Abad ke-19 dunia menyaksikan kebangkitan wanita di Amerika Syarikat yang berusaha mengembalikan hak-hak wanita yang selama ini tidak pernah diberikan secara adil. Perjuangan mereka bukan hanya tertakluk kepada kaum wanita sahaja, malah nasib golongan hamba turut dibebaskan daripada penindasan sistem perhambaan.

Sekumpulan yang wanita yang berani ini mengambil bahagian dalam beberapa siri konvensyen untuk memastikan rencana pelaksanaan dibuat dengan rapi, di samping itu banyak protes dilaksanakan terhadap ketidakadilan yang dihadapi golongan yang tertindas. Amerika menjelang Perang Saudara sangat berpecahb elah dari segi sosial.

Berikutan ketegangan melibatkan konflik sistem perhambaan di AS membawa negara Uncle Sam ke kancah perang saudara antara pakatan Konfederasi dan Union. Wilayah-wilayah AS di bahagian Selatan membentuk pakatan Konfederasi kerena enggan menerima resolusi pengharaman sistem perhambaan yang dicadangkan wilayah di Utara iaitu Union.

3 buku terbaru kami untuk PBAKL dah pun mula dijual di Shopee, ayuh segera dapatkan di: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Alasan yang diberikan kerana mereka masih memerlukan hamba untuk menjaga ladang dan membantu dalam kerja-kerja berat. Alasan ini tidak dipersetujui oleh masyarakat di Utara yang rata-rata berfahaman Liberal. Liberalism menentang sistem yang menindas apatah lagi bila seseorang individu yang bebas secara fitrah terpaksa menjadi kuli kepada tuan dan dilayani seperti binatang.

Walaubagaimana pun pada tempoh tersebut, peranan wanita telah berubah setelah mereka mula berani bangkit di mana sebelum ini fungsi dan suara wanita dianggap tidak penting dalam banyak isu.

Sebelum Perang Saudara Amerika

Konvensyen Anti-Perhambaan oleh wanita-wanita Amerika diadakan di bandar New York pada Mei 1837, Gabungan Liberal Feminism yang dibentuk oleh kaum wanita ini terus lantang melawan sistem perhambaan agar dapat dihapuskan dengan segera.

Masyarakat Pennsylvania Anti-Perhambaan 1851

 

Semasa persidangan itu, Salah seorang aktivis bernama Grimké telah merujuk Akta Hamba Pelarian 1798 yang menyatakan bahawa hamba yang melarikan diri patut dikembalikan kepada tuan mereka. Undang-undang yang dilihat amat bercanggah dengan nilai-nilai dan prinsip kebebasan(liberalism) pada mana-mana individu.

Sebahagian besar masyarakat yang tinggal di dalam Amerika Syarikat telah diperhambakan. A.E. Grimké mendakwa perhambaan adalah perbuatan tidak bermoral dari segi agama. hamba yang dikembalikan kepada tuan mereka adalah satu kesalahan, dan tindakan itu merupakan pelanggaran yang berani terhadap perintah tuhan. Hamba tak patut diserahkan kepada tuannya, mereka patut dimerdekakan dan diberi kebebasan.

Walau bagaimanapun, gelombang feminism awal mula melebarkan sayapnya diserata Amerika dan sebahagian Eropah secara serentak, membawa petanda gelombang kebangkitan kaum wanita yang menyebabkan berlakunya perubahan dari segi sosial, budaya dan stigma masyarakat terhadap kaum wanita. Di sepanjang konvensyen di New York mereka mempersoalkan teks agama yang didakwa berbaur prejudis terhadap wanita. Misalnya A.E. Grimké dan Lucretia Mott menyokong wanita berhak mendapat hak moral dalam masyarakat, dan wanita tidak harus tunduk kepada suami seperti yang ditulis dalam kitab  agama.

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Walaupun tindakan mereka sangat agresif secara moral dan tak patut dicontohi oleh mana-mana wanita terutamanya yang beragama Islam, namun hak wanita tidak sepatutnya diketepikan. Tahun 1848 menjadi waktu kemuncak apabila gelombang Feminism pertama tersebar ke beberapa negara termasuk di Switzerland, Sweden, Amerika Syarikat dan Jerman

Konvensyen ini mengemukakan “Declaration of Sentiment” iaitu satu protes terhadap nasib wanita dalam masyarakat. Pengisytiharan itu menyatakan rungutan terhadap ketidakupayaan undang-undang membenarkan hak wanita untuk mengundi dalam pilihan raya. Deklarasi selanjutnya menilai ketidakadilan lain yang pernah dialami wanita sepanjang sejarah seperti ketidakupayaan untuk memiliki harta, dinafikan peluang untuk menerima pendidikan dan undang-undang berkaitan perceraian.

Wanita Bukan Dari Orang Kulit Putih Sebelum Dan Semasa Perang Saudara Amerika

Wanita bukan kulit putih(non-white) semasa tempoh sebelum Perang Saudara Amerika merasai dua kali ganda penderitaan akibat sistem yang tidak adil, khususnya golongan hamba wanita. Seorang hamba wanita bernama Harriet Jacobs menjelaskan pengalamannya didera secara seksual dan memaksa untuk kepada tuannya.  Penderitaan ini menyerlahkan ketidakupayaan wanita yang diperhambakan, serta siksaan psikologi yang mereka hadapi.

Harriet Tubman Membebaskan Ramai Hamba

 

Wanita yang terdiri daripada kaum asli Amerika juga dipaksa dalam perhambaan. Nancy seorang wanita dari suku Cherokee telah diambil dari keluarganya dan diperhambakan dengan zalim. Sebilangan hamba wanita yang melarikan diri dari tugasan dianggap ponteng atau tidak hadir. Negeri Louisiana mencatatkan peratusan terbesar ketidakhadiran iaitu sebanyak 29%.

Selepas Perang Saudara, Hak Wanita Semakin Kukuh

Peranan wanita semakin berkembang dan diteruskan apabila mereka memperjuangkan hak mereka sendiri. Dalam petisyen 1866 gerakan mereka mewakili lima belas juta orang di Amerika Syarikat yang tidak mempunyai hak untuk mengundi. Tambahan pula, memandangkan perlembagaan mengiktiraf semua warga Amerika Syarikat sebagai individu bebas, dan undang-undang meluluskan wanita berhak mendapat hak yang sama seperti lelaki di bawah undang-undang.

Wanita Afrika Amerika juga memainkan peranan penting dalam memajukan fungsi wanita selepas Perang Saudara.

Illustrasi Wanita Berkerja Dalam Gudang Senjata AS Semasa Perang Saudara Amerika 1861

Harriet Tubman yang berkhidmat sebagai jururawat semasa perang saudara Amerika telah menghantar petisyen kepada Kongres Amerika Syarikat, beliau mempertikaikan bayaran perkhidmatannya yang dilihat tidak adil dengan gaji yang diterima oleh lelaki. Dia bertegas wanita berhak mendapat bayaran perkhidmatan yang setara seperti rakan lelaki mereka. Ya, Dulu gaji wanita lebih kecil berbanding lelaki.

Bukan itu saja, lebih banyak hak wanita cuba diperkukuhkan, misalnya wanita yang dibebaskan akan dibicarakan semula kes mereka di mahkamah, walaupun tidak berjaya disebabkan jurang perkauman yang semakin meningkat. Peristiwa ini mempamerkan perubahan identiti peranan jantina dalam masyarakat di Selatan Amerika. Tempoh sebelum Perang Saudara Amerika adalah permulaan perubahan besar-besaran untuk wanita sama ada daripada kalangan orang putih, Afrika dan lain-lain bangsa di seluruh Amerika Syarikat.


Ada banyak buku-buku menarik yang menanti anda di https://shopee.com.my/thepatriotsasia


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

“A bookstore is one of the only pieces of evidence we have that people are still thinking.” — Jerry Seinfeld

Leave A Reply