Sekarang rakyat Malaysia sampai di suatu titik pembodohan apabila berbicara pasal Parti Komunis Malaya. Golongan yang membenci PKM akan petik sehabis mungkin katanya “jahat dan zalim”. Golongan yang bersimpati pada PKM pula akan bersuara atas nilai kemanusiaan secara dangkal. Titik ini hanya akan memurnikan wajah PKM kerana pembenci tidak tahu apa yang jahat dan zalim selain bunuh-membunuh. Manakala pensimpati tidak tahu apa benda melainkan “Chin Peng berjuang kerana marah Malaysia ikut telunjuk British”.

Nampak tak langkah pemurniannya? Tunggang sentimen anti-penjajah untuk memaniskan imej pembunuh. Jadi pada dasarnya, semua kena berbalik pada ilmu tanpa sebarang dakyah untuk mewajarkan tindakan PKM. Dengan erti kata lain, semua kena guna akal kerana beruk sendiri tengok dahan sebelum melompat.

Untuk elak jadi beruk, kita semua kena dapatkan maklumat sebetulnya. Dan tiada maklumat lebih betul berbanding maklumat daripada pejuang anti-komunis sendiri! Jadi kami cadangkan korang untuk dapatkan PERTEMPURAN DI HUTAN. Buku ini merakamkan kisah Dato Rani Abdul Rashid dalam pertempuran-pertempurannya melawan komunis. Buat julung kalinya kisah kepewiraan dirinya dan anggota keselamatan yang lain direkodkan dengan mendalam dalam sebuah buku. Dapatkan sekarang, ada DISKAUN lagi! Pautan pembelian: https://shopee.com.my/The-Patriots-Pertempuran-Di-Hutan-Hardcover–i.238336777.17131032084

Kemelut Pasca Peperangan

Selepas bersama pihak Sekutu menumbangkan Paksi, kerajaan British menerima hakikat: kena berhenti menjajah. United Kingdom sudah tidak cukup kuku untuk mencakar demi wilayah-wilayah dijajah. Jadi pada 1 April 1946, British menyatukan semua negeri di Tanah Melayu dalam Malayan Union yang berpusat di Kuala Lumpur. Untuk memudahkan pemahaman semua, Malayan Union adalah sebuah negara. Jika tidak tumbang demikian hari, kita semua akan jadi warganegara Malayan Union.

Walau bagaimanapun Malayan Union menuruti fitrah Amerika Syarikat yang mengamalkan prinsip kewarganegaraan bertanah (jus soli). Sekadar pengetahuan, Malaysia sekarang menggunakan prinsip kewarganegaraan berdarah (jus sanguinis). Prinsip jus soli mudah difahami kalau kita tengok contoh: warga asing kalau lahirkan anak di Malayan Union; anak tersebut automatik dapat akses untuk mohon kewarganegaraan. Kalau mohon, pasti lulus.

Dan pada masa itu, British membuka kewarganegaraan kepada semua orang yang sudah berada di Tanah Melayu (termasuk Singapura) sebelum 15 Februari 1942. Usul ini tidak dipersetujui orang Melayu, yang naik bengang kerana kuasa Sultan mudah kata terlungkup (Wan Ahmad Fauzi, 2021). Kuasa pentadbiran akan berada dalam tangan Ketua Negara (Governor), yang mana Sultan akan jadi ibaratkan Mufti semata-mata.

Bangkit menentang.

British ibaratkan “daripada kepala sampai kaki masuk longkang; tinggal misai saja terkeluar bernyawa”. Lunyai macam mana pun, perangai masih sama. Namun apabila orang Melayu bangkit menentang, pihak British bertambah lemah dan terpaksa akur. Sebab penentangan majoriti inilah Malayan Union terbubar, memberi laluan kepada Persekutuan Tanah Melayu yang diasaskan pada 1 Februari 1948.

Persetujuan Yang Tercabar

Umumnya, semua rakyat melalui wakil dalam sistem bersetuju dengan Persekutuan Tanah Melayu. Jadi mengikut sistem demokratik, persetujuan ini harus dihormati. Dan tengok macam mana Persekutuan Tanah Melayu berevolusi menjadi Malaysia, memang jelaslah: rakyat merestui pendirian kerajaan pra-Malaysia. Jadi apabila sebuah persetujuan tercapai, semua pihak bersenjata patutnya gencat dan bertenang. Mula berdialog balik supaya dapat mewujudkan persefahaman sepertimana dibuat Parti Komunis Persekutuan Rusia sekarang.

Walau bagaimanapun, lain yang dibuat Parti Komunis Malaya. Pihak British mula menghidu tindakan mereka selepas tiga ketua Kuomintang dibunuh di Johor pada 12 Jun 1948. Empat hari kemudian, tiga warga Eropah pula tumbang di Sungai Siput. Maka British mengisytihar darurat dan memburu ahli-ahli PKM.  Chin Peng tidak mengaku bertanggungjawab dan lari masuk hutan bersama beberapa ahli PKM.

Chin Peng.

Ini yang masalah. PKM menjadi kutu dalam hutan, beroperasi tanpa sebuah struktur. Semua unit buat suka hati. Dan PKM pula sedang gigih membentuk semula sebuah pasukan ketenteraan selepas Bintang Tiga dibubarkan kerana Jepun sudah tewas. Merkea mengasaskan Tentera Pembebasan Rakyat Malaya (MNLA) atau mudah kata Tentera Bintang Satu, dan pasukan ini menjadi organ utama Chin Peng dalam pemberontakan anti-Malaya (kemudian anti-Malaysia).

Berkali-kali mereka bertempur di hutan, kehilangan ramai anggota tanpa sebarang pencapaian strategik. Chin Peng membentuk sebuah pucuk kepimpinan yang menuruti pendekatan Mao Zedong dalam usaha menewaskan British. Lama Chin Peng bertahan – tetapi saban hari, PKM sedar mereka semakin gagal kerana satu faktor sahaja: Chin Peng bukan Vladimir Lenin atau Mao Zedong. Kedua-dua figura komunis ini mendapat sokongan rakyat. Chin Peng semakin ditolak rakyat, yang melihat PKM sebagai “pengganas”. Patutnya Chin Peng mendapatkan sokongan anak muda untuk dibuat rekrut (Noorilham & Muhamad Hasrul, 2021). Malah orang ramai juga yakin bahawa PKM mendapat sokongan China dan Kesatuan Soviet.

Kami membawa pada anda semua dua karya fiksyen yang diterbit MAHAKARYA!
Pencari Cincin Sakti: http://bit.ly/CincinSaktiStore
Sate Untuk Jembalang: http://bit.ly/SateJembalangStore
Kombo: http://bit.ly/komboPCSSUJ

Jadi di sini, semua boleh faham dengan jelas: usaha Chin Peng adalah untuk menumbangkan kerajaan Malaya (dan Malaysia) yang berdaulat. Dalam istilah peperangan, ini adalah langkah “subversion”. Cuma peliknya, ada pula rakyat bersimpati pada Chin Peng dan PKM walaupun jelas langkah subversif sebegitu tajam. Tidak perlu tunggang sentimen anti-penjajah. Semua tahu penjajah akan keluar. “Subversion” adalah pendekatan untuk mewujudkan kuasa mutlak. Mudah dan jelas.


Dua buku best-seller The Patriots kini kami gandingkan sekali dalam versi bahasa Inggeris untuk kalian semua:
World Without Walls III: https://bit.ly/3PR2Ep9
The Human’s Complex: https://bit.ly/3J2GoGF

RUJUKAN:

Noorilham, I., & Muhamad Hasrul, Z. (2021). Reaksi Anggota Parti Komunis Malaya (PKM) Terhadap Darurat di Tanah Melayu, 1948-1960: Penelitian Terhadap Memoir-Memoir Anggota PKM Terpilih. Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies. 48 (3): 43-67.

Wan Ahmad Fauzi, W. H. (2021). Insight: The Interpretation of Islam within the Legal Framework of the Indigenous Malaya. Journal of Governance and Integrity4 (2), 64–72.

 

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply