Perintah Kawalan Pergerakan yang dilancarkan pada pertengahan Mac mula menunjukkan harumannya sebulan kemudian. Sepanjang April, Malaysia ibaratkan dididihkan dalam jerangan yang hanya menguraikan koronavirus.

Kalau tengok statistik, hari demi hari Malaysia semakin stabil dengan bilangan positif menurun. Dan pada 17 April 2020 buat julung kalinya Malaysia hanya mencatatkan pertambahan 1% sahaja.

Satu peratus ialah segalanya dalam usaha pemulihan. Dengan Ramadhan menghampiri, pertambahan kes 69 positif menyejukkan hati.

Masih terlalu awal untuk mengandaikan kesudahan, tetapi perlu diakui bahawa langit sudah cerah dengan Dr. Noor Hisham menyentuh tiga negeri sebagai Zon Hijau.

Kedah, Perlis dan Pulau Pinang sekarang berada dalam tempoh pemantauan dua minggu (Yiswaree, 2020).

Kalau berjaya, Utara Malaysia akan diisytiharkan Zon Hijau yang hanya Jabatan Kesihatan perlu melindungi sahaja, tidak lagi perlu dirawat.

Prestasi Kedah dalam pembendungan koronavirus sangatlah cemerlang. Kedah tidak pernah mencatatkan pertambahan dua angka dalam masa sehari, dengan paling banyak hanya tujuh kes (23 Mac) saja.

Manakala pertambahan tertinggi Perlis pula ialah empat kes (7 April). Dan Pulau Pinang menunjukkan prestasi baik, satu-satunya pertambahan dua angka pada 21 Mac.

Statistik seminggu tiga negeri:

 

Merujuk jadual di atas, Kedah dan Perlis sedang bersaing untuk menjadi negeri pertama bebas koronavirus.

DYMM Sultan Sallehudin pun sudah mengeluarkan titah supaya kerajaan Mukhriz Mahathir memperkemaskan perancangan pembangunan dan rangsangan ekonomi dalam pentadbiran pasca-koronavirus (Nurul Hidayah, 2020).

Ketua Menteri Chow Kon Yeow pun mempunyai matlamat serupa (Lo, 2020) dengan strategi “Penang Next Normal” bertatahkan tiga misi utama:

  1. Mengukuhkan ekosistem negeri.
  2. Menyelaraskan dengan perubahan Abad Ke-21.
  3. Membina ketahanan negeri terhadap kebarangkalian krisis masa depan.

Tanpa kluster langsung, ketiga-tiga negeri ini dalam perjalanan untuk berjaya. Sudah tentunya kemenangan dalam perlumbaan Zon Hijau tidaklah melambangkan unsur takbur.

Kejayaan yang dilakarkan di Utara (jika direzekikan segera) perlu dibuat di Selatan juga.

Daripada ceruk paling barat di Semenanjung sehingga lembah paling timur di Sabah semestinya dipulihkan secara sepenuhnya – sebelum Malaysia boleh fokus untuk bantu negara-negara jiran supaya tiada kesan spill-over.

Setakat ini pun Pulau Pinang sudah menyerahkan 30,510 pakaian barisan hadapan (PPE) kepada jabatan sepatutnya. Pada masa yang sama sebanyak 309,700 sarung tangan turut diserahkan.

Dan kalau lihat statistik di negara jiran, Malaysia jauh lebih baik. Singapura sekarang ini sedang ditenggelami penularan dengan pertambahan lebih daripada 500 kes sehari.

Indonesia pula ialah b0m jangka yang menambah +7% kes setiap hari.

Memandangkan terdapat pertukaran populasi besar-besaran antara tiga negara ini, kerjasama antara-sempadan semestinya diperlukan. Nasib rakyat Malaysia di Singapura tersangatlah penting.

Pada 17 April, seorang lelaki Malaysia berusia 80 tahun menyertai angka k0rb4n di bumi Singapura (The Star, 2020).

Dan setiap hari hanya 200 rakyat Malaysia dibenarkan menyeberangi selat untuk kembali ke tanahair (Mazwin, 2020).

Dan sementara itu rakyat Indonesia menyeru kerajaan mereka ikut cara Malaysia – daripada manfaat sosial dalam bentuk bantuan kewangan ke inisiatif lain (Bernama, 2020).

Selama 22 bulan Malaysia beransur-ansur dibenci dunia oleh kerana dasar luar negara yang berguruh petir – sekarang ini negara kembali menjadi tauladan dunia.

Dimana Amerika Syarikat sendiri gagal, Malaysia telah (hampir) berjaya. Disiplin pencegahan penularan di Giant Kulim pun sangat mengagumkan.

Masa masuk, bahagian parkir dalam bangunan ditutup untuk kerja cucian. Kelihatan beberapa pekerja Giant cuci ruangan parkir yang begitu besar. Sampai tiang-tiang pun dicuci. Dalam bangunan, seorang staf tolong tekan pembersih tangan bagi setiap pelanggan.

Seorang lagi staf imbas suhu. Kemudian troli disediakan dalam keadaan dilap (di bahagian dalam). Promosi gila-gila. Sayur murah sangat dan segar, sekaligus memudahkan akses makanan berkhasiat orang Kulim.

Pembantu timbangan ada dua orang. Tidak sesak langsung. Bahagian basah (ayam dan ikan) pun teratur. Kaunter bayaran banyak dibuka. Staf ada dua orang. Seorang imbas; seorang bungkus. Kaunter ekspres dibuka untuk mempercepatkan proses.

Dan paling patut dipuji ialah “kaunter barisan hadapan” khas untuk polis, doktor, jururawat dan anggota keselamatan. Jika disiplin ini diamalkan di seluruh negeri (dan negara sekali), mungkin koronavirus pun gerun. Jangan main-main dengan disiplin orang Malaysia.

RUJUKAN:

Bernama. (2020, April 15). Learn from Malaysia, Indonesians tell their govt. The Star. Retrieved from https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/04/15/learn-from-malaysia-indonesians-tell-their-govt

Lo, T.C. (2020, April 16). Preparing for new world when Covid-19 is gone. The Star Online. Retrieved from https://www.thestar.com.my/metro/metro-news/2020/04/16/preparing-for-new-world-when-covid-19-is-gone

Mazwin, N.A. (2020, April 14). Malaysian returnees from Singapore number about 200 daily, says Ismail Sabri. The Star. Retrieved from https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/04/14/malaysian-returnees-from-singapore-number-about-200-daily-says-ismail-sabri

Nurul Hidayah, H. (2020, April 16). Kedah perlu bersedia hadapi pasca COVID-19: Sultan Kedah. Sinar Harian. Retrieved from https://www.sinarharian.com.my/article/79145/EDISI/Utara/Kedah-perlu-bersedia-hadapi-pasca-Covid-19-Sultan-Kedah

The Star. (2020, April 17). Singapore hit by highest spike. Retrieved from https://www.thestar.com.my/news/regional/2020/04/17/singapore-hit-by-highest-spike

Yiswaree, P. (2020, April 16). With no new cases from Kedah, Perlis, Penang, MOH says next focus to protect ‘green zones’. The Malay Mail Online. Retrieved from https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/04/16/with-no-new-cases-from-kedah-perlis-penang-moh-says-next-focus-to-protect-g/1857380


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.