depp sues ex-wife Amber Heard for $50 million for allegedly defaming him. NBC News.
Kimble, L. (2016, Jun 7). Drinking, (ditapiskan) and ‘Hillbilly Rage’”: Johnny Depp’s own words about his troubled past. People.
Williams, L. (2012, November 2). UC Irvine prof can seek (ditapiskan) from Johnny Depp in concert scuffle. Los Angeles Times.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih