Sepanjang kurun lepas, berlaku beberapa acara boi.kot besar-besaran yang bermatlamatkan pelbagai tujuan. Pada 1930, Mahatma Gandhi melancarkan Perarakan Garam bagi menen.tang penj.aja.han British. Pada 1955, Martin Luther King Jr. melancarkan Boi.kot Bas Montgomery bagi mempro.tes isu ra.sis. Pada 1980 pula, sebanyak 65 buah negara termasuk Malaysia memboi.kot Sukan Olimpik kerana membantah se.rangan Soviet Union ke atas Afghanistan.(Wiginton, Kery. 2019)
Walaupun perbuatan boi.kot sudah mewarnai sejarah manusia sejak zaman-berzaman (hatta sejarah umat Islam sendiri pun menyaksikan boi.kot berlaku seawal tahun keenam kerasulan), umur perkataan itu belum pun tua. Usianya masih sekitar 140 tahun.
Perkataan ‘boi.kot’ lahir di Ireland pasca Keb.ulu.ran Kentang (1845-1852). Dalam peristiwa tersebut, seramai sejuta orang terkor.ban sambil sejuta yang lain terpaksa berpindah. Antaranya ke Amerika Syarikat. Sepanjang 1841-1850 sahaja, hampir 49% imigran yang memasuki negara terbabit berasal dari Ireland. Ketika Ireland merdeka pada 1921, populasinya sudah pun berkurangan hampir separuh berbanding pada 1840-an. (Mokyr, Joel. 2021)
Keadaan ini mencerminkan dahsyatnya penangan Kebu.luran Kentang yang diperburuk oleh kelemahan pemerintah.
Kerajaan British sebagai penguasa Ireland sememangnya ada melaksanakan beberapa program bantuan seperti membawa masuk bekalan jagung dari Amerika Syarikat, memberi pinjaman (hutang) kepada tuan-tuan tanah, dan memberi peluang pekerjaan kepada orang awam. (Mokyr, Joel. 2021)
Mereka juga ‘menyambut’ bantuan dari luar seperti Uthmaniyah dan Poland, dengan Sultan Abdulmejid menghulurkan £1,000 ($1.3 juta nilai hari ini) serta tiga buah kapal bekalan manakala Paul Strzelecki pula memberi makan kepada 200,000 orang kanak-kanak.(Sabah, Daily. 2020)
Kesemua ini bagaimana pun tidak memadai sampaikan pada tahun 1997, kegagalan tersebut disuarakan oleh Tony Blair menerusi permohonan maafnya sebagai Perdana Menteri British kepada Ireland ketika negara itu menyambut ulang tahun Kebu.luran Kentang yang ke-150 (Davies, Caroline. 2021). Bayangkan, saat kri.sis kebu.luran sedang memuncak pada 1847, Britain masih mengimport makanan seperti kacang pis, kacang tanah, arnab, ikan, dan madu dari Ireland. (History. 2019)
Bebanan untuk memelihara kebajikan petani pula diletakkan sepenuhnya pada bahu tuan-tuan tanah. Dengan hutang yang bertambah dan bayaran sewa yang berkurangan, sebilangan mereka lantas kehabisan dana untuk meringankan beban penyewa. Akibatnya, ratusan ribu penyewa diu.sir sepanjang tahun-tahun kri.sis.
Lebih malang, kebanyakan pemilik tanah tidak pun menetap di Ireland. Tanah-tanah mereka hanya diselia oleh orang tengah yang rata-ratanya tidak ambil endah pun fasal hal-ehwal penyewa – apa yang penting bagi mereka, sewa tanah mesti dibayar.
Justeru secara umum, keadaan sosial di Ireland sewaktu Kebuluran Kentang diwarnai oleh tiga perkara; kerajaan yang tidak kompeten, busa bangsawan yang berkepentingan, dan orang awam yang tersepit dalam kesempitan. Keadaan sebegini berterusan sehingga tiga atau empat dekad berikutnya dan dalam tempoh inilah perkataan ‘boi.kot’ lahir secara rasmi.
‘Boi.kot’ sebenarnya adalah nama orang. Nama penuhnya ialah Charles Cunningham Boy.cott (1832-1897), seorang pesara tentera British yang menjadi ejen tanah bagi pihak John Crichton (orang besar di Erne). Crichton memiliki 40,000 ekar tanah di County Mayo dan dia memberikan 629 ekar daripadanya kepada Boy.cott sebagai upah menguruskan kesemua tanah tersebut termasuk 35 orang penyewanya. Tanah milik Boy.cott ini dikenali sebagai Lough Mask.
Pada 1877, kega.watan sekali lagi melanda sektor pertanian di Ireland. Rentetan pengalaman lama, sebuah organisasi rakyat bernama Liga Tanah (Land League) kemudian dibentuk. Matlamat utamanya adalah untuk menuntut tiga perkara; pengurangan harga sewa, penjualan bebas, dan ketetapan tempoh sewaan. (O’ Dowd, Niall. 2021)
Tuntutan ini bagaimana pun tidak dipenuhi. Sebahagiannya bukanlah tanpa sebab. Ada pemilik tanah yang sudah pun mengurangkan nilai sewa sebanyak 33% sejak Kebu.luran Kentang (walaupun ada juga yang mengaut untung sehingga £80,000 setahun). Crichton sendiri menawarkan pengurangan sebanyak 10%. Namun, kesempitan hidup membuatkan penyewa-penyewanya hanya berpuas hati jika ia diturunkan sehingga 25%. (Valentin, Nicol. 2019)
Jadi, Boy.cott sebagai orang tengah bagi pihak Crichton memeras sesiapa yang berkeras. Seramai sebelas orang penyewa diu.sir tanpa belas. Kekerasan Boy.cott mengundang kemarahan orang ramai. Atas saranan salah seorang pemimpin Liga Tanah, iaitu Charles Stewart Parnell, penduduk County Mayo secara umum dan pekerja-pekerja di Lough Mask secara khusus lantas memulaukan Boy.cott.
Peniaga tidak lagi berjual-beli dengannya. Penghantar surat tidak lagi menghantar surat kepadanya. Pekerja ladang tidak lagi mengerjakan ladangnya. Situasi ini menjadi salah satu episod utama dalam Pe.rang Tanah Ireland (1878-1909) dan mendapat liputan hangat dalam akhbar Inggeris, di mana perkataan boi.kot buat kali pertamanya digunakan.
Tambahan, Boy.cott sendiri mengadukan nasibnya kepada The Times yang kemudian membuka dana awam bersama beberapa akhbar lain seperti Daily Express dan Daily Telegraph. Menerusi dana tersebut, Boycott menerima 50 orang sukarelawan yang datang ke Lough Mask dengan diiringi oleh lebih 1,000 orang ten.tera. Namun kemudian, Boy.cott dike.cam kerana bantuan tersebut memakan belanja sehingga £10,000 sedangkan hasil tuaian ladangnya cuma £500. (O’ Dowd, Niall. 2021)
Akibat rasa malu dan terancam, Boy.cott dan isterinya meninggalkan Ireland dan berpindah ke Virginia, Amerika Syarikat pada Disember 1880. Beberapa bulan kemudian, dia pulang ke England dan sekali lagi menjadi ejen hartanah pada 1886. Kali ini, untuk Hugh Adair di Suffolk sebelum Boy.cott akhirnya mening.gal dunia pada 1897 – tujuh belas tahun sejak namanya melahirkan perkataan boi.kot dan sembilan tahun selepas ia dimasukkan ke dalam Kamus Inggeris Oxford. (Grant, Megan. 2016)
RUJUKAN
Davies, Caroline. (2021). Tony Blair’s apology for Irish (ditapiskan) written by aides, papers reveal. The Guardian.
History. (2017). Irish Potato (ditapiskan).
Grant, Megan. (2016). Where Does the Word “(ditapiskan)” Come From? Bustle.
O’Dowd, Niall. (2021). The Irish invented the (ditapiskan) because of England land agent. Irish Central.
Mokyr, Joel. (2021). Great (ditapiskan). Britannica.
Sabah, Daily. (2020). Ireland remembers how 19th century aid from Ottoman sultan changed fate of thousands.
Valentin, Nicol. (2019). The Story of How We Began to (ditapiskan). Medium.
Wiginton, Keri. (2019). Major (ditapiskan) that changed history. Stacker.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih