Pada Tembok Berlin terdapat tulisan yang tertulis;
“Jangan lupakan tembok ini yang mewujudkan kez4liman. Juga jangan lupakan keruntuhan tembok ini yang membawa kebebasan.”
Tembok Berlin dibina ketika pasca-p3rang dunia kedua. Dibina kerana perbezaan idea ekonomi yang dibawa dalam kalangan Kuasa Paksi iaitu Soviet Union, Amerika, Perancis dan Britain.
Setelah mereka menewaskan Kuasa Bersekutu dan tumbangnya N4zi, mereka menduduki Jerman. Kira telah dibahagi-bahagi antara mereka.
Amerika, Perancis dan Britain membawa idea ekonomi liberal, dan Soviet Union pula membawa idea k0munis. Jadi, terdapat idea yang bercanggah antara mereka yang menyebabkan Tembok Berlin dibangunkan.
Ekonomi Liberal menguasai Jerman Barat dan kerajaan Federal Republic of Germany ditubuhkan. K0munis pula menguasai Jerman Timur dan menubuhkan German Democratic Republic.
Masa itu K0munis agak ketatkan perjalanan perdagangan dan perniagaan Jerman Barat dan penduduk Jerman Timur pula tidak dibenarkan keluar daripada negara mereka sendiri.
K0munis lakukan perkara ini kerana mahu mengawal ekonomi mereka.
Pada ketika itu, Tembok Berlin belum dibangunkan lagi. Hanya terdapat garis sempadan sahaja. Jadi, walaupun kerajaan K0munis ada undang-undang yang halang daripada rakyat mereka keluar, rakyat tetap boleh bergerak sesuka hati.
Pemimpin K0munis risau dengan benda macam ini. Dia tak mahu rakyat dia pergi ke Jerman Barat. Jadi, mereka hidupkan pr0paganda yang kerajaan Jerman Barat adalah penyambung rejim N4zi Jerman.
Ramai rakyat Jerman Timur pergi ke Jerman Barat sebab K0munis menumpukan penggunaan sumber untuk persediaan pep3rangan.
Jadi, ekonomi mereka tak berkembang dengan baik dan tak kompetitif. Jerman Barat pula gunakan sumber ekonomi untuk pembangunan. Jadi, ekonomi lebih baik-lah.
Lebih teruk lagi, kehidupan di Jerman Timur agak teruk. Mana-mana rakyatnya macam membelot dan kutuk-kutuk kerajaan akan dikenakan hukuman.
Rakyat Jerman Timur tidak mempunyai tahap kebebasan seperti di Jerman Barat.
Masa tahun 1961, seramai 3.5 juta rakyat Jerman Timur tinggalkan negara mereka yang merangkumi 20% populasi Jerman Timur.
Okey, sebab K0munis tak nak benda ini berlaku. Mereka mulalah bangunkan tembok. Ya, tembok inilah dikenali sebagai Tembok Berlin.
Mula-mula tembok ini dibina dengan pagar dawai aje. Belum tembok batu lagi. Rakyat Jerman Timur tetap dapat melepaskan diri.
Pada tahun 1965, tembok itu mula dibina dengan konkrit setinggi 3.6 meter. Atas tembok itu pula diletakkan saluran paip supaya tak mudah untuk memanjat.
Saban tahun, tembok itu diketatkan dengan pelbagai lagi bentuk pengawalan. Dia orang letak anjing jaga, ada letak b0m bawah tanah termasuk jalan berduri.
Bangunan pengawal dibangunkan sebanyak 302 buah.
Lebih menakutkan, sesiapa yang masuk dalam jarak 100 meter daripada pagar akan ditemb4k m4ti oleh pengawal.
Walaupun macam itu, rakyat Jerman Timur tetap dalam melepaskan diri. Sejak dari 1961 hingga 1989 seramai 5000 rakyatnya dapat melarikan diri.
Ada yang berenang, ada yang gali tanah, ada yang terbang. Macam-macam cara deme guna.
Ada juga yang m4ti sewaktu nak larikan diri ini.
Hasil daripada tembok ini, ekonomi K0munis menjadi stabil kerana tenaga kerjanya dikawal dan tak melarikan diri. Tapi kesannya, K0munis mendapat nama buruk. Dianggap sebagai K0munis yang menindas.
Pada tahun 1972, perjanjian yang diwujudkan antara Timur dan Barat membolehkan rakyat Jerman Timur untuk bertemu dengan keluarga mereka di Barat.
Tapi kerajaan K0munis melakukan pelbagai cukai dan bayaran yang tinggi untuk hak ini untuk mendorong rakyat Jerman Timur tidak membuat sebarang permohon untuk berjumpa dengan keluarga mereka di Barat.
Kalau aku jadi rakyat Jerman Timur, mungkin aku tak mohon dah. Renyah. Hahah!
Kemudian, masa tahun 1980, blok liberal di Jerman Timur telah menyebabkan berlakunya demonstrasi besar-besaran untuk mendapatkan kebebasan keluar daripada negara mereka.
Dan mereka juga mahukan demokrasi.
Pada tahun 1989, Jerman Timur wujudkan passport yang senang nak dapat untuk meredakan tegangan.
Hasilnya, makin ramai rakyat Jerman Timur berkumpul di tembok untuk melepasi tembok tersebut. Kumpul ramai-ramai ini menyebabkan pengawal terpaksa membuka tembok untuk mereka lepasi.
Pengawal cuba nak kawal keadaan, tapi tak dapat. Jadi, ada yang sampai memanjat dan memecahkan tembok tersebut. Akhirnya, Tembok Berlin runtuh.
Pada tahun 1990, Jerman bersatu semula dan Soviet Union tumbang.
Pada hari ini, terdapat tinggalan tembok tersebut yang memberikan peringatan bahawa mana-mana tembok yang menghalang kebebasan kita mampu diruntuhkan.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih