Fitnah akhir zaman terbentang pada sidang media pertemuan di antara YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Dato’ Dr. Mujahid Yusuf dan Aktivis LGBT Nisha Ayub di Kompleks Islam Putrajaya.
Allah benci LGBT
Rasul kutuk LGBT
Anda siapa?
Satu-satunya hak LGBT yang boleh diangkat ialah hak untuk bertaubat. Satu-satunya jalan untuk LGBT diterima masyarakat ialah dengan bertaubat. Berubah, kembali kepada fitrah jantina asal. Kita tidak ada masalah dengan dakwah dan bimbingan. Memang inilah sebaiknya. Tetapi gerakan untuk normalisasi LGBT yang dilaknat ni tidak boleh ditoleransi.
1) Wartawan tanya macam mana transgender nak masuk tandas mana?
Tau apa Menteri Agama jawab?
[ “If someone go to the toilet because of the call of mother nature. SO, DOES IT BOTHER YOU WHETHER WHERE THEY GO TO..?
.. they are the transgender that you see their appearance like this. AND NOBODY GONNA ASK IF “SHE” GOES TO THE FEMALE TOILET. BECAUSE SHE LOOKS LIKE A FEMALE.]
(minit 9:22) – Dr. Mujahid.
Abang-abang pondan, jemput la masuk tandas perempuan, sebab menteri agama pun tak kisah. Tau tak, yang privasi perempuan tulen pun kena dijaga. Tau tak ada kes lelaki pondan masuk tandas perempuan, akhirnya merogol seorang kanak-kanak perempuan? Kenapa tak peduli dengan kehormatan perempuan? Apa nak jadi ni? Nafsu LGBT diikutkan, maruah perempuan diabaikan.
________________________________________
2) Menteri AGAMA mengakui transgender dengan jantina yang dia pilih.
Kata Menteri :-
[“SHE” is a transgender.]
(minit 18:47)
Lelaki ialah lelaki. Perempuan ialah perempuan. Pakailah kefahaman Islam sebenar, bukan kefahaman Islam Liberal.
_________________________________________
3) Menteri cakap yang paling penting jangan diskriminasi hak dia nak beribadah.
Wartawan tanya macam sembahyang dia nak dok saff mana?
Menteri jawab :-
[Yang penting adalah dia nak pergi beribadat. Dan sebagai seorang Muslim kalau dia nak pergi beribadat takkan kita nak halau dia?]
(minit 19:19)
SAFF MANA?
Menteri jaga agama kenapa tak tegas berpakaian menyerupai jantina lain adalah HARAM. Habaq kat dia kalau tak mau orang judge dan label dan kalau tak mau rasa di-diskriminasi, tukaq pakaian dan duduk dalam saff jantina asal.
_________________________________________
4) Menteri kata transgender is the most vulnerable because of their appearance. Kenyataan ni banyak diulang-ulang dalam video ni. Lepas tu Menteri kata ini kerana transgender yang paling nampak sekali dan dia tak sama dengan L, yang mana G dan yang mana B. Tapi tak patut kita label, berdasarkan penampilan.
AGAMA LETAK MANA?
Bukankah berpenampilan seperti berlainan jantina tu hukum yang JELAS HARAM?
Kenapa tak tolong keluarkan golongan yang katanya 80% terlibat sebagai pekerja seks sebab di-diskriminasi ni dengan cegah benda haram berpenampilan seperti berlainan jantina dulu?
Lepas tu dia nak pi mana pun orang takkan label dah. Hilang la diskriminasi.
___________________
5) Menteri kata jangan label, jangan diskriminasi, sebab bukannya depa nak tuntut hak perkahwinan sesama jantina pun, depa cuma nak layan depa macam orang biasa di mana-mana saja termasuk di tempat kerja.
Soalnya, adakah selama ini LGBT tidak diizinkan bersekolah, masuk hospital? Sedangkan ada pondan yang sampai berjaya jadi artis, jadi jutawan kosmetik. Apakah benar mereka ditindas?
Menteri agama, kembalilah kepada agama.
Kalaulah menteri agama faham betapa kerasnya kebencian Allah dan Rasul kepada LGBT. Kita siapa? Nak kata Allah dan Rasul label & judgemental ke? Astaghfirullah. Bertaubatlah tuan.
Yang bermaksud, daripada Ibnu ‘Abbas, katanya, “Rasulullah saw mela‘nat lelaki yang meniru-niru gaya perempuan, dan perempuan yang meniru-meniru gaya lelaki.”
Yang bermaksud, daripada Ibnu ‘Abbas. katanya, “Nabi saw mela‘nat lelaki yang berperangai pondan dan perempuan yang berperangai lelaki. Baginda bersabda, usirlah mereka dari rumah kamu.”
Yang bermaksud : Daripada Abi Hurairah r.a berkata: Rasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan yang memakai pakaian lelaki.
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan al-Tabrani, Abdullah bin Amru bin al-As r.a telah melihat Ummu Sa‘id binti Abu Jahal berjalan seperti seorang lelaki dengan pedang tersisip di pinggangnya lalu Abdullah berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda,
Yang bermaksud, Bukanlah daripada kalangan umatku perempuan meniru lelaki dan lelaki meniru perempuan.
Laknat dalam hadith di atas merupakan celaan yang sangat berat kepada pelaku. Ianya menunjukkan betapa kerasnya larangan Rasulullah terhadap perbuatan tersebut. Dalam kitab Fath al-Bari, al-Tabari menjelaskan laknat ( لعن ) bermakna tidak harus ( لا يجوز ) iaitu haram. Manakala al-Syeikh Abu Muhammad bin Abi Hamzah berkata: Laknat ( اللعن ) itu menunjukkan bahawa perbuatan tersebut adalah sebahagian daripada dosa-dosa besar.
Dr Khalif Muammar berkata:
Golongan LGBT suka menggambarkan diri mereka sebagai mangsa kezaliman dan keganasan. Benarkah? Siapakah sebenarnya yang menjadi mangsa keganasan LGBT? Apakah masyarakat Islam tidak mempunyai hak dan kepentingan untuk dijaga?
Untuk meraih simpati dunia, Israel selalu berlakon menjadi mangsa keganasan, tetapi siapa sebenarnya yang menjadi mangsa keganasan?
Orang yang berfikir sehat tidak akan tertipu. Jangan biarkan diri anda tertipu.
Kredit: Mohd Hafizuddin
Sejak kebelakangan ini, kos operasi untuk menguruskan laman page dan portal The Patriots semakin meningkat. BANTU KAMI KEKAL MENULIS DI ATAS TALIAN dengan membeli buku-buku kami. Untuk keluaran Ogos, kami mempertaruhkan NAZI DI HUJUNG JARI dan DISEBALIK TIRAI LAYAR. Untuk pembelian, bolehlah ke pautan di bawah.
ataupun
Nazi Di Hujung Jari – http://bit.ly/nazidihujungjari
Di Sebalik Layar – http://bit.ly/disebaliktirailayar
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih