Beberapa hari lepas, kecoh kat media sosial. Kononnya masa upacara pembukaan Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, UK, ada lembu gergasi merupakan cubaan orang Barat nak hidupkan semula kisah Samiri. Geng TK bersoraklah sebab ada cerita yang ikut alur diorang. Tapi hal ini sudah dijawab dalam satu artikel sehari sebelumnya.

Tapi siapa sebenarnya Samiri? Samiri sebenarnya merujuk kepada seorang lelaki berdarah Bani Israel yang membina sebuah patung anak lembu kononnya untuk dijadikan sembahan untuk mereka. Kisahnya direkodkan dalam firman-Nya menerusi ayat 85-91 dan 95-98, Surah Thaha.

Selepas berjaya membawa Bani Israel menyeberangi Laut Merah yang dibelah dua dengan izin-Nya, tugas Nabi Musa a.s dan saudaranya Nabi Harun a.s ialah untuk memimpin mereka ke tanah yang dijanjikan (bumi Palestin). Pada masa sama, baginda juga berdakwah dan menyeru Bani Israel agar sentiasa mengesakan Tuhan Yang Satu iaitu Allah s.w.t.

Tetapi mengikis kepercayaan lama dewa-dewi yang terhasil akibat pergaulan mereka dengan orang Mesir Purba ketika itu bukanlah sesuatu yang mudah. Kalau hal ini mudah, masakan Nabi Musa a.s diberi gelaran Ulul Azmi. Gelaran ini diberi kepada nabi dan rasul yang diuji dengan ujian hebat semasa berdakwah termasuk kedegilan kaum yang diutus kepada mereka. Selain Nabi Musa a.s, Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Isa a.s dan Nabi Muhammad s.a.w turut termasuk dalam kumpulan Rasul Ulul Azmi.

Sebelum itu, kami cadangkan korang dapatkan KITAB TAMADUN ISLAM. Buku ini mendedahkan pelbagai sisi ketamadunan Islam termasuk perihal kerajaan-kerajaan yang mencorak kemajuan ummah. Nak tahu lagi, dapatkannya sekarang! Beli di Shopee: https://shopee.com.my/The-Patriots-Kitab-Tamadun-Islam.-i.238336777.5538250581

Sikap Bani Israel yang bukan saja degil tetapi bodoh sombong bukan sekali mencabar kesabaran Nabi Musa a.s. Dan ini diperlihatkan dalam banyak kisah mereka yang disebut dalam al-Quran termasuk kisah Samiri. Semuanya bermula dengan tindakannya mengambil tanah bekas tapak kuda yang ditunggang malaikat Jibril semasa memimpin rombongan Bani Israel keluar dari Laut Merah. Setelah mengambilnya, Samiri menanti masa sesuai untuk menggunakannya.

Semasa perjalanan, Bani Israel terserempak dengan sebuah kaum yang menyembah berhala. Hal ini direkodkan Allah s.w.t dalam ayat 138, Surah al-A’raf mafhumnya, “Dan Kami bawakan Bani Israil ke sebarang Laut (Merah) itu lalu mereka sampai kepada suatu kaum yang sedang menyembah berhala-berhalanya. (Melihatkan yang demikian) mereka (Bani Israil) berkata: “Wahai Musa buatlah untuk kami suatu tuhan (berhala) sebagaimana mereka mempunyai beberapa tuhan”. Nabi Musa menjawab: “Sesungguhnya kamu ini adalah kaum yang jahil.”

Sesungguhnya Bani Israel diberi pelbagai nikmat semasa merentasi gurun Semenanjung Sinai. Rasa panas, Tuhan kurniakan awan sebagai naungan untuk berteduh. Rasa lapar dan dahaga, Tuhan kurniakan Manna dan Salwa serta perintahkan Nabi Musa a.s ketuk batu bagi menghasilkan 12 mata air. Semua ini direkodkan dalam ayat 160, Surah al-A’raf. Tetapi di sebalik semua nikmat ini, Bani Israel masih enggan bersyukur – satu perkara yang sentiasa mencabar kesabaran Nabi Musa a.s.

Baginda masih ingat janjinya kepada Bani Israel bahawa Allah akan membinasakan Firaun (majoriti percaya ia merujuk kepada Ramses II) dan mengurniakan sebuah kitab sebagai panduan hidup. Bagi mendapatkan kitab yang dinyatakan, Allah s.w.t memerintahkan baginda agar mendaki Bukit Thursina dan berpuasa selama 30 hari.

Akhir kata, beli juga buku terbaru kami bawah imprint fiksyen kami. Ada pra-tempah dan harga diskaun sedang ditawarkan untuk para pembeli. Beli di webstore kami.
Pencari Cincin Sakti: http://bit.ly/CincinSaktiStore
Sate Untuk Jembalang: http://bit.ly/SateJembalangStore
Kombo: http://bit.ly/komboPCSSUJ

Semasa ketiadaan Nabi Musa a.s, urusan kepimpinan Bani Israel diserahkan kepada Nabi Harun a.s. Baginda turut berjanji akan pulang dalam tempoh 30 hari. Bagaimanapun, kesilapan baginda bersugi semasa tempoh itu menyebabkan tempoh puasa baginda dilanjutkan lagi selama 10 hari.

Semasa di bukit ini jugalah, Nabi Musa a.s memohon agar dapat melihat-Nya. Kisah ini disebut dalam ayat 143, Surah al-A’raf, “Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu, dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: “Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku (ZatMu Yang Maha Suci) supaya aku dapat melihatMu.

“Allah berfirman: “Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka kalau ia tetap berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihatKu”, Setelah Tuhannya “Tajalla” (menzahirkan kebesaranNya) kepada gunung itu, (maka) “TajalliNya” menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan. Setelah ia sedar semula, berkatalah ia: “Maha Suci Engkau (wahai Tuhanku), aku bertaubat kepadaMu, dan akulah orang yang awal pertama beriman (pada zamanku).”

Selepas 30 hari yang dijanjikan, Bani Israel mula resah kerana Nabi Musa a.s masih belum pulang. Lantas, ada yang berpandangan baginda sebenarnya sudah naik angin dan bertindak meninggalkan mereka. Walaupun cuba ditenangkan oleh Nabi Harun a.s, kesabaran mereka semakin menipis. Kesempatan ini segera direbut oleh Samiri yang meminta mereka mengumpulkan segala emas yang dimiliki bagi membolehkannya membina sebuah patung anak lembu.

Selepas mendapat tahu apa yang berlaku, Nabi Harun a.s cuba menghalang tetapi gagal. Samiri kemudiannya menghasilkan sebuah patung anak lembu yang cantik. Kemudian, tanah bekas tapak kuda Jibril dimasukkan dalam patung tersebut. Tanpa semena-mena, patung tersebut boleh bersuara. Bani Israel yang takjub segera menyembah patung anak lembu Samiri.

Apabila Nabi Musa a.s pulang sambil membawa kepingan-kepingan batu berupa Kitab Taurat, alangkah terkejutnya baginda melihat Bani Israel menyembah berhala. Dengan rasa marah, baginda mengherdik saudaranya Nabi Harun a.s kerana gagal mencegah perbuatan syirik itu. Bagaimanapun, baginda memberitahu Nabi Musa bahawa beliau telah berusaha mencegah tetapi tiada upaya untuk menghentikannya.

Lantas, baginda segera mencari Samiri dan bertanya apa punca dia melakukan kegilaan ini. Dia hanya menjawab dia melakukan semua ini selepas didorong oleh nafsu dan melihatnya sebagai sesuatu yang diketahui dirinya sahaja. Berang, Nabi Musa a.s segera memusnahkan patung anak lembu itu dan mengarahkan lelaki durjana itu meninggalkan Bani Israel.

Akibat perlakuannya itu, Samiri dijangkiti satu penyakit aneh dengan izin-Nya untuk baki hayatnya. Dikatakan jika ada yang cuba menyentuh kulitnya, kulitnya akan merasa panas seolah-olah dibakar dengan api. Lantas, untuk mengelak orang menyentuhnya, Samiri hanya akan berkata, “Jangan sentuh aku.” Dan di akhirat pula, Tuhan menjanjikan balasan buruk yang teruk khas buat dirinya.


Dua buku best-seller The Patriots kini kami gandingkan sekali dalam versi bahasa Inggeris untuk kalian semua:

World Without Walls III: https://bit.ly/3PR2Ep9
The Human’s Complex: https://bit.ly/3J2GoGF

RUJUKAN

Sasongko, A. (2019, 16 April). Kisah Samiri dan Patung Anak Sapi. Republika.

Abd. Hanif, M. W. (2019). KISAH NABI MUSA: MUNAJAT MUSA. KAUMNYA MENYEMBAH PATUNG LEMBU. Majalah Solusi.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply