Sebenarnya banyak persoalan yang timbul dan dibincangkan tentang filem ini. Filem pertama arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee di studio Merdeka ni dipercayai hilang.

 

Menurut beberapa sumber yang boleh dipercayai gelungan filem asal filem ini telah dihanyutkan air berikutan banjir besar yang pernah melanda studio Jalan Ampas sekitar tahun 1966.

 

Ada juga sumber yang mengatakan gelungan salinan filem ini pernah disimpan di stor Filem Negara, Petaling Jaya, tetapi ianya telah rosak dan musnah.

 

Filem Si Tora Harimau Jadian sebenarnya pernah ditayangkan sekali di kaca televisyen sekitar tahun 1970-an oleh RTM.

 

Sama ada ingin percaya atau tidak, dikatakan salinan atau rakaman filem ini mungkin ada pada salah seorang pembesar berstatus VVIP di negara ini.

 

Disini saya ingin berkongsi serba sedikit jalan cerita filem ini memandangkan kita pun tak dapat tengok. Filem ini mula ditayangkan pada 30 November 1964.

 

Filem ni bergenre seram diinspirasikan daripada filem Werewolf of London (1935). Idea membuat filem ini tercetus selepas P. Ramlee melawat studio Merdeka yang terletak di sebelah Zoo Negara.

 

P. Ramlee berkata: “Studio pula dalam kandang zoo. Silap-silap harimau terlepas, habis dingapnya! Kalau buat gambar si ‘tora’ memang bagus.” Tora (虎) bermaksud ‘harimau’ dalam bahasa Jepun.

 

Si Tora Harimau Jadian mengisahkan tentang keadaan Kampung Kiambang, dimana penduduknya dipaksa bayar wang perlindungan pada Si Tora, seekor harimau jadian yang mengaku berkuasa di kampung itu.

 

Cuma keluarga Pendekar Amin (Idris Hashim) je yang taknak bayar wang perlindungan hinggalah anak gadisnya bernama Naemah (Fazliyaton) jadi mangsa gangguan Si Tora.

 

Akhirnya seorang doktor dari kota dijemput untuk rawat Naemah. Dr Affendi (P. Ramlee) tiba di kampung itu.

 

Beliau berjaya merawat Naemah dan menimbulkan kemarahan Tok Dukun (Mahmud June) kerana dah kacau line tok dukun mengubat orang kampung.

 

Dr. Affendi terus menetap bersama keluarga OCPD Mutalib (Yusof Surya) dan buka sebuah klinik serta menawarkan Naemah jadi jururawat di klinik itu. Kemudian terjalin perasaan kasih sayang di antara mereka.

 

Satu malam, Naemah diganggu Si Tora lagi. Pendekar Amin, Penghulu (Nyak Osman) dan Dr. Affendi akhirnya mengalah pada tok Dukun demi menewaskan Si Tora.

 

Bila Si Tora terperangkap di dalam jala, Dr. Affendi nak serahkan pada OCPD tapi Pendekar Amin terus menikamnya.

 

Darah putih mengalir dari tubuh Si Tora. Bila OCPD nak tengok mayat Si Tora itu, ia dah bertukar jadi pokok getah.

 

Sesudah peristiwa itu, Kampung Kiambang kembali aman dan juga pertunangan diantara Dr. Affendi dan Naemah pun dirasmikan.

 

Tetapi keamanan itu tak kekal lama. Si Tora muncul kembali dan membunuh Pendekar Amin dan isterinya, Penghulu Kiambang serta rombongannya, kecuali Dr. Affendi.

 

Si Tora menyerang Dr. Affendi dan ambil darahnya untuk dijadikan sumpahan. Bila Naemah cuba ingin tengok luka di lehernya dengan cermin, Dr. Affendi menghempaskan cermin itu lalu menghalau Naemah keluar.

 

Kemudian wajahnya bertukar menjadi harimau jadian dan mula membunuh orang. Setelah diratapi mangsa pertama, wajah beliau bertukar semula.

 

Keadaan Dr. Affendi sangat membimbangkan OCPD dan Naemah, hingga terpaksa diundang seorang lagi doktor untuk merawat Dr. Affendi iaitu Dr. Abu Bakar (Ali Rahman).

 

Dr. Abu Bakar cuba merawatnya, tapi bila diberikan cermin, Dr. Affendi naik marah lalu menghalau mereka lagi. Wajahnya berubah jadi Si Tora dan bunuh kebanyakkan penduduk kampung.

 

Bila Dr. Abu Bakar jumpa dengan tok dukun, beliau beri nasihat yang Si Tora hanya dapat dimusnahkan dengan kayu tas. Dr. Abu Bakar tunjukkan kayu tas tu pada tok dukun dan perasaan nya terus menjadi takut.

 

Sedang Dr. Affendi gelisah diatas pembunuhan yang dilakukannya, Si Tora muncul dihadapannya dengan memberi satu syarat untuk jadi manusia semula dan bebas dari sumpahan Dr. Affendi harus membawa tunangnya Naemah kepada Si Tora.

 

Setelah berjaya menunaikan syarat pertama itu, Si Tora memberi beberapa syarat lagi iaitu, dia dan Dr. Abu bakar harus meninggalkan kampung Kiambang.

 

Syarat seterusnya, Dr. Affendi harus membunuh Naemah. Beliau tiada pilihan lain. Dalam percubaan membunuh Naemah, Dr. Abu Bakar dan OCPD berjaya menghalangnya.

 

Bila Dr. Affendi terkena kayu tas milik Dr.Abu Bakar, akhirnya beliau kembali normal dan Si Tora berjaya ditikam dengan kayu tas hingga mati.

 

Mereka terkejut bila wajah sitora tu bertukar menjadi wajah tok dukun. Rupa-rupanya Tok Dukunlah yang mengamalkan ilmu hitam untuk menjadi Si Tora Harimau Jadian demi memeras ugut penduduk kampung Kiambang. Dengan musnahnya Si Tora, kembalilah keamanan kampung Kiambang.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Teringin nak tahu kisah hidup Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee dari awal kelahiran hinggalah hilangnya sebutir permata industri seni negara?

 

Dapatkan P.RAMLEE, TIADA YANG KEDUA yang akan ke udara ketika PBAKL nanti!

 

Baca bab-bab awal SECARA PERCUMA di sini: https://thepatriots.store/pramlee/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply