Menetap di planet selain Bumi adalah impian berupa sains fiksyen yang sekian lama diminati oleh peminat cerita sains fiksyen. Filem dan juga animasi sains fiksyen yang menunjukkan kehidupan indah di planet lain turut memainkan peranan untuk kobarkan minat para peminat.
Kini, seorang jutawan terkenal bernama Elon Musk sedang mencuba merealisasikan impian para peminat sains fiksyen ini dengan penubuhan projek SpaceX iaitu projek kolonisasikan planet Marikh. Beliau yang mengambil jawatan CEO SpaceX memilih planet Marikh sebagai planet pilihan kerana planet ini sekian lama menjadi perhatian warga sains angkasa untuk mencari bukti kehidupan dalam planet merah ini.
Walaupun Musk berusaha melaksanakan projek ini, namun kehidupan di Marikh mungkin berbahaya dan tidak selamat. Ini pernyataan Musk setelah diwawancarakan oleh ketua persidangan TED bernama Chris Anderson. Beliau boleh janjikan penghantaran warga Bumi ke planet merah ini, namun beliau khuatir keadaan planet yang sangat berbeza dengan Bumi akan menjadi sukar untuk Musk bersama pasukannya untuk menjayakan projek mega ini.
Menurut Musk, meneroka di planet Marikh seperti meneroka benua Antartika sekitar tahun 1990-an, meneroka dengan penuh teruja namun pada akhirnya tidak diketahui keselamatan untuk pulang dari penerokaan.
Kita harus mengetahui apakah keadaan geografi dan atmosfera di planet Marikh jika benar apa yang Musk dakwakan ini. Purata suhu persekitaran planet ini ialah sekitar -62.22 ° Celsius, lebih sejuk dari puratau suhu Antartika. Planet ini berbatu, penuh dengan gunung volkanik dan ngarai. Apatah lagi keadaan atmosfera yang begitu nipis dan kandungannya bahaya untuk manusia sedut.
Tambahan lagi, jumlah graviti planet Marikh adalah satu pertiga dari graviti Bumi. Jika manusia hadir di Marikh tanpa sebarang kelengkapan pernafasan, dia akan meninggal dunia hanya beberapa minit saja.
Projek Musk adalah membina sebuah kota berskala besar di planet merah tersebut. Pada tahun 2019, beliau menganggarkan bahawaprojek ini memerlukan sejuta tan kargo untuk membina kota tersebut. Maka, kos pembinaannya memerlukan US$100 billion hingga US$10 trillion!
Mungkin pembinaan kota ini memerlukan beberapa dekad lagi untuk menjayakannya. Maka, warga Bumi yang berniat untuk menduduki Marikh harus memikirkan semula impaknya dan perlu melatih diri untuk memastikan tubuhnya biasa dengan keadaan geografi dan atmosfera yang ekstrem itu.
Musk percaya bahawa tamadun manusia kini bakal mengalami kehancuran akibat beberapa faktor seperti Perang Dunia Ketiga, bencana alam, atau hempasan meteor. Maka, projek ini adalah satu-satunya alternatif beliau untuk memastikan tamadun manusia berkekalan di luar Bumi. Walaupun, beliau ketahui bahawa hayatnya tidak panjang, namun beliau tetap pastikan projek mega ini akan terlaksana.
Pada tahun 2020, Musk merancang untuk membina 1,000 buah kapal angkasa dalam tempoh 10 tahun dan menghantar seramai sejuta warga Bumi pada tahun 2050. Beliau jangkakan bahawa manusia bakal menjejaki tanah planet merah pada tahun 2029. Tambahan lagi, beliau akan menghasilkan tiket khas untuk penerbangan ke planet Marikh yang dia pasti mampu dibeli.
“Kejayaan misi ini (SpeceX) tidak terjamin, namun keterujaan itu harus ada”, kata Musk di akhir wawancara dalam persidangan TED.
RUJUKAN:
Kay, Grace. 20 April 2022. Life on Mars Will Be ‘Dangerous, Cramped, Difficult, Hard Work’, Says Elon Musk. Science Alert.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih