Pepatah twitter ada menyebut, “Kalau membenci, janganlah terlalu membenci, boleh jadi ada kebaikannya yang kita tidak ketahui.” Sesuai la dengan Hajjaj bin Yusuf ath-Thaqafi (661-714). Gabenor Iraq di era Dinasti Umayyah ini terkenal dengan kezaliman dan aksi politiknya yang kontroversial . Punya la teruk imej Hajjaj di mata ummah sebagai watak villain setara Thanos dalam citer Marvel.

Jasa Hajjaj yang paling diingat orang adalah meletakkan titik pada mushaf Al-Quran. Cuba fikir, dah ada titik pun kita orang Melayu kadang-kadang susah nak baca, apatah lagi kalau takde titik? Hajjaj memerintahkan kodifikasi dhobt-ul-Quran kepada Nahsr bin ‘Ashim dan Yahya bin Ya’mur yang juga murid Abu Aswad al-Du’ali. Kalau anda masih ingat, Saidina Ali pernah mengarahkan Abu Aswad al-Du’ali untuk menyusun ilmu nahu terlebih dahulu serta dialah orang yang sama meletak baris fathah, kasrah dan dhommah pada kalimah.

Zaman Hajjaj menjadi gabenor di Iraq, Palestin dan Hijaz, ramai orang bukan Arab berbondong-bondong masuk Islam hasil perluasan kuasa Khilafah Umayyah. Justeru untuk mempermudah bangsa bukan arab membaca mushaf Al-Quran, titik pada kalimah adalah sebuah keperluan. Di samping itu, Hajjaj juga yang mengkhususkan nama sesebuah Surah dalam Al-Quran.

Tahukah anda, sebelum menjadi pegawai kerajaan, Hajjaj adalah seorang guru Al-Quran. Dia juga seorang penghafaz Al-Quran. Bapanya, Yusuf Ath-Thaqafi sendiri mengajarkan Al-Quran kepada ramai kanak-kanak sampaikan cinta kepada Kalamullah ini tumpah kepada Hajjaj. Jadi tidak pelik walau sejahat-jahat Hajjaj, masih peduli dengan Al-Quran. Cinta kepada Kalamullah sudah mengalir dalam darahnya. Lantaran ketegasan Hajjaj mentarbiah anak khalifah dan menteri sampai cepat menjadi huffaz, dia lekas naik pangkat dalam kerajaan.

Sebengis-bengis Hajjaj, dia akan terdiam dengan Al-Quran. Pernah satu masa dia berdebat dengan Yahya bin Ya’mur. Khilafah Bani Umayyah terkenal dengan penindasan kepada Ahlul Bait sejak penyembelihan Ahlul Bait yang diketuai Yazid (647- 683). Hajjaj sebagai gabenor daulah Umayyah membela majikannya dengan mengatakan, Saidina Hussein tidak ada hak menjadi Khalifah. Alasannya, Hussein bukan daripada jalur anak lelaki Nabi Muhammad lantaran lahir daripada jalur Fatimah az-Zahra’. Dalih ini dibantah Yahya bin Ya’mur dengan memetik ayat Al-Quran.

Contohnya: “Kami juga telah memberikan wahyu kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub, serta Nabi-nabi keturunannya dan Nabi Isa dan Nabi Ayub dan Nabi Yunus dan Nabi Harun dan Nabi Sulaiman” (QS Nisa’: 163) dan “Wahai Isa ibn Maryam! Kenanglah nikmat-Ku kepadamu dan kepada ibumu” (QS Maidah: 110). Daripada petikan ayat Al-Quran ini jelas bahwa Allah mengiktiraf Nabi Isa bersambung keturunan dengan Nabi Ibrahim meskipun lahir dari jalur perempuan yakni ibundanya Maryam. Hujah ini membungkam mulut Hajjaj. Lantas dia hanya mampu menghukum Yahya bin Ya’mur dengan buang negeri.

Hajjaj tidak 100% baik, tidak juga 100% buruk. Semasa membaca sejarah, kita tidak boleh naif. Usah mudah mengecop dia tu jahat atau dia tu baik. Grey area wujud dalam watak sejarah. Ulama’ sekaligus sahabat Nabi, Abdullah bin Umar solat berjemaah dengan berimamkan Hajjaj. Malahan solat di belakang Hajjaj ini terjadi semasa pertempurannya melawan Abdullah bin Zubair.

Hal ini tidaklah menafikan kezaliman yang dilakukan Hajjaj semata-mata beralasan seorang ‘alim menjadi makmumnya. Akidah Asyairah tidak mengkafirkan seorang pun daripada ahli kiblat! Ibn Asākir memetik pendapat Imam Abu Hasan Asyaari: “Dalam agama, kita Solat Berjemaah dan Solat Jumaat di belakang imam, baik yang warak ataupun tidak..”

Fakta tentang pertempuran Hajjaj dengan Abdullah bin Zubair, tidak semua sahabat bersetuju anakanda Zubair bin Awwam itu menjadi Khalifah baru. Di antara yang membangkang adalah ulama’ tafsir, Abdullah Ibnu Abbas. Abdullah bin Umar juga ikut berkecuali, meskipun hujungnya nanti mati akibat diracun Hajjaj. Ibnu Anbari, Tha’lab dan al-Jumahi berpendapat tabiat keras Hajjaj adalah kerana dahulunya dia tidak belajar syair arabi ketika membesar, lantas membuat jiwanya keras.


Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply