Gelora #BMBF nampaknya menghasilkan tindakbalas positif. Meskipun sejumlah ahli politik menerimanya sebagai boikot, ramai dalam kalangan masyarakat – sasaran utama kempen ini – menjulang aspirasi #BMBF seperti diharapkan.

Secara tidak langsung, kempen ini telah menurunkan harga barangan, misalnya minyak masak. Namun kempen #BMBF mempunyai tujuan lebih meluas daripada penurunan harga barangan semata-mata.

Ramai dalam kalangan Melayu merupakan golongan pengusaha. Petani dan nelayan ialah antara pekerjaan cetusan yang didominasikan bangsa ini. Jadi membeli daripada pencetus secara terus sebenarnya mengurangkan pergerakan bagi sebuah barangan. Proses pembelian dilihat dibuat daripada gudang terus ke pembeli dalam perkadaran pantas pula.

Kepentingan pengurangan ini menjangkaui pemikiran pengguna sebenarnya. Dengan menyokong pencetus tempatan, pengguna telah mengehadkan keperluan bahan bakar untuk menggerakan sayur misalnya daripada China. Alam sekitar mendapat manfaat yang sangat besar daripada perbuatan sekecil ini sahaja. Ubi tidak perlu direntasi lautan semata-mata untuk sampai di dapur pengguna.

Apabila pergerakan dikurangkan, sekaligus penggunaan plastik juga dikurangkan. Sekitar lapan juta tan plastik dihanyutkan di laut. Pada tahun 2020, angka ini dipercayai mencapai 16 juta. Dengan hanya mengunjungi pasar basah tempatan bersertakan beg guna semula, #BMBF juga telah mengehadkan keperluan plastik. Namun perkara ini perlu sokongan daripada peniaga dan pembeli, kerana masih ramai menggunakan plastik tanpa henti setiap hari.

Dengan penyertaan aktif dalam kalangan pembeli, pengusaha-pengusaha Melayu juga boleh mendapat manfaat besar. Keuntungan berlipat ganda tidak seharusnya didengkikan. Kerana peniaga-peniaga bangsa mana pun akan cuba menepati keperluan domestik.

Apabila sayur, daging, roti dsb didapati tidak cukup untuk menampung sokongan pengguna, para peniaga semestinya akan menggandakan pengeluaran supaya bekalan mencukupi.

Untuk menggandakan pengeluaran pula, biasanya peniaga perlu mengupah lebih ramai pekerja. Secara tidak langsung, penyertaan #BMBF akan merancakkan peluang pekerjaan dalam sebuah komuniti, kemudian daerah, negeri dan akhirnya negara sendiri.

Dan sokongan juga tidak terhad di situ sahaja. Peniaga juga perlu berbelanja. Dengan semangat #BMBF, para peniaga sendiri akan mencari pengusaha-pengusaha Melayu yang lain. Contohnya, peniaga ikan barangkali perlu menyelenggara lori di bengkel Melayu.

Pemilik bengkel pula berkahwin dan mempunyai empat orang anak perempuan. Kelima-lima perempuan ini (termasuk isteri) memerlukan produk kecantikan, juga keluaran Bumiputera. Semua ini dibolehkan dengan sokongan utama pengguna daripada cetusan semata-mata. Maka dengan sayur barangkali RM5 sehari, ekonomi tempatan meletup-letup.

Dan sokongan kepada cetusan ini sekaligus melenyapkan keraguan terhadap status halal. Pengeluar ke penjual jika Islam tentu sekali lebih fasih tentang kehalalan satu produk. Maka tidaklah berlaku kegilaan apabila ikan patin dibeli sebenarnya hidup dalam air dicampuri najis khinzir sebagai contohnya. Sokongan sebegini juga membolehkan pengguna beli secara pukal, oleh kerana ketiadaan persediaan sistematik seperti timbang dan sukat diamalkan di pasaraya besar.

Dari sini jelas sekali #BMBF mempunyai matlamat lebih jauh berbanding boikot semata-mata. Sasaran utama ialah memperkenalkan suatu sistem berangkai. Perniagaan-perniagaan sebegini pula diusahakan oleh masyarakat, bukannya pemilik saham ataupun barisan pengarah. Maka keaslian sebuah perusahaan boleh diteruskan oleh kerana adanya sokongan antara satu sama lain.

Perniagaan tempatan juga merupakan antara penyumbang utama kepada sektor saintifik, kerana persaingan sesama sendiri yang disokong membolehkan terjadinya inovasi. Dalam perniagaan skala kecil, idea mudah tersebar kerana tiadanya halangan-halangan yang biasa dalam syarikat besar. Sebuah ilham tidak perlu menembusi satu demi satu jabatan untuk direalisasikan. Dan inovasi juga tidak semestinya memperbaharui semula bentuk roda. Sebaliknya rekabentuk asal digunakan tetapi dibetulkan untuk menepati citarasa domestik.

Di Amerika Syarikat misalnya, kadar pengangguran berada pada 3.7%. 47.5% daripada populasi dewasa Amerika Syarikat mendapat pekerjaan dalam syarikat-syarikat kecil. Jadi dengan kebanyakan pengusaha-pengusaha Melayu masih dalam industri kecil, tidak sama sekali bermaksud Melayu berada di belakang. Industri kecil inilah antara peneraju utama ekonomi negara.

RUJUKAN:

2018 Small Business Profile. https://www.sba.gov/sites/default/files/advocacy/2018-Small-Business-Profiles-US.pdf

4 Reasons To Support Small Companies. https://www.forbes.com/sites/mikekappel/2018/10/31/4-reasons-to-support-small-companies-on-small-business-saturday-and-beyond/#482c3c607bdd

Eight Million Tons Of Plastic Dumped in Ocean Every Year. https://www.nationalgeographic.com/news/2015/2/150212-ocean-debris-plastic-garbage-patches-science/

Why Local Matters. https://ilsr.org/key-studies-why-local-matters/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.