Kisah lagenda menyatakan, Rom diasaskan oleh adik-beradik kembar iaitu Romulus dan Remus, anak kembar kepada Dewa Perang, Mars. Ketika bayi, mereka berdua dihanyutkan oleh raja berdekatan Alba Longa dan diselamatkan oleh seekor serigala betina. Apabila meningkat dewasa, adik-beradik kembar ini berjaya menggulingkan raja yang hanyutkan mereka kemudian mengasaskan kota di tebing sungai pada tahun 753 SM. Seterusnya Romulus menjadi raja Rom yang pertama setelah membunuh kembarnya. Raja-raja sekitar Rom seperti raja orang Sabine, Latin, dan Etruscan mula bersama Romulus membina kerajaan.

Fasa Rom sebagai kerajaan monarki berakhir pada 509 SMsetelah penggulingan raja ketujuh iaitu Lucius Tarquinius Superbus, di manapara sejarahwan menyifatkan raja Rom ini adalah raja yang zalim berbeza denganraja terdahulu yang berhati baik. Penggulingan ini terjadi dari pemberontakanrakyat yang semakin panas akibat dari tragedi rogol o leh putera raja terhadapanak bangsawan bernama Lucretia. Selepas runtuhnya kerajaan monarki,pemerintahan Rom berganti kepada sistem republic, bermaksud kerajaan milikrakyat sepenuhnya.

GAMBAR 1: Patung yang menggambarkan Romulus dan Remus disusui oleh serigala betina

PENUBUHAN REPUBLIK ROM

Kuasa raja diserahkan kepada dua buah badan perundangan yang dinamakan sebagai Consul (Konsul). Consul pula terdiri dari kalangan para ahli majistret yang berperanan sebagai wakil rakyat dan sebagai komander perang. Walaupun ahli majistret ini dipilih oleh kalangan rakyat namun mereka tetap patuh terhadap Senate iaitu sebuah badan besar berperanan sebagai penasihat Consul. Senate  juga dikuasai oleh patrician (keluarga rulling class) atau beberapa orang senator yang keturunannya pernah berkhidmat di zaman Romulus.

Pada tahun 450 SM, Kod Undang-Undang Rom telah dipahat dalam 12 kepingan gangsa. Undang-undang ini merangkumi tatacaranya sendiri, hak sivil dan harta benda yang sekian lama ditetapkan oleh pemerintahan Rom seterusnya. Sekitar tahun 300 BC, kuasa kerajaan berpindah tangan kepada Senate. Ertinya, hanya beberapa orang dari keluarga rulling class dan bangsawan kaya saja mengetuai pemerintahan.

Awal penubuhan Republik Rom, populasi dan kuasa semakin berkembang pesat. Walaupun Rom pernah ditumbangkan oleh Gaul pada tahun 390 SM, Rom kembali pulih ketika pemerintahan wira tentera bernama Camillus, seterusnya menakluk seluruh semenanjung Itali pada 264 SM. Kemudian berlakunya siri peperangan bernama Perang Punic di mana Rom menentang Carthage iaitu sebuah negara-kota milik kaum Phoenicia yang terkuat di Utara Afrika. Pada siri perang pertama dan kedua, Rom berjaya menguasai Pulau Sicily, pantai barat Mediterranean, dan sebahagian Sepanyol. Dalam Perang Punic Ketiga (149 – 146 SM), Rom berjaya menghancurkan kota Carthage dan menjadikan penghuni yang terselamat sebagai hamba, dan menjadikan wilayah Utara Afrika sebagai milik Rom sepenuhnya. Pada masa yang sama, Rom meluaskan kuasanya di timur di mana raja kerajaan Mecadonia iaitu Philip V telah digulingkan dalam Perang Macedonia dan menukar status kerajaannya sebagai wilayah Rom.

KEMPEN PEPERANGAN ROM

Sepanjang kempen penjajahan Rom, perkara yang mengubahkan 100% tamadun Rom adalah percampuran budaya dengan budaya kaum lain sehingga membentuk sebuah masyarakat yang tinggi kebudayaannya. Contoh paling signifikan adalah peperangan dengan empayar Yunani Kuno. Rom banyak mendapat manfaat saat mencedok ilmu kebudayaan Yunani Kunon sehingga pada tahun 240 SM wujudnya kesusasteraan Rom dan menterjemah bahasa klasik Yunani kepada bahasa Latin. Rom juga mencedok ilmu seni bina, falsafah, dan agama.

GAMBAR 2: Gaius Marius, ahli konsul pada akhir fasa republik Rom.

ROM DI AKHIR FASA REPUBLIK

Pemerintahan politik Rom semakin goyah saat empayar Rom berkembang, kemudian berlaku konflik dalaman dan pemberontakan rakyat. Jurang antara orang kaya dan miskin semakin melebar dan akses kepada kerajaan semakin ketat dan hanya terhad kepada kelas atau darjat tertentu. Dengan permasalahan social ini, wujud beberapa gerakan pemberontak yang dimulakan oleh Tiberius (133 SM) dan Gaius Gracchus (123 – 122 SM) namun pada akhirnya gerakan ini dilumpuhkan oleh kerajaan.

Gaius Marius, seorang rakyat yang menyertai bidang ketenteraan telah mengangkat kedudukannya dengan menjadi ahli konsul pada 107 SM iaitu pada fasa akhir Republik Rom. Pada 91 SM, Marius berhadapan dengan serangan dari pihak musuh termasuklah rakan sejawatnya sendiri iaitu Jeneral Sulla yang kemudiannya menjadi jeneral dictator pada tahun 82 SM. Selepas Sulla bersara, bekas pengikutnya iaitu Pompey berkhidmat sebagai ahli konsul sebelum berjaya dalam kempen peperangan dengan mengalahkan paras lanun di Laut Mediterranean dan pasukan Mithdidates yang berada di Asia.

KEBANGKITAN CAESAR

Apabila Pompey kembali ke Rom selepas memenangi peperangan, dia membuat sebuah pakatan dengan tiga orang bangsawan yang bernama First Triumvirate. Antara ahli pakatan tersebut adalah Marcus Licinius Crassus yang pernah meleraikan pemberontakan para hamba yang diterajui oleh Spartacus pada 71 SM. Seorang lagi ahli pakatan yang kemudiannya menjadi popular dalam kalangan ahli konsul adalah Jeneral Gaius Julius Caesar. Selepas Caesar berjaya menawan Sepanyol, dia kembali ke Rom dan mencalonkan diri dalam pilihan raya konsul pada 59 SM. Dengan memiliki hubungan baik dengan Pompey dan Crassus, Caesar mendapat takhta pemerintahan di 3 buah wilayah kaya Rom di Gaul dan setahun kemudian dia menakluk lagi beberapa buah wilayah lain.

Selepas isteri Pompey (anak perempuan Caesar) meninggal dunia pada 54 SM, dan Crassus syahid dibunuh dalam perang menentang Parsi pada tahun seterusnya, pakatan bangsawan itu dibubarkan. Dengan kekacauan politik Rom, Pompey mentadbir keseorangan di Konsul pada 53 SM. Kejayaan Caesar menakluk Gaul dan kekayaan hartanya yang semakin bertambah menggugat status Pompey sehingga dia bergabung dengan Senat bagi menyekat pengaruh Caesar. Pada 49 SM, Caesar dan salah satu pasukan tentera bernama Legion menyeberang Sungai Rubicon iaitu sempadan semula jadi antara Itali dan wilayah Gaul. Tindakan Caesar yang dianggap sebagai pencerobohan telah mencetuskan perang sivil sehingga Caesar menjadi dictator pada 45 SM.

DARI CAESAR BERALIH KE AUGUSTUS

GAMBAR 3: Maharaja Augustus, maharaja Rom pertama.

Setahun selepas perang sivil Itali, Caesar telah dibunuh oleh sekumpulan musuh terdekat yang diketuai oleh bangsawan bernama Marcus Junius Brutus dan Gaius Cassius. Ahli konsul Mark Antony dan pewaris angkat Caesar iaitu Octavian bersatu bagi menumbangkan pemberontakan Brutus dan Cassius dan kemudian memerintah kembali Rom bersama bekas ahli konsul Lepidus. Gabungan tiga bangsawan berpolitik menubuhkan lagi pakatan baru iaitu Second Triumvirate. Walaupun seluruh wilayah dibahagikan kepada ketiga-tiga bangsawan ini, namun pakatan ini tidak dapat menyelesaikan konflik politik mereka seterusnya dibubarkan pada 36 SM. Pada 31 SM, Octavian berjaya menumbangkan pasukan tentera Antony dan Ratu Cleopatra dari Mesir dalam Perang Actium.

Pada 29 SM, Octavian menjadi pemerintah tunggal di seluruh wilayah Rom. Bagi memastikan takdirnya tidak bertemu dengan  takdir Caesar, dia memastikan kedudukannya diterima oleh rakyat dengan memperbaiki institusi politik republic Rom walaupun pada realitinya dia memerintah secara mutlak. Pada 27 SM, Octavian menukar namanya kepada Augustus dan melantik dirinya sebagai maharaja Rom pertama.

FASA-FASA PEMERINTAHAN MAHARAJA ROM

GAMBAR 4: Empayar Rom di bawah pemerintahan Augustus. Wilayah berwarna kuning adalah empayar Rom sekitar tahun 31 SM. Wilayah berwarna hijau daun adalah wilayah yang telah dijajah pada zaman Augustus manakala wilayah berwarna merah jambu adalah wilayah sekutu Rom.

Bemula dari pemerintahan Augustus, baginda memperbaiki sistem pemerintahan Rom yang telah lama korup oleh para bangsawan dan mewujudkan zaman Pax-Romana di mana Rom mencapai zaman keamanan dan kekayaan mutlak. Baginda juga mereformasikan sistem institusi sosial, memenangi dalam kempen peperangan, dan menyuburkan bidang seni, kesusasteraan, arkitek, dan agama. Dengan sokongan para tenterannya dan para pengagungnya, Augustus telah memerintah selama 56 tahun. Setelah kemangkatan baginda, para Senat mengangkat Augustus sebagai dewa maka dari sinilah bermula mendewakan para pemerintah agung mereka.

Dinasti Augustus diteruskan oleh kerabatnya setelah kemangkatan baginda iaitu Tiberius (14 – 37 M), Caligula yang terkenal dengan kekejamannya (37 – 41 M), dan Claudius yang pernah diingati kerana kejayaannya dalam kempen peperangan menakluk Britain (41 – 54 M). Dinasti ini berakhir dengan pemerintahan maharaja Nero (54 – 68) yang menyalahgunakan harta kerajaan kemudian membunuh diri saat Rom berada dalam fasa pemberontakan.

Kemudian 4 orang maharaja mengisi takhta Rom dalamtahun-tahun menyeksakan sehingga maharaja ke-4 iaitu Vespasian (69 – 79)bersama pewarisnya iaitu Titus dan Domitian yang kemudian menubuhkan dinasti Flavian,perubahan pengurusan kerajaan Rom berlaku. Mereka bertiga berbahas denganlantang di mahkamah kerajaan bagi memulihkan autoriti Senat dan menggalakkankebajikan awam kepada rakyat. Maharaja seterusnya iaitu Titus (79 – 81)mendapatkan kepercayaan rakyat dengan melakukan kebajikan selepas letusangunung Vesuvius yang telah menghancurkan kota Herculaneum dan Pompeii.

GAMBAR 5: Patung Vespasian, maharaja yang memulihkan kembali Rom setelah tamatnya dinasti Augustus.

Masuk ke zaman pemerintahan Nerva yang dilantik oleh pihak Senat selepas Domitian, bermula sekali lagi zaman keemasan walaupun Nerva hanya memerintah selama 2 tahun. Maharaja seterusnya iaitu Trajan, Hadrian, Antoninus Pius, dan Marcus Aurelius menaiki takhta secara bergilir dengan damai , di mana mereka dilantik oleh Senat berbeza dengan lantikan dari kalangan kerabat. Trajan (98 – 117) meluaskan empayar dengan berjaya setelah menumbangkan kerajaan Dacia yang bertempat di barat laut Romania dan Parsi. Pengganti Trajan iaitu Hadrian (117 – 138) mengukuhkan sempadan empayar dan melaksanakan tugas maharaja terdahulu iaitu memperbaiki kestabilan politik dalaman dan melakukan pembaharuan pentadbiran.

Masuk ke zaman pemerintahan Antoninus Pius (138 – 161), Rom masih dalam fasa keemasan dan kemakmuran namun konflik berlaku apabila masuk ke zaman pemerintahan Marcus Aurelius (161 – 180) di mana berlaku penentangan di Parsi dan Armenia serta pencerobohan kaum gasar Jerman dari utara. Apabila Marcus nazak dan mangkat apabila perang berlaku di Vienna, baginda melanggar sistem perlantikan dari Senat dengan melantik anaknya Commodus yang berumur 19 tahun sebagai pengganti.

DI AKHIR TAMADUN ROM PURBA

GAMBAR 6: Rom berada dalam konflik perang yang terpaksa menghadapi pencerobohan kaum gasar Jerman selain berlaku kekacauan politik dalaman.

Rom masuk ke zaman keruntuhan kerana ketidakcekapan maharaja Commodus (180 – 192) dalam mengurus pentadbiran politik. Seterusnya perang saudara berlaku akibat Commodus dibunuh oleh menterinya sendiri dan Lucius Septimius Severus (193 – 211) memenangi perang tersebut dan mengambil takhta. Sepanjang abad ke-3 Masihi, Rom sengsara dari konflik dalaman yang tiada kesudahannya. Seramai 22 orang maharaja sentiasa berakhirdengan penbunuhan oleh pihak atasan sendiri yang mahukan kuasa. Manakala di luar Rom pemberontakan dan pencerobohan semakin merebak ke seluruh wilayah jajahan terutamanya pemcerobohan kaum gasar Jerman dan kebangkitan Parsi.

Masuk zaman pemerintahan Diocletian (284 – 305), Rom kembali aman dari perang saudara namun sukar untuk mengembalikan keamanan di wilayah luar Rom. Bagi menjaga keamanan empayar, Diocletian menubuhkan sistem pemerintahan berempat atau tetrarchy, melantik Maximian sebagai penguasa kedua dan mengambil gelaran yang sama iaitu Augustus. Manakala penguasa ketiga dan keempat diambil alih oleh 2 orang jeneral kepercayaan Diocletian iaitu Galerius dan Constantius. Maka, Diocletian dan Galerius menguasai timur empayar Rom manakala Maximian dan Constantius menguasai bahagian barat empayar.

Rom kembali  goyah selepas Diocletian dan Maximian meletakkan jawatan. Anak lelaki Constantius iaitu Constantine bangkit sebagai maharaja Rom yang tunggal menguasai seluruh empayar Rom pada tahun 324. Baginda memerintahkan pusat pemerintahan dari Rom ke Byzantium dan menamakan kota Byzantium sebagai Constantinople mengikut acuan namanya. Semasa perhimpuan Council of Nicaea pada tahun 325, Constantine menjadikan agama Kristian (ketika itu diamalkan oleh kaum Yahudi) sebagai agama rasmi Rom.

30 tahun selepas kemangkatan Constantine, empayar Rom berpecah kepada 2 kerajaan. Bahagian timur empayar menjadi kerajaan Byzantine yang paling lama mengekalkan kerajaan dengan budaya Rom melawan Parsi manakala bahagian barat empayar Rom pula semakin merosot dengan perang sivil dan pencerobohan kaum gasar yang tiada kesudahan.

Akhirnya empayar Rom telah runtuh sepenuhnya kerana hilang kawalan terhadap wilayah-wilayah yang diceroboh musuh. Wilayah Britain dijajah pada 410 dan wilayah Sepanyol dan Afrika Utara dijajah pada 430. Attila dan para pahlawan kaum Hun menceroboh Gaul (Perancis) dan Itali sekitar tahun 450, menghancurkan ibu kota Rom. Pada bulan September 476, putera Jerman bernama Odovacar berjaya menguasai Itali dari kawalan tentera Rom. Setelah menggulingkan maharaja Rom terakhir iaitu Romulus Augustus, para tentara Odovacar melantik putera itu menjadi raja baru di Itali. Di sinilah berakhirnya sejarah Rom purba yang panjang dan penuh liku peperangan.

RUJUKAN:

  1. Adkins, Lesley; Roy Adkins (1998). Handbook to Life in Ancient Rome. Oxford: Oxford University Press.
  2. Ancient Rome, Ancient History. Retrieved 12 Dec 2018. https://www.history.com/topics/ancient-history/ancient-rome
  3. Casson, Lionel (1998). Everyday Life in Ancient Rome. Baltimore: The Johns Hopkins University Press.
  4. Flower (editor), Harriet I. (2004). The Cambridge Companion to the Roman Republic. Cambridge, UK: Cambridge University Press.
  5. Henry George Liddell (1855). A history of Rome, to the establishment of the empire. pp. 305. Retrieved 31 May 2012
  6. Mackay, Christopher S. (2004). Ancient Rome: A Military and Political History. Cambridge, UK: Cambridge University Press.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.