Perancis boleh kata lewat masuk dalam arena imperialisme. Pada zaman kemasukannya, British dan Belanda sudah bergiat begitu aktif. Jadi Perancis perlu mencari lubuk yang belum disentuh dua durjana berkuasa ini. Dan mereka secara berperingkat menembusi Vietnam, yang belum dijajah sesiapa. Vietnam dipimpin seorang maharaja bernama Gia Long, yang dibantu Perancis semasa menghadapi beberapa pencabar.

Turut datang membantu adalah Empayar Qing daripada China. Sudah pasti ada muslihat di sebalik bantuan antarabangsa ini. Namun Gia Long mempertahan bahawasanya baginda dibantu sukarelawan dan penjelajah, bukannya orang-orang rasmi Perancis.

Perancis pula tidak bergantung pada satu asakan semata-mata. Secara berkala, paderi-paderi Perancis sedang memenangi hati rakyat Vietnam. Dalam masa 200 tahun, kegiatan agamawan berjaya meningkatkan jumlah umat Kristian sebanyak 600,000 orang (Addington, 2000). Rakyat tempatan mula gusar dengan peningkatan ini, terutamanya apabila kelompok Katolik mula mempertingkat pertahanan komuniti. Dan sekitar 1840-an, pendeta-pendeta Eropah mula diganggu kerajaan Vietnam sampai ada yang terkorban.

Bala Perancis Yang Datang Merampas.

Sebelum tu, kami nak cadangkan kalian beli buku POLITIK UNTUK PEMULA. Artikel ini bercerita tentang zaman penjajahan Eropah yang terkutuk. Namun sisa-sisa penjajahan mereka masih bergelumangan sampai hari ini, wujud secara halus dalam lembah politik. Dalam buku ini, kalian akan belajar pasal keperluan untuk berpolitik. Link pembelian: https://bit.ly/3d6vbsR

Kerajaan Perancis menggunakan justifikasi ini untuk berperang, yang akhirnya membentuk sebuah negara terjajah bernama “French Indochina”. Bukan senang untuk runtuhkan iltizam Vietnam. Mereka mengambil masa hampir 27 tahun juga, yang tamat pada tahun 1885. Lapan tahun kemudian, French Indochina menang peperangan dengan Siam pula yang memulakan siri pencerobohan sampailah tahun 1907.

Cita-Cita Terbantut

Kegiatan penjajahan Perancis mula bergolak, apabila Perang Dunia Pertama melanda Eropah. French Indochina merasa bahang kerana kerajaan induk Perancis terkial-kial dimamah Jerman. Lalu kerajaan induk meminta French Indochina cari rekrut untuk berperang. Seramai 100,000 “”sukarelawan” dipaksa berperang di Eropah, sampai warga tempatan di Tonkin bangkit mengamuk (Jouineau, 2009).

‘Warga Kelas Kedua’ Dipaksa Membantu

Taktik ini benar-benar menjadi senjata yang memakan tuan. Kerana jumlah sebegitu banyak menerima latihan ketenteraan yang akhirnya menjadi pembakar semangat untuk bangkit menjatuhkan French Indochina. Rata-ratanya dibuai pengaruh komunisme, sampai bersatu hati habis.

Dan mereka juga mendapat sokongan daripada luar negara buat julung kalinya. Kerana selepas Perang Dunia Pertama, semua tahu Kesatuan Soviet bangkit menjadi pencabar kuasa Eropah. Dan pada ambang Perang Dunia Kedua, pihak Soviet menyeru komunis-komunis Vietnam bangkit mencabar ketuanan Perancis dalam French Indochina.

Asia Untuk Orang Asia

French Indochina mendapati diri mereka tersepit, sepertimana kerajaan induk Perancis semasa Perang Dunia Pertama. Sudahlah ramai dalam kalangan warga Vietnam membenci mereka; datang pula musuh baharu yang ingin membebaskan bumi Asia untuk orang Asia. Angkatan Jepun menyusup macam bala penyakit, ambil alih satu negara demi satu negara sebelum tunjuk muka bengis yang sebenar. Apabila menikmati kuasa, Jepun sekadar mengambil alih dan menjadi penjajah baharu.

Akhir kata, beli juga buku terbaru kami bawah imprint fiksyen kami. Ada pra-tempah dan harga diskaun sedang ditawarkan untuk para pembeli. Beli di webstore kami.
Pencari Cincin Sakti: http://bit.ly/CincinSaktiStore
Sate Untuk Jembalang: http://bit.ly/SateJembalangStore
Kombo: http://bit.ly/komboPCSSUJ

Dan kali ini Thailand bermain diplomasi dengan pakatan bersama Jepun. Melihat French Indochina dalam keadaan lemah, Thailand berusaha untuk merampas semula wilayah-wilayah yang hilang. Hasrat Jepun tidak kesampaian kerana keangkuhan mereka untuk kacau helang yang sedang tidur. Melihat keadaan pada tahun 1945, Jepun memusnahkan struktur ketenteraan Perancis sampai ramai anggota lari bertempiaran ke China dimana mereka diberkas dan dijadikan buruh tahanan.

Di sini semua boleh nampak – Perancis sebenarnya tidak kenal penduduk yang dijajah mereka. Berbeza dengan British yang mencengkam British Raj daripada telinga sampai lutut. British yang mengenali rakyatnya pun dihalau jauh (secara berhemah). Perancis boleh pula guna rakyat tempatan untuk berlawan peperangan mereka… yang akhirnya memakan diri.


Dua buku best-seller The Patriots kini kami gandingkan sekali dalam versi bahasa Inggeris untuk kalian semua:
World Without Walls III: https://bit.ly/3PR2Ep9
The Human’s Complex: https://bit.ly/3J2GoGF

RUJUKAN:

Addington, L. (2000). America’s War in Vietnam : A Short Narrative History. Indiana University Press. Halaman 8.

Jouineau, A. (2009). French Army 1918. Halaman 63.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply