Manusia sentiasa mencari tanda kehidupan di angkasa lepas. Tetapi hakikatnya, tidak banyak yang kita ketahui tentang lautan dunia terutama hidupan di dasar laut. Dengan melihat imej-imej hidupan di situ, ia seolah-olah meletakkan manusia berada di planet asing.

Di zon mesapelagik atau ringkasnya 200 hingga 1,000 meter di bawah paras laut, hidupan laut tidak mendapat cahaya matahari. Ini menyebabkan hidupan di zon ini menghasilkan cahaya mereka sendiri menggunakan biopendarcahaya.

Salah satu daripadanya ialah jerung pemotong biskut (cookiecutter sThe Patriotshark). Jerung kecil ini diberi nama sedemikian kerana suka menggigit sebahagian kecil daging haiwan yang lebih besar seperti jerung dan ikan paus. Malah, ada juga kes di mana jerung pemotong biskut turut menggigit sebahagian kecil kapal selam.

Contoh anjing laut yang mempunyai kesan digigit jerung pemotong biskut (cookiecutter fish)

Jerung ini menggunakan taktik tindak balas penerangan (counterillumination) dengan menggunakan organ-organ yang mengeluarkan cahaya pada bahagian bawah badan. Taktik ini membantu mengurangkan penerimaan cahaya yang diterima dari permukaan sekaligus menyembunyikannya daripada dikesan haiwan pemangsa.

Gigi tajam ikan jerung penggigit biskut (cookiecutter shark)

Kebiasaannya, jerung pemotong biskut akan naik ke permukaan pada waktu malam sebelum kembali ke Zon Mesapelagik pada siang hari. Dua taktik ini amat membantu jerung itu dikesan haiwan pemangsa kecuali ikan naga (dragonfish). Ikan ini turut menggunakan taktik tindak balas penerangan untuk menyembunyikan diri sebelum menangkap mana-mana ikan yang kembali dari permukaan air.

Satu lagi taktik perangkap ikan naga ialah keupayaan mengeluarkan cahaya merah. Cahaya merah mempunyai jarak gelombang cahaya yang panjang, jadi ia merupakan cahaya pertama yang ditapis air bila ia mencecah kedalaman 100 meter di bawah paras laut.

Disebabkan kebanyakan haiwan dasar laut berwarna merah, ini menjadikan mereka halimunan. Tetapi apabila ikan naga memancarkan cahaya merahnya, maka amat mudah untuk ikan tersebut memburu mangsanya.

Apabila mencecah kedalaman 1,000 hingga 4,000 meter, kedalaman ini dikenali sebagai zon batipelagik atau zon tengah malam. Di sini, tiada cahaya matahari sampai ke situ. Ia juga amat sejuk dengan suhu empat darjah Celsius dan suhu akan turun menjunam apabila menyelam pada kedalaman yang lebih dalam.

Pada kedalaman ini, semua hidupan laut menjadi kecil kerana sumber makanan yang terhad. Walaupun ikan paus dan anjing laut dikatakan pernah sampai ke zon ini, ia bukannya satu tempat yang baik untuk berada dalam tempoh lama.

Antara hidupan yang ditemui di zon ini ialah ikan Brunswig’s Cusk, sejenis ikan yang hidup pada kedalaman 1,500 meter di bawah paras laut. Ikan ini mempunyai mulut yang besar untuk menelan haiwan invertebra dan krustasea seperti ketam.

Ikan Brunswig’s Cusk. Sumber: Museums Victoria

Zon ini juga turut mengandungi kawasan pergunungan laut. Kawasan ini menjadi tempat berlindung banyak hidupan laut dan turut menjadi titik utama arus air berpusar. Pusaran ini membawa bersama nutrien dari bahagian permukaan dan dasar laut.

Ia juga turut berperanan sebagai asas kepada sesebuah ekosistem di lautan. Di sini, antara hidupan yang biasa ditemui ialah landak laut, teritip dan batu karang.

Bagi sesetengah hidupan yang tidak mempunyai tangan dan bersaiz kecil, ia memerlukan gigi tajam bagi mengelak mangsa terlepas. Kelebihan ini dimiliki oleh ikan gigi taring (fangtooth fish).

Tetapi apabila mencecah kedalaman 4,000 hingga 6,000 meter di bawah paras laut, maka di sinilah hanya ‘makhluk asing’ yang kuat saja mampu hidup. Dengan suhu sejuk, keadaan gelap dan tekanan yang amat tinggi, hidupan di sini mempunyai badan yang lembut seperti timun laut dan sotong cirrata.

Sotong cirrata

Tidak seperti sotong-sotong lain, sotong cirrata mempunyai sirip pada badan mereka. Disebabkan ia berada di tempat gelap dan bertekanan tinggi, ia tidak perlu risau dengan ancaman haiwan pemangsa. Ini menjelaskan mengapa ia tidak mempunyai mekanisme pertahanan dakwat hitam yang biasa ditemui dalam kalangan sefalopod lain.

Disebabkan cahaya tidak menembusi zon ini, hidupan di sini tidak mempunyai mata. Jika ada sekalipun, ia mempunyai penglihatan yang lemah. Tetapi kelemahan ini digantikan dengan kelebihan lain seperti sirip pektoral yang lebih panjang untuk ikan tripod. Sirip ini membantu ikan itu mengesan getaran pergerakan hidupan laut lain termasuk haiwan pemangsa.

Ikan tripod

Dan bagi mengelak ia menghabiskan tenaga semasa berenang, ikan tripod menyokong diri mereka dengan sirip ekor dan tulang pelvik ke arah haluan arus. Dengan cara ini, ini membolehkan makanan masuk ke mulut ikan berkenaan.

RUJUKAN

French, R. How do deep-sea creatures survive in the crushing dark?. Museums Victoria.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply