Cakap pasal mamalia bertelur, orang ramai mesti setuju punya. Sudah nama mamalia, mestilah yang jantan ada telur. Yang betina pun ada telur, untuk bersenyawa dengan sperma. Tetapi kalau cakap mamalia mengeluarkan telur yang dieram, mesti ada naik seram. Itu lain bunyinya – takkan mamalia boleh bertelur macam burung atau reptilia pula? Bukan semua mamalia melahirkan anak?

Untuk pengetahuan semua, sains sudah lama tahu pasal segelintir mamalia boleh bertelur. Cuma ilmu ini tidak tersebar secara meluas sampailah kajian lama diteliti balik. Sekitar zaman 1800-an, saintis haiwan (zoologist) Scotland merantau sampai ke Australia dengan misi untuk belajar pasal platypus (Ornithorhynchus anatinus). Haiwan ini adalah berkelas mamalia dalam kumpulan Monotremata bersama tenggiling berduri iaitu enchidna (Tachyglossidae).

Enchidna.

Leluhur Yang Sama

Saintis percaya platypus dan enchidna berasal daripada benih spesis Steropodon galmani (Phillips, et al., 2009). Haiwan ini hidup antara 105 juta hingga 93.3 juta tahun yang lalu, bercambah-cambah melalui evolusi sampailah hari ini. Pemisahan enchidna daripada S. galmani dipercayai berlaku antara 20 juta hingga 50 juta tahun yang lalu. Dan apa yang menarik tentang haiwan-haiwan ini adalah: mereka adalah mamalia yang bertelur.

The Patriots berada di PBAKL 2022 bermula 3 June sehingga 12 June. Jumpa di sana!

Enchidna sudah lama diketahui boleh bertelur. 22 hari selepas membiak, telur akan terhasil dengan cangkerang berkulit lembut dengan berat tidak melebihi 2 gram. Sebutir telur saja. Dan sebutir itu terhasil dalam kantung dalam badan enchidna betina. 10 hari selepas hamil, janin akan menggunakan gigi untuk keluar daripada cangkerang (tetapi masih lagi dalam kantung). 45 hari kemudian baru mereka akan “dilahirkan daripada kantung” (Carritt, 2013).

Gambaran proses ini.

Tetapi saintis tidak pasti pasal platypus. Jadi pasukan William Caldwell pergi merantau ke Australia dan menyaksikan sendiri bahawasanya platypus juga bertelur (Gerritsen, 2002). Walau bagaimanapun, penemuan ini sengaja ditenggelamkan dalam Dunia Eropah kerana asasnya sendiri. Ada pihak – terutamanya saintis konservatif sendiri – enggan menyebarkan fakta ini kerana ia adalah bukti kebenaran teori evolusi.

Pembukaan Jendela Ilmu

Teori evolusi sampai bila-bila akan berdepan dengan stigma. Kerana ramai lagi suka percaya kata-kata orang. Mereka takkan ambil inisiatif untuk belajar sendiri. Dan kata-kata orang itu pun diambil daripada kata-kata orang dalam bentuk rantaian tidak terputus. Sebut saja teori evolusi, semua marah kerana percaya Charles Darwin cakap “manusia berevolusi daripada beruk”. Walhal Darwin tidak pernah berkata sedemikian.

Yang Darwin cakap adalah, “sebuah spesis boleh berubah; bahawa spesis baharu sebenarnya datang daripada spesis sedia ada; dan semua spesis berkongsi leluhur sama. Walaupun leluhur sama, setiap spesis adalah unik dan berbeza disebabkan faktor masa itu sendiri.”

Mengakui “mamalia boleh bertelur” adalah bersetuju dengan “sebuah spesis boleh berubah”. Steropodon galmani dulu hidup dalam air dan bertelur – tetapi masih mamalia. Platypus dan enchidna adalah mamalia yang turun daripada benih spesis mereka, hidup di darat dan masih bertelur. Maka ini adalah bukti kukuh pada evolusi itu sendiri.

Platypus.

Namun zaman sekarang sudah berbeza. Sains kini lebih mandiri tanpa mengambil kira tentang tanggapan orang. Jadi baru-baru ini, Universiti Cambridge membelek balik penemuan dibuat William Caldwell. Pasukan Caldwell membawa pulang sampel platypus dan enchidna yang sangat banyak. Dan apa yang mereka dapati betul-betul mengejutkan: sampel ini adalah cangkerang dua spesis tersebut semasa dalam kantung lagi (University of Cambridge, 2022).

Tidak sangka – setelah sekian lama percaya semua mamalia melahirkan anak, timbul bukti kukuh bahawa ada mamalia boleh bertelur.

RUJUKAN:

Carritt, R. (2013). Enchidnas: Helping them in the wild. NSW Wildlife.

Gerritsen, V. (2002). Platypus poison. Protein Spotlight.

Phillips, M., et al. (2009). Molecules, morphology and ecology indicate a recent, amphibious ancestry for enchidnas. Proc. Natl. Acad. Sci. USA. 106 (40): 17089-94.

University of Cambridge. (2022, May 12). Discovered: 150-year-old platypus and enchidna specimens that proved some mammals lay eggs. Science Daily.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply