Dalam Qasidah Imam Abu ‘Abdillah Muhammad Al Busiri رحمه الله تعلى رحمةواسعة beliau menyebutkan;

فإن من جودك الدنيا وضرتها
ومن علومك علم اللوح والقلم

Di antara kemurahanmu (wahai Tuanku Rasulullah ﷺ) adalah dunia dan akhirat
Dan di antara ilmumu (wahai Tuanku Rasulullah ﷺ) adalah ilmu lauh mahfudh dan qalam

Bait ini sebenarnya membuatkan saya tercengang-cengang memikirkan apakah yang dimaksudkan dengan kedermawanan Baginda Rasulullah ﷺ di dunia dan akhirat itu?

Setelah lebih 300 kali bait ini saya ulang-ulangi saya teringat berberapa hadith di dalam Syamaail Imam Abu ‘Isa At-Turmudzi رحمه الله تعلى رحمة واسعة dan juga di dalam Riyadh As-Saalihin Imam Abu Zakariyya Yahya An-Nawawi رحمه الله تعلى رحمة واسعة yang memberikan huraian kepada ungkapan ini.

Pertama; Sayyiduna Rasululillah ﷺ tidak sekali-kali mengatakan ‘Tidak’ kepada sesiapa sahaja yang meminta kepada Baginda.

عن محمد ابن المنكدر قال: سمعت جابر ابن عبدالله قال: “ما سئل رسول الله ﷺ شيئاً قطُّ فقال: لا

Dari Muhammad bin Al Muknadir dia berkata: Aku mendengar Sayyiduna Jabir bin Abdillah رضي الله عنه berkata: Tidaklah Rasulullah ﷺ apabila dimintakan sesuatu maka Baginda akan berkata : “Tidak”.( Riwayat Imam At-Turmudziرحمه الله تعلى رحمة واسعة )

Dari hadith ini kita memahami bahawa Rasulullah ﷺ tidak sekali-kali menghampakan sesiapa sahaja yang membawakan hajatnya kepada Baginda ketika hayat duniawi Baginda,namun demikian juga keadaannya bila di akhirat nanti apabila seluruh harapan manusia telah menipis apabila sekalian Anbiya’ على نبينا و عليهم السلام termasuklah Sayyiduna Adam,Nuh,Ibrahim,Musa dan ‘Isa على نبينا و عليهم السلام apabila dimintakan syafaat mereka agar disegerakan hisab,mereka seluruhnya mengatakan; ‘Tidak’ kecuali Sayyiduna Muhammad ﷺ yang dengan segera menjawab;

أنا لها!
“Akulah yang akan menyanggupi untuk urusan memberi syafaat (pada hari ini)!” (Hadith Riwayat Imam Al-Bukhari رحمه الله تعلى رحمة واسعة )

Kedua: Walaupun tanpa diminta,Baginda juga telah memohonkan ampunan buat umat Baginda,sebagaimana di dalam hadith Ummul Mukminin Sayyidatuna A’isyah رضي الله عنها و سلام الله عليها

لَمَّا رأَيْتُ مِن النَّبيِّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم طِيبَ نفسٍ قُلْتُ يا رسولَ اللهِ ادعُ اللهَ لي فقال : ( اللَّهمَّ اغفِرْ لِعائشةَ ما تقدَّم مِن ذنبِها وما تأخَّر ما أسرَّتْ وما أعلَنَتْ ) فضحِكَتْ عائشةُ حتَّى سقَط رأسُها في حِجْرِها مِن الضَّحِكِ قال لها رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم : ( أيسُرُّكِ دعائي ) ؟ فقالت : وما لي لا يسُرُّني دعاؤُكَ ؟ فقال صلَّى اللهُ عليه وسلَّم : ( واللهِ إنَّها لَدعائي لِأُمَّتي في كلِّ صلاةٍ )

Kata beliau: Apabila aku melihat kepada Rasulullah ﷺ maka jiwaku menjadi bahagia lalu aku memohonkan agar Baginda berdoa untukku, maka Baginda berdoa : “Ya Allah, ampunkan A’isyah dari segala kesalahannya yang lampau atau yang mendatang,yang dilakukan secara terang-terangan mahupun tersembunyi”.

Lalu Sayyidatuna A’isyah tertawa gembira sehingga kepalanya hampir-hampir mencecah bumbung bilik kediamannya,maka bersabda Rasulullah ﷺ : “Engkau gembira dengan doaku ?”

Beliau menjawab; “Bagaimana mungkin aku tidak merasa bahagia dengan doa itu?”

Baginda kemudian bersabda: “Demi Allah,demikianlah doaku bagi umatku pada setiap solatku” ( Hadith Riwayat Imam Ibn Hibban رحمه اله تعلى رحمة واسعة)

Demikian juga ketika tulisan ini sedang ditulis dan anda sedang membaca tulisan ini, Baginda Rasulullah ﷺ sedang memohonkan ampunan buat kita pada hayat Barzakh Baginda sepertimana sabda Baginda;

عن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وآله وسلم قال: «حياتي خير لكم تحدثون ويحدث لكم، ووفاتي خير لكم تعرض علي أعمالكم، فما رأيت من خير حمدت الله عليه، وما رأيت من شر استغفرت الله لكم»

Dari Sayyiduna ‘Abdullah bin Mas’ud رضي الله عنه bahawa Nabi صلى الله عليه و آله وسلم bersabda:

“Hidupku (Hayat Dunyawiyyah) adalah kebaikan buat kalian,kerana kalian boleh menyampaikan sesuatu (perkhabaran) kepadaku dan aku boleh menyampaikan sesuatu(perkhabaran) kepada kalian. Sedang kewafatanku (Hayat Barzakhiyyah) juga adalah kebaikan buat kalian, kerana amalan kalian seluruhnya akan diperlihatkan kepadaku,apabila dari amalan kalian itu baik, maka aku akan memuji Allah atas pekerjaan kalian itu,maka sekiranya aku mendapati keburukan (dosa/maksiat) dari amalan kalian,maka aku akan memohonkan ampunan Allah buat kalian.”

(Hadith Riwayat Imam Al Bazzarرحمه الله تعلى رحمة واسعة )

Maka demikianlah untuk kita memahami betapa luasnya sifat kedermawanan Baginda Rasulullah ﷺ yang tidak bertepi tanpa mengenal sempadan dunia mahupun akhirat sehingga kita sangat berhajat kepada kemurahan Baginda di dunia mahupun di akhirat!

اللهم صل و بارك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما صليت و باركت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم في العالمين إنك حميد مجيد

جزى الله عنا سيدنا محمدا ﷺ ما هو أهله


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Orang Pekan atau nama sebenarnya Mohammad Faeez Harith bin Khairil Anuar merupakan seorang pendakwah bebas yang memegang Tauliah Jabatan Agama Islam Selangor. Beliau juga merupakan jurulatih kecergasan sepenuh masa di Clark Hatch Fitness, One World Hotel, Bandar Utama Petaling Jaya. Follow Twitter beliau di: https://twitter.com/H_Bakkaniy

Comments are closed.