Semua orang tahu yang Nabi Musa (as) menerima wahyu semasa berada di sebuah gunung. Kalau ikut kitab-kitab suci seperti Qur’an dan Taurat, gunung ini adalah Jabal Tursina (Har Sinai).
Walau bagaimanapun, tiada siapa tahu lokasi sebenar gunung ini. Memang ada satu gunung di Mesir dipanggil Gunung Sinai. Kalau ikut orang dulu, gunung ini dipanggil Jabal Musa sempena baginda as.
Besar kemungkinan inilah gunung baginda as. Tetapi ada juga kemungkinan Jabal al-Madhbah di Jordan adalah gunung persinggahan baginda as. Kerana di sini ada lembah dinamakan Wadi al-Musa dengan sebuah mata air juga bersempenakan nama baginda.
Wadi al-Musa pula lebih terkenal dengan satu seni bina agung yang masih tersergam indah walaupun sudah ribuan tahun. Pertama sejarah ini adalah Petra, yang dibangunkan semasa bangsa Arab purba berkuasa di rantau tersebut. Arab al-Anbat sudah lama membangunkan sebuah komuniti di situ.
Saintis menjangka mereka berada di situ sejak 9,000 tahun lalu (Roberts, 2010). Zaman demi zaman, mereka menghentikan kehidupan nomad dan mula bercµcµk tanam. Daripada sini, terjadinya sebuah kuasa yang hebat sampai boleh menubuhkan kerajaan sendiri yang berpusat di sebuah kota bernama Raqmu.
Petra berdiri teguh hari ini sebagai saksi terulung tentang betapa hebatnya bangsa Arab al-Anbat yang seolah-olah sengaja disembunyikan daripada pengetahuan orang ramai.
Kononnya episod jahiliyah sahaja yang menggelapkan perilaku bangsa Arab pra-Islam sepanjang masa. Keajaiban Petra bukan setakat pada seni bina. Kewujudan Petra itu sendiri direlevankan dengan rangkaian perdagangan rempah-ratus (Highet, 2006).
Tiada siapa berani sentuh mereka, kerana kemahiran untuk hidup di padang pasir dan kawasan pergunungan. Bermakna pada bila-bila masa, bangsa Arab al-Anbat boleh turun untuk membalas sεrαηgαη.
Dalam keadaan aman damai, mereka tidak jemu menadah air hujan untuk disalurkan pada lembah pertanian (Mays, 2010).
Mereka amat bergantung pada sektor pertanian untuk mengenyangkan perut 20,000 orang yang mendiami Raqmu (Sanchez, n.d.).
Dan jumlah populasi ini bersumpah setia pada seorang raja seperti Aretas IV yang agak berpengaruh. Apabila Gaius Octavius dimasyhurkan sebagai Caesar Augustus dengan Alam Rom sebagai empayar, Raqmu tidak mengasingkan diri. Semasa pemasyhuran ini, bangsa Yahudi di Judea mempunyai seorang raja bernama Herod yang membesarkan Kuil Nabi Sulaiman as.
Takhta Herod di Judea kemudian diwarisi puteranya, Herod Antipas yang berkahwin dengan Puteri Phasaelis (anak perempuan Aretas IV). Antipas kemudian meninggalkan Phasaelis untuk berkahwin dengan adik ipar sendiri.
Nabi Yahya as dilaporkan tidak bersetuju dengan perkahwinan ini. Kerana tidak bersetuju, kepala baginda dipεηggαl Antipas.
Pada masa ini, bangsa al-Anbat menjadi negara di bawah Empayar Rom. Namun pada tahun 106, Rom mengambil setiap inci daripada lembah Petra. Lalu Rom menamakan kawasan ini semula dengan gelaran “Arabia Petraea”.
Dan kerelevanan Petra pula sudah teruk terjejas akibat kemajuan pengangkutan laut yang jauh lebih pantas dan mudah untuk dibandingkan dengan perjalanan darat di padang pasir.
Maka bermulalah satu zaman gelap dalam Dunia Arab, meskipun ada kawasan lain yang kelihatan membangun. Namun mereka tidak sama sekali dapat menandingi keajaiban yang dilakukan al-Anbat satu masa dahulu sebagai sebuah kuasa di rantau sendiri.
Pada tahun 363 pula, bangsa Arab hanya mampu bergelinangan air mata melihat seni bina nenek moyang mereka teruk biηαsα akibat sebuah gempa bumi yang dαhsyαt. Kejadian ini berlaku antara 18 hingga 19 Mei – dan Petra dikatakan rosak sangat teruk tetapi tidak cukup untuk melenyapkannya daripada bumi ini.
RUJUKAN:
Highet, J. (2006). Frankincense: Oman’s Gift to the World. Prestel. Halaman 119.
Mays, L. (2010). Ancient Water Technologies. Springer Science & Business Media. Halaman 24.
Roberts, D. (2010). Egypt and the Holy Land. Casa Editrice Bonechi. Halaman 64.
Sanchez, C. (n.d.). Petra lost and found. National Geographic.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih