Agama Islam yang diasaskan Nabi Muhammad (SAW) telah tersebar dengan begitu pantas. Hanya dalam masa beberapa abad, agama ini telah bangkit bukan sekadar akidah semata-mata. Islam dilengkapkan dengan doktrin, mandat dan saranan.
Makan pun digalakkan mengikuti cara-cara tertentu, seperti mendahulukan buah-buahan sebelum makanan berat. Kalau sekecil-kecil makanan pun telah direvolusikan, apatah lagi aspek serius seperti perdagangan misalnya.
Ethiopia merupakan sebuah rantau yang menerima pengaruh Islam. Kerajaan Harla telah diasaskan sekitar abad keenam. Islam telah merebak ke Harla, begitu juga dengan Aksum.
Rakyat tempatan menyangka bahawa Harla didiami gergasi dulu, kerana banyak binaan silam didapati terlalu besar. Penemuan barang kemas, tembikar dan kaca pula memberi petunjuk bahawa Harla pernah menjadi pusat perdagangan (Gaffey, 2017).
Harla disinggah pedagang-pedagang dari China, Maldives, Madagascar dan Yaman (tentu sekali tempat-tempat lain pun).
Di sini juga saintis menemui unsur-unsur Islam seperti serpihan sebuah masjid yang kelihatan hampir sama dengan masjid-masjid zaman terkemudian di Somaliland dan Tanzania.
Oleh kerana Harla dikunjungi orang ramai, timbul pula tanda tanya – apakah tahap keIslaman di sini?
Dalam zaman sekarang, sudah menjadi suatu kebiasaan apabila agama Islam lebih tegas diamalkan di luar bandar. Jadi apakah zaman itu pun sama?
Bermakna Harla lebih sekular kerana dikunjungi pedagang, sekali gus memberikan kelebihan ekonomi buat kerajaan tempatan.
Perkara ini boleh diketahui dengan cara meneliti pemakanan populasi Harla.
Apa yang masuk dalam mulut selalunya mencerminkan amalan semasa penduduk.
Universiti Exeter telah berpakat bersama Pihak Berkuasa Warisan Ethiopia dan Pemuliharaan Warisan Budaya untuk menjalankan usaha penggalian di tiga tempat. Mereka menemui sekitar 50,000 tulang haiwan sejak abad kelapan (tahun 701 hingga 800).
Analisis yang dijalankan pada tulang ini telah mengenalpasti haiwan-haiwan di Harla.
80 hingga 90 peratus lembu berusia tiga tahun ke atas, menunjukkan mereka dipelihara untuk pengeluaran susu terlebih dahulu. Sebahagian daripada lembu ini pula digunakan untuk memudahkan kerja buruh (University of Exeter, 2020).
Namun di sini saintis juga menemui tulang babi yang sama ada dijinakkan ataupun daripada hutan.
Penemuan ini agak mengejutkan, tetapi menandakan masyarakat berbilang agama dan kaum di Harla. Semua dalam kalangan pengunjung dan penduduk berasal daripada tempat berlainan.
Berkemungkinan juga umat Islam memakan babi di Harla. Tetapi di Harar, satu lagi tempat dikaji Universiti Exeter hanya menemui haiwan halal sahaja.
Babi tidak langsung ditemui, menunjukkan bahawa kota ini ialah tempat pendidikan Islam. Sama seperti Harla, Harar pun menunjukkan bahawa haiwan halal diproses dengan cara patuh syariah.
Teknik ini mungkin diajar oleh pedagang-pedagang Arab yang menyebarkan Islam ketika warga tempatan memakan apa sahaja daripada babi ke harimau bintang.
Harla pula terletak 120 kilometer daripada Laut Merah. Jadi semua ikan dimakan penduduk sini merupakan ikan kering ataupun ikan masin.
Saintis dapat mengenalpasti perkara ini kerana semua ikan tiada kepala (menunjukkan mereka diawet).
Tiada ikan air tawar ditemui, menunjukkan lidah dan tekak penduduk ketika itu yang berkemampuan untuk makan daging.
Hanya daripada makanan, saintis mengetahui tentang situasi ketika itu seperti agama, ekonomi, perdagangan, pertanian dan pengangkutan. Industri halal mekar di Harla dan Harar, cuma dari segi pemakanan hanya Harar sahaja yang 100 peratus memakan makanan halal berkemungkinan hanya Islam sahaja berada di situ.
RUJUKAN:
Gaffey, C. (2017, Jun 16). Lost Ancient Muslim City Discovered in Ethiopia Could Reveal Details of Islam’s History in Africa. Newsweek.
University of Exeter. (2020, Mei 22). Early African Muslims had a halal – and cosmopolitan diet – discovery of thousands of ancient animal bones sh
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih