Baru saja dapat tahu bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah kembali ke hadrat Ilahi. Takziah kepada keluarga Allahyarham, semoga Allah mengampuni, merahmati dan meletakkan beliau dalam kalangan para salihin yang dikasihi-Nya. Tatkala negara menangisi pemergian figura hebat ini, ramai orang terlupa sebelum bergelar ahli politik, beliau juga merupakan arkitek ‘serangan subuh’ Guthrie!

Apa hebat sangat pencapaian ‘serangan subuh’ Guthrie ini? Mungkin ia nampak remeh tetapi sebelum itu, ia merupakan sebuah syarikat perladangan British yang terkemuka dan tersenarai di London Stock Exchange (Bursa Saham London). Tetapi ada satu perkara yang menjengkelkan kerajaan ketika itu terhadap syarikat berkenaan: keengganan membantu sektor pertanian dan perladangan negara!

Bukan sekali Guthrie bersikap acuh tak acuh terhadap kerajaan. Tetapi selepas dikenakan tekanan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), barulah ia menubuhkan sebuah anak syarikat yang dipanggil Guthrie-Ropel. Menerusi anak syarikat ini, Guthrie mempunyai 17% saham tanah di Malaysia dengan sebahagiannya dijual kepada pelabur tempatan di Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia). Guthrie bersikap licik dengan menjual tanah-tanah di tempat tinggi yang tidak sesuai untuk kegiatan pertanian.

Sebelum itu, kami cadangkan korang untuk dapatkan THE HUMAN’S COMPLEX. Ingat nak atur ‘serangan Subuh’ Guthrie ini kacang ke? Perlukan minda yang tajam, tenang dan licik untuk jayakannya. Macam mana? Dapatkannya sekarang, harga cun lagi! Pautan pembelian: https://shopee.com.my/The-Patriots-The-Human%E2%80%99s-Complex.-i.238336777.7938249293

Permainan ‘madah berhelah’ Guthrie ini sebenarnya merupakan sebahagian daripada perang dingin yang tercetus antara Malaysia dengan Britain ketika itu. Manakan tidak, kedua-duanya yang mengetuai kerajaan ketika itu dasar kepala batu dan ada pendirian masing-masing: Tun Dr Mahathir Mohamad dan mendiang Margaret Thatcher.

Beberapa bulan sebelum ‘serangan subuh’ Guthrie tercetus, ‘Iron Lady’ sudah bikin Kuala Lumpur naik angin dengan tarik balik subsidi pendidikan ke atas pelajar-pelajar Malaysia. Dengan penarikan subsidi tersebut, kos pengajian pelajar-pelajar negara naik mendadak termasuk dari segi yuran pengajian. Tindakan tersebut kemudiannya disambut oleh ‘Che Det’ yang mengingatkan mereka bahawa itu merupakan satu kesilapan besar. Britain memandang sepi amaran tersebut dan hanya menyesal selepas ‘serangan subuh’ Guthrie berjaya.

Selain isu penarikan subsidi pendidikan, Malaysia juga berang selepas cubaan mendapatkan hak pendaratan tambahan di Heathrow untuk Malaysia Airlines (MAS) ditolak. Tetapi perkara yang akhirnya yang jadi pendorong kepada ‘serangan subuh’ ialah tindakan pesawat supersonik Concorde menceroboh ruang udara Malaysia semasa mendarat di Singapura. Bagi orang kerajaan ketika itu, cukup-cukuplah! Dah tiba masanya orang putih keparat di Downing Street itu perlu diajar cukup-cukup sebagai pengajaran!

Lantas, ini membawa kepada diskusi bagaimana mahu mendapatkan Guthrie agar sah bergelar milik Malaysia. Diskusi yang berlaku di padang golf ini membabitkan tiga figura iaitu Tengku Razaleigh Hamzah (Menteri Kewangan), Raja Tun Mohar Raja Badiozaman (penasihat ekonomi Perdana Menteri) dan Tun Ismail Mohd Ali (Pengerusi PNB). Ironinya, Tun Ismail juga merupakan abang ipar kepada Tun Dr Mahathir.

Tun Ismail Ali. Sumber: https://tunismailalichair.my/

Tun Ismail mempunyai sebab untuk merasa marah dengan Guthrie. Semasa beliau bergelar Gabenor Bank Negara, pada masa itulah, Guthrie-Roper ditubuhkan itupun selepas didesak. Selepas bergelar Pengerusi Perbadanan Nasional Berhad (PNB), Guthrie membuat kejutan dengan menjual aset mereka di Malaysia kepada MPH, sebuah syarikat tempatan tanpa merujuk PNB yang ada pegangan 25% dalam syarikat itu. Siapa tak mengamuk bila rasakan kedudukan mereka digugat sebegitu rupa.

Tetapi siapa yang patut dibawa sebagai ‘point man’ macam Ethan Hunt dalam Mission Impossible? Hanya satu calon saja yang dipertimbang iaitu Allahyarham Tan Sri Khalid. Ini disebabkan beliau yang ketika itu menjadi pengurus pelaburan PNB pernah berkhidmat dengan Barings, penasihat kewangan Guthrie. Disebabkan peranannya yang penting itu, usaha ini hanya diketahui segelintir orang saja dengan komunikasi strategi dibuat menggunakan kod.

Allahyarham Tan Sri Khalid Ibrahim

Pada tahun 1980, PNB memiliki 25% saham dalam Guthrie. Ini dicapai menerusi pemilikan 5% saham PNB dan 27.6% saham anak syarikatnya Sime Darby. Selain itu, syarikat-syarikat lain seperti Permodalan Bumiputera Sabah, Bank Simpanan Nasional, Oversea Chinese Banking Corporation (OCBC) Group, Sports Toto, Kuala Lumpur-Kepong (KPK) dan Genting turut mempunyai pegangan dalam Guthrie. Kalau dicampurkan semua, pegangan tempatan dalam Guthrie berjumlah 37%.

Allahyarham Tan Sri Khalid melihat usaha ini sebagai tidak mustahil. Ini kerana kebanyakan saham syarikat yang cuba diraih berpangkalan di Asia Tenggara sekaligus memudahkan mereka untuk berurusan. Selain itu, ia juga bertujuan mengelak rasa curiga pemegang-pemegang saham British daripada mengetahui usaha pengambilalihan secara senyap ini.

Bagi menjayakan usaha ini, dana sebanyak £282 juta diraih menerusi suntikan dana membabitkan tiga buah entiti iaitu Petronas, Pernas dan Amanah Saham Nasional (ASN). Usaha pengambilalihan turut dibantu oleh tokoh perbankan Sir Evelyn de Rothschild dan timbalannya Jock Green-Armytage yang memainkan peranan sebagai penasihat Tun Ismail. Salah satu nasihat de Rothschild kepada Allahyarham Tan Sri Khalid ialah membuka sebuah akaun bank di Switzerland bagi memproses pembelian saham Guthrie secara rahsia.

Selain berperanan sebagai penasihat, firma de Rothschild turut berperanan sebagai broker bagi mendapatkan saham pemegang-pemegang saham luar negara. Sementara firma Rowe & Pitman pula dilantik sebagai broker bagi mendapatkan saham pemegang-pemegang saham minoriti. Bagi menjayakan pembelian, 50 hingga 60 broker terpaksa bekerja lewat malam (subuh hingga pagi waktu Malaysia) selama empat jam pada 7 September 1981.

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Memanglah penat bersengkang mata dapatkan saham tetapi usaha Rowe & Pitman mula membuahkan hasil. Perlahan-lahan satu persatu saham Guthrie jatuh ke tangan PNB. Bermula dari 1.6 juta atau 5%, ia kemudiannya meningkat kepada 30% sebelum mencapai angka 42%. Tapi hasrat untuk mencapai angka magis 50% tergendala seketika disebabkan keengganan OCBC menjual saham mereka. Bagaimanapun, ia akhirnya dicapai menerusi persetujuan Pejabat Pelaburan Kuwait untuk menjual saham mereka kepada PNB.

Pada akhirnya, PNB berjaya memiliki 7,995 juta saham atau 50.4% sekaligus menjadikan mereka pemegang terbesar dalam Guthrie.  Selang beberapa hari kemudian, syarikat-syarikat British seperti M&G dan The Anderson terpaksa akur dan menjual semua pegangan mereka kepada PNB. Kosnya memang mahal tetapi menurut Allahyarham Tan Sri Khalid, jumlah aset yang dimiliki melebihi nilai pengambilalihan yang dibuat. Justeru, pengambilalihan ini merupakan satu kemenangan buat ekonomi negara.

Yang kelakarnya, ‘Iron Lady’ hanya tahu tentang hal ini beberapa hari kemudian. Siapa tak malu bila negara bekas jajahan British berjaya mengambil alih salah satu firma terkemuka mereka. Susulan itu, undang-undang pelaburan British diperketatkan bagi mengelak isu sama berulang pada masa akan datang.

Pengambilalihan Guthrie ini turut membuka mata firma-firma British bahawa Malaysia tidak sepatutnya dipandang enteng. Susulan pengambilalihan Guthrie, tiga lagi syarikat perladangan UK iaitu Highlands & Lowlands, Barlows dan Harrisons & Crosfield (H&C) menjual pemilikan mereka di Malaysia kepada kerajaan.

Dua tahun selepas itu, satu perjanjian dimeterai antara Thatcher dan Tun Dr Mahathir membabitkan beberapa isu. Pertama, subsidi pendidikan yang ditarik semula sebelum ini akan diberi dengan nilai sebanyak £160 juta. Kedua, hak pendaratan tambahan di Heathrow diberi kepada MAS. Nyatalah, ‘serangan Subuh’ Guthrie rupanya memberi kesan besar kepada negara dengan buahnya terus dirasai sehingga hari ini.


Dua buku best-seller The Patriots kini kami gandingkan sekali dalam versi bahasa Inggeris untuk kalian semua:

World Without Walls III: https://bit.ly/3PR2Ep9
The Human’s Complex: https://bit.ly/3J2GoGF

RUJUKAN

Murad, Dina. (2021). The Guthrie Dawn Raid remembered. The Star.

Suhaimi, MJ. (2018, 26 Mac). Dawn Raid: Peristiwa Kerajaan Malaysia Merampas Guthrie Daripada Penjajah British. Iluminasi.

J. White, N. (2018). In Trust A History of PNB. MPH Publishing. Halaman 181-203.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply