Di dunia Arab, wujud satu legenda di mana seorang pengembala unta berserban merah mengejar kekasihnya bernama Thurraya di langit sehinggalah dia membelah ufuk malam. Legenda ini sebenarnya merujuk kepada bintang Pleiades yang digilai bintang lain bernama Aldebaran atau pengikut dalam Bahasa Arab. Ia hanyalah sekelumit daripada pengaruh dunia Arab terhadap kajian alam semesta (kosmologi).

Dipercayai orang terawal yang merekodkan pencerapan bintang ialah orang Babylon – lebih tepat bangsa Kassite yang pernah memerintah di situ dari 1595 hingga 1155 SM. Mereka merekodkan semua penemuan dalam tablet-tablet batu dengan skrip tulisan pepaku (cuneiform). Salah satu contoh penemuan mereka ialah skrip MUL.APIN yang dianggap katalog bintang manusia yang pernah direkodkan.

Tetapi sebelum itu, kalau korang minat dengan sejarah Tamadun Islam, dapatkan buku pasal junjungan besar kita yakni RASULULLAH SAW sekarang! Boleh dapatkan melalui pautan: https://shopee.com.my/The-Patriots-Muhammad-Dakwah-dan-Diplomasi-i.238336777.4838248189

Menjelang abad pertama Masihi, orang Parsi mula menunjukkan minat terhadap bidang astronomi. Ini ada kaitan dengan agama yang dianuti mereka ketika itu iaitu Majusi/Zoroastrianisme. Contoh paling mudah, teks Younger Avesta yang menyebut dua buruj iaitu Pleiades dan Ursa Major (Beruang Besar). Mengikut kepercayaan orang Majusi, Ursa Major merupakan pelindung bumi yang bertanggungjawab melindunginya daripada serangan syaitan-syaitan yang terlepas dari neraka. Kira Ursa Major ialah Avengers versi diorang.

Apabila Tamadun Yunani dan Rom muncul, mereka membawa pelbagai mitologi yang mewakili bintang yang dicerap. Misalnya, buruj Taurus mewakili kisah Dewa Zeus yang menyamar sebagai lembu jantan bertanduk emas selepas jatuh cinta dengan puteri Phoenicia, Europa. Zeus kemudiannya melarikan wanita itu ke Crete melalui samarannya yang dipanggil Taurus.

Bagi para pengkaji astronomi Arab dan Islam, kisah-kisah di sebalik buruj-buruj ini bukan bersifat lambang semata-mata. Malah, ia amat membantu mereka mengenalpasti arah semasa berlayar atau mencari kiblat untuk bersolat. Ini menjelaskan mengapa banyak legenda bintang Arab termasuk Arab Badwi direkodkan dalam Kitab Suwar al-Kawakib (Buku Bintang-Bintang Tetap) yang dikarang cendekiawan abad ke-10, Abdul Rahman al-Sufi.

Ilustrasi Ursa Major yang direkodkan dalam Kitab Suwar al-Kawakib yang dikarang Abdul Rahman al-Sufi.

Kebanyakan kerja pencerapan bintang beliau dibuat di sebuah balai cerap di Shiraz, Iran. Selain mencerap kedudukan bintang, al-Sufi turut mengkaji teks astronomi yang dikarang cendekiawan Yunani terkenal, Ptolemy yang bertajuk Almagest atau Al-Magesti (terjemahan dalam Bahasa Arab). Dapatan beliau mendapati hampir separuh pengiraan bintang yang dibuat Ptolemy tersilap sebelum ia dibetulkan menerusi penerbitan Kitab Suwar al-Kawakib.

Selain memperbetulkan kesilapan cendekiawan Yunani itu, al-Sufi turut melakar ilustrasi bintang berdasarkan kedudukan sebenarnya dan pada glob bintang. Contohnya, Al-Maraa Al-Musalsala yang bermaksud wanita yang dirantai merujuk kepada Andromeda. Sementara Fum al-Hut pula yang bermaksud mulut ikan paus kini dikenali sebagai perkataan Bahasa Inggeris Fomalhaut di mana ia terletak dalam buruj Piscis Austrinus.

Tetapi sayang, selepas Kitab Suwar al-Kawakib diterjemah ke Bahasa Latin sekitar abad ke-12, perkataan asalnya hilang ditelan zaman. Namun begitu, jika diamati, sesetengahnya terus hidup dalam budaya popular (pop culture) termasuk filem, siri televisyen dan komik.

Siapa sangka nama watak Ra’s al-Ghul sebenarnya berdasarkan nama sebuah bintang dalam buruj Perseus.

Contohnya, Algol yang terdiri daripada pembentukan pelbagai bintang terletak dalam buruj Perseus. Algol sebenarnya diambil daripada perkataan Arab ra’s al-ghul yang bermaksud Kepala Syaitan. Bagi peminat filem trilogi Batman arahan Christopher Nolan, itulah nama watak ketua League of Shadows (League of Assassins dalam komik) yang digalas Liam Neeson. Algol turut disebut sebagai salah satu sistem bintang yang muncul dalam siri filem Star Trek dan Star Wars.

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Hari ini, kebanyakan nama bintang ditentukan oleh Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU). Walaupun terlalu banyak nama bintang diberi selama ratusan tahun, IAU memastikan tidak wujud pertindihan dengan menetapkan nama standard bagi setiap bintang pada 2016. Di sebalik usaha ini, nama-nama Arab yang diberi pada bintang-bintang ini sejak dahulu lagi termasuk era al-Sufi dikekalkan. Ini termasuk nama Arab untuk Ursa Major, Al-Dubb Al-Akbar (Beruang Agung).

Di sebalik impak besar Kitab Suwar al-Kawakib terhadap dunia astronomi, amat mengejutkan terjemahan kitab ini ke Bahasa Inggeris hanya dibuat sekitar 2010. Kitab tersebut turut menjadi bahan rujukan para cendekiawan lain termasuk pemerintah Dinasti Timurid, Ulugh Beg.


Dua buku best-seller The Patriots kini kami gandingkan sekali dalam versi bahasa Inggeris untuk kalian semua:

World Without Walls III: https://bit.ly/3PR2Ep9
The Human’s Complex: https://bit.ly/3J2GoGF

RUJUKAN

Farazi Saber, I. (2022, 14 Julai). Ptolemy, Al-Sufi, and the Middle Eastern influence on cosmology. Middle East Eye.

Bob Huzen, K. (2012). Islamic Cosmology and Science. Universiti Canterbury.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply