Cahaya mempunyai kelajuan sehingga 300,000,000 m/s. Menurut teori kerelatifan khas (special theory of relativity), tiada objek yang merentas ruang-masa dapat melebihi kelajuan cahaya. Kelajuan cahaya bukan semata-mata kelajuan cahaya tetapi merupakan had dan batasan kelajuan yang mampu dicapai oleh mana-mana objek di alam semesta.
Sekiranya kita menyuluh cahaya dalam keadaan kita tidak bergerak, kelajuannya 300,000,000 m/s. Jika kita menyuluh cahaya dalam keadaan kita sedang berlari, kelajuan cahaya tetap tidak akan berubah walaupun secara logiknya, kelajuan cahaya patut bertambah kerana kita menyuluh dalam keadaan berlari.
Bergerak menghampiri kelajuan cahaya akan mengakibatkan perubahan signifikan pada panjang dan masa yang dialami oleh objek. Apabila suatu objek bergerak menghampiri kelajuan cahaya, panjang objek itu akan mengecut. Semakin laju, semakin pendek panjangnya apabila diperhatikan. Masa yang dialami oleh objek akan lebih perlahan, semakin laju ia bergerak, semakin perlahan masa yang dialami, relatif dengan pemerhati.
Hal ini menjadikan, bergerak menghampiri kelajuan cahaya dapat membawa seseorang ke masa hadapan. Misalnya, kita menaiki roket dan bergerak ke angkasa lepas dengan kelajuan menghampiri kelajuan cahaya, misalnya 270,000,000 m/s selama 5 tahun, kita akan melangkau 6 tahun ke hadapan di Bumi.
Ini bermaksud, selama 5 tahun kita berjalan, Bumi telah ke hadapan selama 11 tahun. Orang di Bumi mendapati kita telah hilang selama 6 tahun, tetapi untuk kita sendiri, kita cuma bergerak cukup 5 tahun.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih