Bersempena dengan bulan kemerdekaan ini, marilah kita hayati kembali peristiwa-peristiwa berd4rah yang sudah mengorbankan banyak ny4wa dan jiwa nenek moyang kita demi sebuah keamanan. Telah menjadi kebiasaan bagi kita mengimbau kembali detik-detik kepayahan dan kesusahan hidup di zaman penjajahan yang pernah di lalui oleh masyarakat terdahulu terutamanya ketika era pemerintahan Jepun yang dianggap begitu kejam dan zalim.

Ini mungkin kerana selepas berakhirnya zaman penjajahan Jepun, ia menjadi kemuncak kepada perjuangan pembebasan negara daripada cengkaman kuasa luar termasuk juga pihak Inggeris yang mana nenek moyang kita mahukan kemerdekaan selepas Perang Dunia Kedua berakhir. Namun jangan kita lupa dengan satu lagi ancaman subvesif dari dalam yang turut merobek keamanan tanah air. Ancaman ini adalah tidak lain tidak bukan iaitu fahaman K0munisme yang mana pada ketika itu seolah menangguk di air keruh bagi merealisasikan impian menjadikan Tanah Melayu sebagai negara K0munis di rantau ini.

Mari kita telusuri sedikit sebanyak perihal siapakah K0munis ini dan apakah yang telah mereka lakukan hingga meninggalkan luka yang begitu dalam bagi mereka yang pernah merasai deritanya hidup di zaman darurat dan kekal menjadi parut dalam lipatan sejarah Malaysia. Parti K0munis China mula ditubuhkan pada tahun 1921 dan kemudian membuat pakatan dengan parti Nasionalis yang diketuai oleh Dr. Sun Yat Sen, pemimpin gerakan nasionalis di China.

Ideologi k0munis kemudiannya telah tiba di Tanah Melayu sekitar tahun 1920-an yang bergerak di bawah parti Kuomintang sehingga tahun 1927. Perpecahan antara Parti Kuomintang (KMT) dengan Parti K0munis China (PKC) pada tahun yang sama di China turut memberi kesan ke atas pergerakan k0munis di Tanah Melayu. Kesannya Parti k0munis Nanyang ditubuhkan di Singapura dan kemudian ejen K0munis Antarabangsa (Comintern) telah menstrukturkan semula organisasi tersebut dan membentuk Parti K0munis Malaya (PKM) pada 6 April 1930.

Semasa zaman penjajahan Jepun, PKM telah diminta untuk membantu pihak British bagi melawan Jepun. Akibatnya, telah ditubuhkan Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA) untuk tujuan tersebut. Selepas Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945, British lewat kembali semula ke Tanah Melayu dan pada ketika itu juga MPAJA yang sudah lengkap bersenjata itu menjadi semakin kuat dan megah.

Peluang itu telah diambil oleh mereka untuk menguasai Tanah Melayu. Dalam masa dua minggu penguasaan MPAJA/PKM itu, dianggarkan hampir 70 % bandar, pekan, kampung seperti Kluang, Muar, Johor Bahru dan Batu Pahat di Johor, Klang di Selangor, Tampin dan Titi di Negeri Sembilan, Bidor, Lenggong dan Kroh di Perak telahpun dilaksanakan pemerintahan seolah-olah rejim k0munis telah berkuasa sepenuhnya.

Pelbagai bentuk kezaliman seperti p3mbun*h4n, r0mpakan harta benda, sekatan jalan yang kemudiannya telah mengakibatkan perkelahian antara kaum tercetus terutamanya orang Melayu dan Cina. Apabila British (BMA) kembali berkuasa, MPAJA telah dibubarkan pada 1 Disember 1945 dengan persetujuan PKM. Pihak Pentadbiran Tentera British telah memberikan saguhati kepada setiap gerila MPAJA tanpa mengira pangkat sebanyak $350 dan satu beg beras serta berjanji akan mendapatkan pekerjaan untuk memulakan kehidupan baharu.

Lebih kurang 6,800 anggota telah menerima saguhati dan menyerahkan semula senjata. British mengarahkan mereka mengembalikan semua senjata yang diperolehi ketika perang namun kebanyakannya disembunyikan di dalam hutan bagi melengkapi PKM dalam usaha mencapai matlamat mereka untuk menubuhkan Republik K0munis Malaya.

PKM kemudiannya diiktiraf sebagai sebuah pertubuhan yang sah dan hal ini telah membuka peluang yang luas untuk menyebarkan dakyah k0munis dalam pertubuhan-pertubuhan lain seperti New Democratic Youth League (NDYL), General Labour Union (GLU), Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Malayan Democratic Union (MDU), Malayan Indian Congress (MIC), Hisbul Muslimin dan Saberkas (Kedah). PKM telah menjadi penggerak utama dalam gabungan (PUTERA-AMCJA) Pusat Tenaga Rakyat-All Malayan Council of Joint Action yang mengharapkan gabungan ini dapat merealisasikan impian parti.

Dalam tahun 1947, kerajaan British menolak usul PUTERA-AMCJA untuk membentuk Perlembagaan Rakyat dan hal ini telah menyebabkan PKM melancarkan beberapa siri mogok dan pemberontakan sebagai amaran kepada kerajaan British. Tambahan pula dengan pengisytiharan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 telah membuatkan PKM sedar bahawa kerjasama sebelum ini telah gagal dan mereka perlu bertindak segera untuk melumpuhkan perkembangan sosioekonomi Tanah Melayu.

Kemaraan k0munis dilihat semakin menjadi-jadi apabila berlakunya suatu insiden p3mbun*h4n tiga orang Inggeris di dua buah estet getah di Sungai Siput perak pada 16 Jun 1948. Mereka yang terb*nuh ialah seorang pengurus estet di Ladang Ephil bernama Arthur Walker dan pengurus di estet Sungai Siput bernama John A. Allison bersama pembantunya iaitu Ian D. Christian. Berikutan daripada peristiwa itu, Sir Edward Gent telah mengisytiharkan Undang-undang Darurat pada hari yang sama di kawasan Sungai Siput dan Ipoh. Undang-undang itu kemudiannya telah diperkuatkuasakan di seluruh negara secara rasminya pada 18 Jun 1948.

Sejak itu, k0munis semakin berani menunjukkan taringnya dan terus-terusan melakukan kek3jaman dan keganasan ke atas penduduk Tanah Melayu bagi merealisasikan impian mereka untuk menubuhkan negara Republik K0munis.

K0munis melakukan pelbagai kerosakan dan kekacauan yang telah membawa kepada kesusahan hidup bagi penduduk Tanah Melayu seperti p3mbun*h4n, pencul*kan, pemb4k4ran kampung-kampung, ladang-ladang getah, dan rumah-rumah ladang.

Antara lain, k0munis turut melakukan sabotaj b0m tangan, peras ugut, merosakkan kemudahan asas seperti paip air, pemutusan talian telefon, tenaga elektrik, memb4k4r bas dan lori serta menggelincir, menembak, mengeb0m dan memb4k4r stesen kereta api.

S3RANGAN K0MUNIS KE ATAS ORANG AWAM (KES P3MBUN*H4N, PENCUL*KAN, SABOTAJ B0M TANGAN DAN PERAS UGUT)

K0munis melakukan kek3jaman dan keganasan ke atas orang awam dengan pelbagai cara seperti melakukan p3mbun*h4n dan pencul*kan. Kebanyakan mangsa p3mbun*h4n ialah orang Cina dan mereka biasanya dib*nuh dengan cara didit3mbak mati.

Contohnya pada 25 Jun 1948, dua orang adik beradik telah didit3mbak mati di Johor Selatan dan dalam satu kejadian lain, seorang pekedai Cina didit3mbak di Kampung Lama, Gemencheh, Tampin, Negeri Sembilan pada 10 Oktober 1948. Selain itu, k0munis turut menggunakan cara menetak yang mana tiga orang Cina yang ditetak hingga mati telah dijumpai di hutan simpanan Bota berhampiran Tronoh, Perak pada awal Julai 1948.

Dalam pada itu, k0munis telah mencul*k seorang Melayu di Kampung Tampat, Terengganu pada 28 Oktober 1948. Pada 2 April 1949, k0munis telah mencul*k dua orang Melayu di kawasan Batu Sawah, Kuantan, Pahang. Orang India juga tidak terkecuali daripada menjadi mangsa pencul*kan k0munis seperti yang berlaku di Estet Boh, Cameron Highland pada 23 Januari 1949, seorang Kangani (buruh estet) India telah dicul*k dan dicederakan.

Pada 10 April 1951, sekumpulan k0munis telah mencul*k dua orang India dari sebuah estet di Sungai Siput, Perak.  Orang Asli yang tinggal di kawasan pedalaman juga turut menjadi mangsa pencul*kan k0munis seperti yang berlaku ke atas seorang Ketua Orang Asli dan menantunya yang dicul*k ketika bekerja di sebuah Ladang di Lembah Bertam, Pahang pada 27 Februari 1949.

Antara kek3jaman lain yang suka dilakukan oleh pihak k0munis adalah dengan s3rangan b0m tangan. Dari 1 Januari 1952 hingga 31 Januari 1954, k0munis telah melakukan sebanyak 18 kali s3rangan b0m tangan antaranya lapan kejadian berlaku di Johor dan tiga di Negeri Sembilan. K0munis pernah mengeb0m pejabat akhbar Kin Kwok, Ipoh Perak pada 1 Oktober 1948 yang menyebabkan seorang wartawan bernama Lam Yeah terb*nuh dan empat orang kerani mengalami kecederaan. 

Atas faktor dendam kepada orang Cina yang tidak menyokong mereka, k0munis turut mencampakkan sebutir b0m tangan ke dalam bangunan Dewan Perniagaan Cina di Hale Street, Ipoh, Perak pada 10 April 1949 ketika MCA sedang mengadakan mesyuarat hingga menyebabkan Tan Cheng Lock cedera parah.

Pada malam 5 Julai 1949, seramai 46 orang telah cedera dan empat orang terb*nuh dalam satu kes sabotaj b0m tangan di Sheum Circus, Kampar, Perak dan kes ini dicatatkan sebagai kejadian paling ngeri yang pernah dilakukan oleh k0munis.

K0munis juga menjadikan peniaga Cina, pengusaha kebun atau ladang, pelombong dan pekedai sebagai mangsa peras ugut mereka. Sebagai contoh, dua orang pekedai Cina di Kampung Tawar, Kedah, telah menerima surat peras ugut daripada k0munis dengan meminta wang sebanyak $1,000 setiap seorang pada Oktober 1948. Manakala pada 7 Februari 1951, sebuah kedai besi di Perak telah diserang oleh beberapa orang k0munis kerana keengganan pemiliknya untuk membayar wang perlindungan.

S3RANGAN KE ATAS HARTA BENDA (KES B4K4R KAMPUNG, ESTET GETAH, LOMBONG TIMAH)

(S3rangan dan keb4k4ran yang dilakukan oleh 80 orang k0munis di Kampung Simpang Tiga, Sitiawan, Perak. Sumber: Arkib Negara Malaysia)

Antara kes b4k4r kampung yang dilakukan k0munis adalah di Kampung Pantai Remis, daerah Sitiawan, Perak pada 26 Julai 1948 yang memusnahkan sebahagiannya dan menyebabkan lebih 500 orang penghuni kehilangan tempat tinggal dan harta benda.

Dalam kejadian lain, k0munis telah memb4k4r Kampung Simpang Tiga, Sitiawan, Perak pada 4 Februari 1950 dan menyebabkan lebih kurang 1,000 orang penduduk kehilangan tempat berteduh. Pada 22 November tahun yang sama, 30 buah rumah setinggan berdekatan Kampung Bukit Selambu, Sungai Petani, Kedah dib4k4r lalu mengakibatkan hampir 200 orang penduduk hilang tempat tinggal dan seorang Cina telah terb*nuh.

K0munis turut merosakkan 15 buah rumah kongsi, tiga buah rumah kontraktor, Sembilan buah rumah asap, sebuah kilang estet, tiga buah bangsal memungkus dan stor serta dua buah sekolah dan dua buah kedai.  S3rangan ke atas estet getah masih lagi berlaku sekitar tahun 1951, antaranya di Kuala Krau, Temerloh, Pahang yang mana k0munis telah membuat s3rangan hingga menyebabkan tempat menyimpan barang dan dua buah rumah kongsi telah terb4k4r. Pada 4 Februari 1951, k0munis telah menakik kira-kira 2,500 pokok getah di Kampung Pondok Limau di Hulu Chukai, Kemaman, Terengganu.

(Perbuatan khianat k0munis yang menakik pokok getah. Sumber: Arkib Negara Malaysia)

Selain itu k0munis turut menyerang lombong timah dan kejadian yang pertama berlaku ialah pada 1 Julai 1948, Lombong Phin Soon di Batu Gajah, Perak telah diserbu. Dalam kejadian lain pada 26 hingga 28 Oktober 1948, dua buah lombong di Perak telah diletupkan. Seramai 10 orang k0munis telah menceroboh Lombong Timah Pak Long di Kajang, Selangor pada 1950. 

Dalam bulan februari 1952, k0munis telah memb4k4r Lombong Boon Fatt dan sebuah bengkel enjin di Perak yang menyebabkan kerugian sebanyak $30,000. Kejadian s3rangan lombong timah ini berterusan sehingga tahun 1956 dan perbuatan khianat ini dilakukan oleh k0munis telah menyumbang kepada kemusnahan harta benda, ny4wa serta mengganggu sumber pendapatan penduduk dan negara.

S3RANGAN KE ATAS KEMUDAHAN ASAS (SABOTAJ PAIP AIR, ELEKTRIK, TELEFON DAN TELEGRAF)

K0munis turut mensabotaj kemudahan asas yang diperlukan oleh penduduk seperti paip air hingga terpaksa menggunakan air hujan dan air perigi untuk kegunaan harian. Antara kes sabotaj paip air yang dilaporkan ialah di Kajang, Selangor yang mana kerajaan terpaksa mengadakan satu skim kecemasan dengan mengepam air dari Sungai Jeloh kerana paip air sepanjang dua batu telah dirosakkan oleh k0munis. Pihak k0munis juga turut memusnahkan sebuah empangan air berdekatan dengan Chemor pada awal Oktober 1949.

Sementara itu, k0munis turut meneruskan perbuatan khianat mereka dengan merosakkan wayar pengantar utama dari Kuala Lumpur ke Seremban pada 7 Mac 1949 yang telah mengakibatkan penduduk di kawasan itu terputus bekalan elektrik dalam masa dua hingga tiga hari. Dalam kejadian lain, stesen kuasa Kuala Kubu, Selangor telah didit3mbak oleh k0munis pada 17 Julai tahun yang sama.

Tidak terkecuali, perkhidmatan telefon dan telegraf juga turut menjadi sasaran s3rangan k0munis dalam usaha menyulitkan hubungan penduduk dengan pihak kerajaan. Kejadian sabotaj yang dilakukan oleh k0munis antaranya pada 26 Jun 1948 yang mana seramai 42 orang k0munis telah memutuskan talian telefon di sebuah kampung terpencil di Kuala Krau, Mentakab, Pahang dan kawad telegraf telah diputuskan oleh k0munis di kedua-dua belah jalan di antara Bidor dan Sungkai, Perak pada 15 September 1948.

S3RANGAN KE ATAS PENGANGKUTAN (BAS, LORI DAN KERETA API)

Di awal pengisytiharan darurat lagi, k0munis telah menyerang dan mensabotaj bas awam antaranya pada 15 Ogos 1948, 15 orang k0munis telah menahan dan menyerang sebuah bas di Kampung Luas, Kroh, Perak lalu mencul*k seorang wanita dan seorang penumpang telah dib*nuh.  Kemudian satu lagi s3rangan ke atas sebuah lori telah dilakukan pada 15 Januari 1950 di Jalan Jerantut-Kuantan, Pahang dan merampas barangan makanan bernilai $1,108.00.

Sekitar tahun 1950-an, k0munis telah melakukan beberapa siri s3rangan di Tanjung Malim, antaranya pada 21 Januari 1952, seramai 20 orang pengganas K0munis telah menyerang Kampung Behrang Ulu dan merampas enam pucuk senapang milik pihak berkuasa. Tiga orang daripada mereka berjaya dib*nuh dan sehari kemudian, seramai 20 orang pengganas bertindak menyerang pekerja Jabatan Kerja Raya serta kad pengenalan mereka dirampas.

Pengganas K0munis tersebut bertindak memb4k4r lori milik Jabatan Kerja Raya dan kerugian akibat daripada s3rangan tersebut dianggarkan bernilai $1600. Antara kejadian sabotaj kenderaan awam yang dilaporkan adalah sehari selepas dua orang pengganas K0munis mati didit3mbak di Kampung Kelawar yang terletak empat batu dari Pekan Tanjung Malim. pada 21 Februari 1952, Pengganas K0munis telah memb4k4r sebuah bas dan merampas kad pengenalan semua penumpang yang ada di dalam bas tersebut.

(K0munis mensabotaj kereta api dengan menggelincirkan daripada landasan. Sumber: utusan.com.my)

Perbuatan khianat k0munis itu ditambah lagi dengan s3rangan ke atas perkhidmatan kereta api dan mereka melakukan s3rangan dalam empat kaedah iaitu mensabotaj landasan dengan memasang bahan letupan, menembak kereta api yang sedang bergerak, memb4k4r stesen dan sistem komunikasi dan menggelincirkan kereta api dengan mengalih landasan atau melonggarkannya.

Dalam tempoh enam bulan darurat diisytiharkan, sebanyak 69 kes kereta api diserang antaranya 10 kejadian pengalihan landasan atau menghalang perjalanan, enam buah kereta api didit3mbak, tiga kereta api peronda dan sebuah kereta api mel malam digelincirkan oleh pengganas K0munis.

(Sabotaj kereta api berhampiran Gemas. Sumber : Imperial War Museum)

Kes sabotaj kereta api meningkat sebanyak tiga kali ganda dalam tahun 1950 dengan catatan sebanyak 368 s3rangan telah dilakukan yang melibatkan 101 kes landasan diganggu, 59 kes penggelinciran, 54 kes kereta api didit3mbak, 47 s3rangan yang merosakkan kepala kereta api dan 14 kes gerabak kerata api dirosakkan.

S3rangan-s3rangan yang dilakukan itu telah menyebabkan penumpang, anggota keselamatan, kakitangan yang bertugas terb*nuh dan mengalami keceredaan. Walau bagaimanapun, k0munis mula mengurangkan s3rangan dalam tahun 1952 hingga tahun 1955 disebabkan kekangan dan ancaman berterusan yang diterima daripada pihak kerajaan. Akhirnya darurat diisytiharkan tamat pada 31 Julai 1960 setelah 12 tahun berlangsung.

KESIMPULAN

Zaman darurat 1948-1960 telah memperlihatkan segala bentuk keganasan dan kek3jaman yang dilakukan oleh pihak k0munis dalam usaha menawan Tanah Melayu sekali gus menubuhkan Republik K0munis Malaya. Mereka mendakwa perjuangan k0munis sebagai perjuangan anti-penjajahan untuk menentang Britih.

Oleh itu, pelbagai usaha telah dilakukan bagi mencapai cita-cita tersebut sungguhpun dengan menggunakan kekerasan, kek3jaman dan keganasan terhadap penduduk tempatan seperti menyerang orang kampung, mencul*k, memb*nuh, memb4k4r kampung, mensabotaj kemudahan awam dan kemudahan asas seperti jalan raya, pengangkutan, bekalan air paip, bekalan elektrik dan alat komunkasi. Hal ini bertepatan dengan falsafah Lenin yang menghalalkan segala cara untuk mencapai sesuatu tujuan.

Namun, perbuatan k0munis ini sesungguhnya telah membawa kepada kesengsaraan dan keperitan hidup kepada penduduk Tanah Melayu pada ketika itu kerana terpaksa hidup dalam ketakutan sepanjang waktu dengan segala kek3jaman dan keganasan yang dilakukan oleh mereka. K0munis bukan sahaja bertindak dengan tidak berperikemanusiaan, bahkan membawa ideologi atau doktrin K0munisme yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan dan tidak mengiktiraf sistem beraja.

Fahaman itu sangat bercanggah dengan kepercayaan masyarakat Melayu Islam yang sentiasa berpegang kuat kepada akidah dan kedaulatan kerajaan dan ia dilihat sebagai ancaman nyata kepada warisan Tanah Melayu itu sendiri. Gerakan k0munis kembali berleluasa sekitar 1968-1989 sungguhpun bergerak di dalam hutan.

Ini menunjukkan bahawa mereka sentiasa mencari peluang dalam usaha menghancurkan keamanan negara. Oleh itu, kita sebagai generasi muda janganlah sesekali lupa dengan segala keperitan, kepayahan dan pengorbanan yang telah dilalui oleh nenek moyang kita dalam mempertahankan kedaulatan negara daripada ancaman k0munis ini.

RUJUKAN

  1. Abdullah Zakaria Ghazali, ‘Komunikasi dan K0munisme di Persekutuan Tanah Melayu 1948-1960: Kempen Memenangi Hati dan Pemikiran Penduduk’.
  2. Andrew, H., ‘Who Won the Malayan Emergency?’, Singapore: Graham Brash (Pte) Ltd. 1995.
  3. Ho Hui Ling, ‘Darurat 1948-1960: Keadaan Sosial di Tanah Melayu’, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. 2004. (Rujukan utama)
  4. Ho Hui Ling, ‘Suasana di Tanah Melayu Pada Zaman Darurat, 1948-1960: Satu Tinjauan’, Jurnal Sejarah.
  5. Miller, H., ‘Jungle War in Malaya: The Campaign Against C*mmunism 1948-1960’, London: Arthur Barker Limit. 1972.
  6. Miller, M., ‘M*nace in Malaya’, London: George G. Harrap & Co. Ltd. 1954.
  7. Noor Ain binti Mat Noor dan Azharudin Mohamed Dali, ‘Aksi dan Reaksi: Kek3jaman K0munis di Tanjung Malim dan Tindak Balas British, Mac-April 1952’. www.myjurnal.my.
  8. Wan Azizan Wan Ahmad, “K0munis Mengancam Malaysia?”, Petaling Jaya: Penerbit Kompas. 1976.
  9. Wan Hamzah Awang, ‘Baling: Membuka Jalan Damai’, Kajang: Masa Entreprise. 1994.
  10. Zulhilmi bin Paidi and Rohani Hj Ab Ghani, ‘Darurat di Tanah Melayu: Peristiwa dan Pengajaran Untuk Generasi Masa Kini Dalam konteks Ketahanan Nasional’, Seminar on National Resilience, Political Managements and Policies in Malaysia.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan sains kemanusiaan (sejarah dan tamadun) UIAM. Sedang menulis disertasi sarjana sastera (sejarah malaysia) UM. Minat sejarah, sosiologi, seni, muzik dan arkeologi. Sangat suka dengan budaya dan tamadun Asia Timur terutamanya Jepun, Korea dan China. Pluviophile, observant, introvert.

Comments are closed.