Pontos adalah sebuah wilayah yang sangat kaya dengan artifak prasejarah. Wilayah ini terletak di pesisiran Laut Hitam dalam negara Turki.

Dorongan prasejarahnya terlalu kuat untuk diketepikan, mungkin berpunca daripada pengaruh budaya Yamnaya yang pernah mengamalkan kehidupan ala nomad dengan ekonomi penggembalaan haiwan. Yamnaya dipercayai mempunyai peranan penting pada zaman proto-Eropah ini.

Terdahulu benua Eropah didapati sudah berpenghuni. Prasejarah Eropah mungkin bermula sekitar 37,000 tahun dahulu, yakni zaman Paleolitik yang sangat panjang. Hidup dalam kampung pula menyambung legasi Paleolitik dalam lingkungan 5,000 tahun lalu.

Apa orang Paleolitik biasa makan…

Mereka bercμcμk tanam selama dua alaf, sebelum mula berdagang pula. Melalui arena perdagangan, bangsa-bangsa Eropah memulakan Zaman Gangsa, dengan banyak teknologi baru untuk memajukan hidup sendiri.

Pemerhatian marhaen mungkin meletakkan satu identiti tunggal pada “bangsa Eropah”. Namun pakar arkeologi dan genetik menggali habis untuk mengesahkan apa yang belum sah. Mereka percaya bahawa dulu ada petani-petani Neolitik di Eropah.

Kemudian datang pula suatu budaya baharu iaitu Yamnaya, barangkali sekitar 3,000 S.M. Menariknya, inilah zaman Eropah bangkit berdagang. Jadi saintis berpendapat perdagangan adalah amalan Yamnaya. Kerana budaya inilah, Eropah membangun.

Penemuan Bukti Migrasi

Kajian mendapati yang Turki bukan sebenarnya bumi Yamnaya. Sebaliknya, budaya ini menjadikan Turki sebagai tempat persinggahan. Maksud di sini – Yamnaya sedang bermigrasi. Soalnya dari mana? Tengok pada dapatan sedia ada, Yamnaya barangkali berasal daripada wilayah Dniester dan Prut yang berada dalam zon budaya Rus (Juras, et al., 2018).

Penghijrahan ini memakan masa sangat lama, sekali gus membuatkan Yamnaya ibaratkan benih bangsa-bangsa moden hari ini. Banyak bangsa di benua Asia berkongsi kolam genetik sama dengan Eropah… berpunca kerana Yamnaya. Ini bermakna, mereka bergaul dan bersemenda dengan pelbagai bangsa sepanjang perjalanan… dan migrasi mereka.

Migrasi.

Terlalu ramai dalam kalangan Yamnaya ini adalah lelaki. Katakanlah setiap 100 penghijrah – hanya tujuh sahaja perempuan. Yang lain semua lelaki. Inilah sebab di sebalik kepekatan genetik Yamnaya dalam kolam Eropah. Mereka bergaul dengan wanita tempatan secara rela dan paksa.

Pengaruh mereka terlalu kuat sampai boleh menenggelamkan budaya sedia ada. Anak-anak barangkali diasuh dengan adat istiadat dan tradisi Yamnaya berbanding budaya asal mereka. Dalam bahasa Inggeris, proses ini dipanggil culture supplantation.

Macam-macam berubah selepas kedatangan Yamnaya. Cara peηgebμmiαη pun bertukar habis. Eropah suka tanam secara berkongsi dengan satu kampung. Yamnaya pula suka menyimpan mαyαt secara berindividu (Egfjord, et al., 2021).

Tidak pelik kalau Yamnaya bawa agama baru, mungkin lagi relevan berbanding anutan sedia ada. Sesiapa yang enggan terima pula barangkali jatuh pada tangan Yamnaya yang memegang seηjαtα bersumber kuprum atau gangsa.

Mungkin juga wanita tempatan lebih suka lelaki Yamnaya yang dipandang sejati berbanding orang sendiri. Bukannya mereka menggatal. Sebaliknya zaman dulu terlalu susah – yang kuat saja boleh hidup. Tengok Yamnaya gagah perkasa… siapa tidak rasa selamat?

Orang Yamnaya.

Perkembangan Yamnaya pula nampak sama seperti Greece dan Rom yang menubuhkan koloni terlebih dahulu. Inilah punca mereka berhijrah, untuk mencari harta dan kemasyhuran di bumi orang. Kerana terlalu kuat, masyarakat tempatan mungkin menerima kedatangan mereka sambil menyerahkan anak-anak perempuan sebagai ganjaran.

Sebab itu orang cakap: lebih baik hidup pada zaman sekarang. Susah bayar hutang sekalipun – anak isteri selamat dalam undang-undang yang adil. Berbanding zaman dulu – kalau penguasa datang saja, kena rela untuk apa-apa sahaja.

RUJUKAN:

Egfjord, A., et al. (2021, Januari 14). Genomic Steppe ancestry in skeletons from the Neolithic Single Grave Culture in Demark. PLOS.

Juras, A., et al. (2018, Ogos 2). Mitochondrial genomes reveal an east to west cline of steppe ancestry in Corded Ware populations. Nature.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.