Hari ini, salah satu peninggalan hebat zaman silam untuk dunia yang masih terpapar teguh dan hebat ialah Tembok Besar China yang terletak di utara negara China hari ini. Tembok besar ini dikatakan sepanjang 6400 Kilometer, daripada Shangaiguan sehingga ke Teluk Bohai. Namun, secara keseluruhan, jika diambil dan dikira cabang-cabangnya sekali, maka kiraan terbaru mencatatkan bahawa tembok besar ini menjangkau 8, 851.8 Kilometer atau sepanjang 5 500 batu.

Bercakap mengenai tembok besar ini, sesungguhnya ianya mempunyai sejarah yang panjang membuatkan artikel ini akan dibahagikan kepada sejarah berdasarkan dinasti-dinasti tertentu. Pada petang tahun baru cina ini, anda akan bersama saya meneroka kehebatan sebuah binaan agung sebuah tamadun yang merupakan antara yang terhebat dalam sejarah.

1. Zaman Dinasti Zhou Barat, Negeri Qin, Negeri Chu dan Yan

Antara rekod terawal yang bercerita mengenai tembok besar ini adalah seawal abad ketujuh Masihi, ketika zaman Dinasti Zhou Barat (1046 – 771 Masihi), di mana rajanya iaitu Raja Zuan telah mengarahkan pembinaan sebuah tembok di utara empayarnya melawan serangan Xianyun, yang merupakan sebahagian daripada puak gasar yang selalu menyerang China dari utara yang dipanggil sebagai Puak Rong.

Diceritakan bahawa orang Xianyung daripada puak Rong ini seringkali menyerang pusat pemerintahan Dinasti Zhou Barat, Haojing. Dicatatkan juga terdapat kempen untuk menundukkan orang Xianyung dan kempen itu berjaya. Namun, beberapa tahun kemudian, terdapat puak lain yang menyerang yang juga sebahagian daripada puak Rong, iaitu Puak Quanrong yang menyebabkan raja mereka mati. Ini membuatkan Dinasti Zhou Barat jatuh dan Dinasti Zhou Timur mula berdiri (770 Masihi – 265 Masihi).

Pemerintahan Dinasti Zhou Timur ini tidak seperti leluhur mereka, lebih mengamalkan dasar kuku besi sehinggakan mengamalkan dasar yang ketenteraan yang kejam untuk menundukkan negeri-negeri kecil di sekitar mereka. Ini telah membuatkan banyak tembok-tembok besar berdiri. Antara tembok besar itu ialah Negeri Qi, Negeri Chu, Negeri Yan.

2. Zaman Dinasti Qin (221 – 206 Sebelum Masihi)

Pada tahun 221 Masihi, buat pertama kalinya dalam sejarah China, seluruh empayar disatukan di bawah seorang Maharaja yang bernama Yin Zheng, yang kemudiannya menggunakan nama Qin Shi Huangdi, lalu menabalkan dirinya sebagai Maharaja Pertama dalam Sejarah China.

Qin Shi Huang adalah insan yang bertanggungjawab membina tembok besar pada zaman Qin. Berbeza dengan tembok besar sebelum zaman-zaman beliau, tembok besar Qin ini adalah sebuah tembok yang menyambung tembok-tembok besar yang dibina ketika zaman Dinasti Zhou, dan negeri-negeri kecil China dahulu sebelum disatukan di bawah sebuah empayar.

Diceritakan bahawa tembok besar ini juga adalah bertujuan untuk menlindungi Empayar baginda di bawah serangan orang Xiongnu dari Utara, di samping bertindak sebagai penanda sempadan kepada negeri China yang baru. Jeneral Meng Tian daripada dinasti Qin ditugaskan untuk menyambungkan seluruh tembok-tembok besar ini. Sepanjang pembinaan tembok besar Qin, diceritakan bahawa tembok besar ini turut menjadi kubur-kubur untuk rakyat yang dikerahkan ke utara negara mereka.

Kemudian, tembok besar ini diperbaiki, dibina semula, dan dikembangkan oleh dinasti-dinasti terkemudian seperti Dinasti Han, Sui dan ketika era Dinasti Utara-Selatan di China. Ketika zaman Dinasti Tang dan Song, tembok besar ini tidak diendahkan langsung. Perlu diketahui bahawa tembok awal ini adalah diperbuat daripada tanah liat, kayu dan lumpur.

3. Zaman Dinasti Ming

Tembok besar China yang terkenal dan masih teguh dibina sehingga mampu dilihat hari ini adalah perlu diketahui datang daripada Dinasti Ming. Pencetus kepada pembinaan Tembok Besar Ming adalah dalam Pertempuran Tumu di mana lebih 500 000 orang askar Ming kalah pada hanya 20 000 orang askar Oraits Mongol daripada wilayah Ordos di utara China. Pertempuran Tumu adalah salah satu daripada ekpedisi Ming menawan wilayah Ordos.

Namun memandangkan ekpedisi ini gagal untuk menundukkan dan melindungi Ming daripada serangan puak gasar dari pada rumput Mongolia, maka sebuah tembok besar dibina untuk melindungi Ming daripada serangan puak-puak ini. Kalau kalian membaca tembok besar yang dibina pada awal sejarah dinasti China yang dibina daripada kayu, tanah liat dan lumpur, tembok batu zaman Ming lebih baju kerana dibina menggunakan batu bata. Lebih 1200 menara pantau dibina daripada Laluang Sanghan sehingga ke barat China bagi menghalang serangan Mongol.

Tembok batu inilah yang kemudian menjadi dan membantu Dinasti Ming untuk bertahan dari serangan Manchuria dari Utara, menyebabkan usaha Manchuria menjajah China terbantut untuk beberapa ketika walaupun pada akhirnya, dinasti Ming tetap runtuh di tangan musuh yang sama.

-HE-


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Leave A Reply