Semua orang mengenali ikan jerung, sama ada melalui ilmu atau hiburan. Tidak boleh dinafikan bahawa penampakan sirip jerung mesti buat orang takut.
Tetapi hakikatnya, jerung mengamalkan kehidupan jauh berlainan untuk dibandingkan dengan filem. Ia takkan meny3r4ng manusia sewenang-wenangnya.
Malah kebarangkalian untuk manusia dis3r4ng jerung di pantai ialah satu dalam 3.75 juta (McLaughlin, 2018). Kiranya kena s4mb4r petir lagi senang daripada kena s3r4ng jerung.
Untuk pengetahuan semua, jerung ialah sebuah kelompok terdiri daripada 1,000 spesis berlainan.
Contohnya jerung lumpur (squalus acanthias), jerung gergaji (pristiophorus japonicus), jerung paus (rhincodon typus), jerung tanduk (heretodontus francisci), jerung great white (carcharodon carcharias), dan banyak lagi. Senang kata tidak terbilang dengan pelbagai jenis pecahan.
Selama 450 juta tahun jerung (selachimorpha) menikmati keluasan laut, sambil bantu mengimbangkan alam semulajadi.
Tanpa jerung, laut akan ada terlalu banyak ikan. Tetapi tanpa jerung, ada satu jenis ikan yang akan terjejas begitu teruk sampai boleh mengalami kepupusan.
Jenis ikan tersebut ialah remora yang sangat ajaib menunjukkan potensi evolusi dalam kehidupan.
YouTube ada banyak video pasal jerung, terutamanya dokumentari-dokumentari profesional yang menunjukkan kehidupan jerung dalam laut dengan jarak dekat. Seringkali jerung akan ada pengikut.
Beberapa ekor ikan lebih kecil akan mengikuti jerung, kadangkala di bawah perut – atau atas sirip.
Sebenarnya remora dapat banyak manfaat kalau mengikuti jerung. Seekor jerung takkan makan dengan tertib atau secara profesional. Ia akan bergerak dengan pantas, membuka rahangnya dan menutup mulut begitu kuat.
Seekor jerung great white mempunyai kuasa gigitan (bite force) sebanyak 4,000 setiap inci persegi, empat kali ganda lebih kuat daripada singa dan harimau (Handwerk, 2012). Sambil menggigit, ia akan bergerak dengan laju pula.
Jadi cebisan-cebisan daging akan melayang dan berapungan sana sini. Remora yang mengikuti jerung akan menikmati cebisan-cebisan tersebut. Inilah proses menguntungkan diri sendiri tanpa menjejaskan sesiapa, bernama komensalisme.
Tetapi dapatan kajian lebih terkini mendapati fakta di atas (italicized) sebenarnya tidak begitu tepat. Kerana diet sebenar remora adalah n4j1s-n4j1s jerung, dinikmati apabila baru keluar dalam keadaan segar dan panas (Williams, et al., 2003).
Perbezaan saiz badan dan sirip menunjukkan remora tidak boleh berenang selaju jerung. Namun itu tidak menjadi masalah buat remora.
Kerana ikan ini dilengkapkan dengan kebolehan luar biasa.
Walaupun dua gambar di atas agak meyakinkan, remora sebenarnya tidak berenang secara terbalik.
Tetapi remora mempunyai kebolehan untuk melekatkan badannya pada kulit seekor ikan lebih besar… tanpa meny4k1ti sesiapa.
Bahagian kulit ini digelar “suction plate”, dengan fungsi melekatkan diri pada organisme lebih besar. Semasa berenang bersendirian, kulit ini tidak memainkan peranan. Tetapi kalau perlu melekat, ia akan buka dan tutup bagaikan pam.
Jadi ia akan bergantung pada jerung atau ikan-ikan lain seperti paus misalnya untuk bergerak tanpa menggunakan tenaga sendiri (kecuali untuk kekal melekat).
Sebab itulah ia digelar “suckerfish” atau “sharksucker”. Dan ia juga boleh melekat pada bot, mungkin keliru dengan ikan lain.
RUJUKAN:
Handwerk, B. (2012, Mac 15). Crocodiles have strongest bite ever measured, hands-on tests show. National Geographic.
McLaughlin, K. (2018, Julai 22). Here are the chances of getting bitten by a shark while you’re swimming at the beach. Insider.
Williams, E.H., et al. (2003). Echeneid-sirenian associations, with information on sharksucker diet. Journal of Fish Biology. 63(5): 1176.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih