Kira-kira 1300 tahun yang lalu, sejarah pernah merekodkan bahawa Islam itu pernah sampai bertapak hingga ke Eropah. Kekuasaan Islam di Eropah itu meliputi sebahagian besar kawasan Sepanyol dan direkodkan telahpun sampai berjaya meluaskan kekuasaan hingga ke sebahagian kecil Perancis.

Kegemilangan ini bermula dengan pembukaan wilayah Andalusia oleh Tariq Bin Ziyad selaku panglima perang yang mana Musa Bin Nushair selaku arkitek utama pada pada 92 H/911 M.

Bermula daripada itu Islam mengukuhkan kuasanya bukan dari segi manfaat politik semata, bahkan manfaat perkembangan ilmu dan kesenian yang sehingga kerajaan Islam yang memerintah Andalusia pada ketika itu dibandingkan dengan kerajaan Atlantis yang hilang, kerana kehebatan dan keindahan kesenian yang diperagakan sewaktu Islam memerintah Andalusia.

Persoalannya, daripada manakah wilayah Andalusia yang pernah unggul suatu masa dahulu itu mendapatkan namanya? Adakah nama itu wujud setelah kehadiran Islam di kawasan tersebut?

Penting untuk terlebih dahulu kita tahu beberapa perkara mengenai kawasan ini sewaktu abad ke-8 Masihi. Negeri atau wilayah Andalusia jika kita lihatkan pada geografi dan peta dunia adalah kawasan yang terdiri daripada Portugal dan Sepanyol, atau letaknya di Semenanjung Iberia. Kawasan Andalusia pada waktu itu dianggarkan mempunyai keluasan sekitar 2/3 kawasan Mesir.

Semenanjung Iberia ini terletaknya di bahagian tenggara Eropah. Perancis terletak di utara Andalusia dengan pergunungan Phirenia menjadi sempadan bagi keduanya. Air laut mengelilingi wilayah ini sehingga digelarkan kawasan ini sebagai Jazirah al-Andalusia atau Pulau Andalusia. Di utara, wilayah ini dikelilingi Laut Atlantik, manakala di Selatan wilayah ini dikelilingi Laut Mediterranean (Laut Tengah).

Adapula untuk kawasan daratan, pergunungan Phirenia menjadi pemisah Perancis dan Sepanyol yang mana jika ditinjau peta seolah semenanjung Iberia membelakangi Eropah. Di tambah dengan kawasan ini yang banyak persamaan dari sudut ekologi kehidupan bermasayarakat Morocco yang menyebabkan sebahagian ahli Geografi Muslim menyatakan bahawa Andalusia adalah kesinambungan dari Afrika, bukan termasuk benua Eropah.

Setelah mengenalkan letak kedudukan Andalusia, selanjutnya dari mana Andalusia ini mendapatkan namanya? Menurut sejarawan, wilayah Andalusia ini telahpun dinamakan Andalusia sebelum kedatangan Islam lagi, dan namanya dikekalkan setelah Islam sampai. Dikatakan wilayah ini mendapatkan namanya sekitar abad ke-4 Masihi, dengan kedatangan satu suku dari bahagian Utara Skandinavia, (di wilayah tengah Sweden).

Ada yang berpendapat mereka ini datang daripada Denmark, da nada juga pendapat yang mengatakan suku ganas ini datang dari Jerman! Suku-suku kanibal ini dikenal sebagai suku “Vandal” atau “Wandal” dalam bahasa Arab. Suku ini telah menyerang kawasan Andalusia dan menduduki wilayah tersebut untuk satu tempoh kurun yang cukup panjang. Sehingga, kawasan tersebut dikenal dengan nama “Vandalisia”.

Sedang penjelasan daripada sejarawan muslim tentang bagaimana boleh berubah menjadi Andalusia adalah sebutan arab terhadap sebutan “Vandal” menjadi “andalusy” dan digantikan akhir perkataan “syin” kepada “sin” yang akhirnya menjadilah sebutan sebagai Andalus.  Perkataan vandalisme yang membawa erti melakukan kerosakan atau kemusnahan juga datang daripada nama suku kanibal tersebut.

Beberapa tahun selepas itu, suku Vandal ini meninggalkan Andalusia dan wilayah tersebut dikuasai pula oleh kelompok Kristian yang dikenali dengan gelaran bangsa “Gothic” atau “Goth Barat”. Di zaman bangsa Gothic ini, Andalusia telah mengalami kemunduran yang sangat dahsyat. Dasar politik dan ekonomi yang tidak stabil ditambah polisi gereja pada ketika itu menyebabkan Andalusia mengalami zaman gelap yang sangat dahsyat sehingga dikatakan mereka hanya mampu berkomunikasi dengan bahasa isyarat kerana tidak mempunyai bahasa lisan.

Maka, itu lah serba ringkas berkenaan identiti sebuah wilayah bernama Andalusia. Walaupun masih ada perdebatan tentangnya, namun cukup lah kita memahami bahawa nama wilayah tersebut sudah ada sebelum kedatangan Islam dan Islam ternyata sampai ke wilayah Andalusia yang bukan sahaja membebaskan wilayah tersebut daripada kekejaman bangsa Vandal dan Gothic, malah memajukan dengan memberikan perhatian pada aspek keilmuan dan juga pembangunan Negara yang menyebabkan masyarakat Eropah turut sama dapat menikmati faedah untuk membangunkan semula ketamadunan mereka.

Fakhrul Islam
Mahasiswa Tahun 2
Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam,
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

RUJUKAN:

Prof. DR. H. Abuddin Nata, MA. (2011), Studi Islam Komprehensif, Fajar Interpratama Offset
Prof Dr. Raghib As-Sirjani, (2013), Bangkit dan Runtuhnya Andalusia, Pustaka Al-Kautsar.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.