Jepun dah pasang impian nak buat Landasan Keretapi Maut sejak Jun 1942 tak lama selepas menawan Burma. Lagipun kebanyakan bekalan Jepun dihantar sama ada melalui jalan darat Thailand-Semenanjung Tanah Melayu, Selat Melaka dan Laut Andaman.

 

Jepun susah sikit nak hantar bekalan makanan dan senjata kepada tentera ikut jalan laut. Jalan laut biasanya dironda unit-unit kapal selam dan unit udara tentera Bersekutu. Kepimpinan tertinggi tentera rasa pilihan terbaik ialah membina landasan keretapi dari Ban Pong, Thailand ke Thanbyuzayat, Burma dengan jarak 415 km.

 

Jepun paksa tawanan perang terdiri daripada 61,000 orang askar British, Australia, Amerika Syarikat, New Zealand dan Belanda sebagai romusha (buruh paksa). Diorang bawa masuk lebih 300,000 orang dari seluruh Asia Tenggara termasuk orang-orang Melayu, Cina dan India sebagai romusha.

 

Kumpulan romusha dibahagikan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan diarah membina landasan dari sebelah selatan (Thailand) dan satu lagi kumpulan membina dari sebelah utara (Burma). Kebanyakan bahan binaan seperti landasan diambil dari rangkaian Keretapi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan rangkaian keretapi Hindia Timur (Indonesia).

 

Jepun target Disember 1943 sebagai tempoh landasan keretapi tu siap. Tapi ia siap tiga bulan lebih awal daripada jangkaan bila kedua-dua kumpulan pembinaan bertemu semula di Kilometer 263, 18 km di Kanchanaburi. Selepas siap, Jepun angkut lebih 500,000 bekalan diperlukan untuk angkatan mereka di Burma seterusnya sebagai tapak operasi untuk menceroboh India.

 

16,000 orang tawanan perang Bersekutu terbunuh. Lebih 100,000 orang romusha dari Asia Tenggara termasuk Tanah Melayu sama ada mati atau hilang. Hanya segelintir je yang terselamat dan berpeluang menceritakan pengalaman mereka kepada generasi hari ini.

 

Disebabkan wujud pelbagai rekod jenayah perang semasa projek ini dijalankan, 111 pegawai tentera Jepun dibicarakan selepas Jepun menyerah kalah. 32 daripadanya kemudian dikenakan hukuman mati. Dan sampai hari ini, Jepun masih taknak bagi pampasan kepada semua romusha, sikap tipikal mereka yang taknak mengakui perilaku silam semasa Perang Dunia Kedua.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

 

PERANG DUNIA KEDUA ni konflik antarabangsa yang paling berdarah dalam sejarah. Korang boleh baca buku PERANG DUNIA KEDUA ni dan mudah didapati di link shopee ni: https://bit.ly/perangduniakedua


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply