Pada 12 Disember 1958, seorang calon PhD di Universiti Sorbonne, Perancis iaitu Dr Osman Yahia telah berjaya mempertahankan tesis beliau berjudul Histoire et classification de l’oeuvre d’Ibn ‘Arabi (Karya Ibn Arabi: Sejarah dan Pembahagian Jenisnya) dalam 2 jilid buku yang menyenaraikan 846 buah karya yang dianggap sebagai karangan Ibn Arabi. Selepas ditolak buku-buku yang disangsikan akan kepengarangannya, masih ada lebih 400 buah karya yang ditulisnya dalam jangkamasa 44 tahun. Menurutnya lagi, karya Ibn Arabi boleh dibahagikan kepada pelbagai bidang ilmu seperti tafsir al Qur’an, hadis, metafizik Islam, kesufian, usuluddin, akhlak, etika, adab, fiqh & puisi.

Malah karya magnum opus beliau al-Futūḥāt al-Makkiyya yang membicarakan prinsip-prinsip ilmu metafizik dan kerohanian Islam mencakupi lebih 2,000 halaman dengan 560 bab dalam edisi cetakan. Karya yang pada asalnya ditulis tangan memakan masa 31 tahun dengan 37 jilid dan sekarang masih lagi disimpan di Perpustakaan Suleimaniye Istanbul, Turki. Namun karya yang paling terkenal dan penuh kontroversi adalah Fusus al-Hikam. Karya yang agak nipis dan pendek dengan 27 bab sempena nama para Nabi.

Sebuah karya yang sukar, penuh dengan istilah serta tamsil tentang hubungan alam, manusia dan Tuhan.

Ketokohan dan kewibawaan Ibn Arabi sehingga digelar Shaykh Al-Akbar, telah ramai alim ulama dan sarjana yang memperakuinya dan tidak sedikit juga mengundang kontroversi di kalangan mereka. Anak jati kelahiran Andalusia ini yang meninggal dunia di Damsyik pada tahun 1240M merupakan seorang tokoh yang mempunyai kedudukan dan taraf yang tersendiri dalam sejarah perkembangan bidang kerohanian Islam. Barangkali pada titik pertentangan hebat itulah menunjukkan akan kehebatan personaliti tokoh Ibn Arabi ini, malah karya dan intisari keilmuannya masih lagi diperkatakan, diwacanakan dan dibicarakan sehingga kini baik di dunia Barat mahu pun Timur!
Memetik di sebalik rangkap kata beliau,

“Manisnya madu, pahitnya jadam, hanya boleh diketahui dengan merasai. Begitu juga asyiknya cinta, kasih yang mendalam, geloranya rindu hanya boleh diketahui melalui pengalaman merasainya yang secara langsung terus tepat mengesahkannya. Sepandai mana pun seseorang itu, dia tidak akan dapat mengetahuinya samada melalui takrifan erti mahu pun ketetapan dalil-dalil akal.”

Wallahu’alam

-ARAZ-

Rujukan

1. Mohd Sani Bahron. Menghargai Kepustakaan Metafizik Islam dalam Jurnal Afkar Bil 9/2008
2. Zakaria Stapa. Ibn Arabi Tokoh Sufi

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.