Kaum Maya adalah kaum asal Mesoamerica atau Amerika Tengah terbesar yang tinggal di selatan Mexico, Guatemala, Belize, El Salvador, dan Honduras. Nama Maya diambil dari nama kota purba yang bertempat di daerah Yucatan iaitu Mayapan, kota terakhir dalam zaman akhir tamadun Maya. Kaum Maya berpecah kepada banyak etnik contohnya dua etnik mengikut pengamalan bahasa seperti orang Ouiche di selatan dan orang Yucatae di utara semenanjung Yucatan.

Kaum Maya dikatakan sebagai kaum misteri atau purba seperti Mesir Purba setelah penemuan artifak-artifak Maya oleh dua orang peneroka Amerika, John Lloyd Stephen dan Frederick Catherwood pada tahun 1840-an. Tetapi yang sebenarnya kaum Maya adalah kaum asal yang pernah membina empayar setanding Aztec dan Inca. Kini, jumlah populasi kaum Maya sekitar 7 juta orang yang masih menduduki di tanah yang sama.

Sejarah kaum Maya serta kaum asal Mesoamerica dibahagi kepada 7 garis masa dari prasejarah hingga kemuncak penubuhan tamadun Maya.

Fasa Kuno (7000 – 2000 SM)

Kawasan penempatan tamadun Maya.

Dalam fasa ini, manusia yang pada awalnya memburu dan memetik buah untuk sara hidup beralih kepada aktiviti agrikultur seperti penanaman padi, kekacang dan sayuran lain serta penternakan seperti penternakan ayam belanda. Malah perkampungan pertama dibina dan pengamalan ajaran neo-animisma berkembang dengan pembinaan kuil.

Fasa Olmec (2000 – 200 SM)

Patung ukir Olmec.

Dikenali sebagai zaman Pra-Klasik di mana tamadun tertua dibina di Amerika Tengah iaitu Olmec. Kaum Olmec memulakan ketamadunan mereka di Teluk Mexico dan membina kota-kota terbaik menggunakan batu-bata. Kaum Olmec juga mahir dalam pertukangan arca dan pelopor ajaran kebomohan.

Pada fasa ini wujud kelas sosial yang kompleks dan perkembangan sektor pertanian dengan penanaman tanaman baru seperti cili dan labu. Sejak 500 SM, banyak kota-kota dibina dengan unsur keagamaan. Tulisan Hieroglyph menjadi tulisan pertama dicipta oleh kaum asal pada abad ke-3 SM menjadikan tulisan kaum Maya adalah paling canggih antara tulisan kaum asal lain. Pada akhir fasa ini, banyak kota megah dibina di kawasan Peten Basin dan Banjaran Guatemala. Salah satu kota megah yang masih terpelihara sehingga kini adalah kota Kaminaljuyu.

Terdapat hipotesis yang kononnya mengatakan bahawa kaum Olmec adalah manusia bertubuh gergasi kerana saiz monumen-monumen tinggalan yang gergasi. Walaupun asal-usul kaum Olmec masih misteri, namun kaum inilah nenek moyang kepada kaum asal Mesoamerica seterusnya.

Fasa Zapotec (600 SM – 800 M)

Kota Monte Alban.

Wujud tamadun Zapotec yang bertempat di daerah Oaxaca dan membina kota pertama mereka, Monte Alban. Kaum Zapotec dikatakan sebagai penerus kebudayaan Olmec dari dari mereka lahirnya beberapa sektor terpenting seperti penulisan, matematik, astronomi dan penciptaan calendar yang kemudian dikembangkan oleh kaum Maya.

Fasa Teotihuacan (200 – 900 M)

Kota Teotihuacan.

Sebuah kota megah dibina dari sebuah perkampungan hingga ke kota metropolitan dengan saiz kota yang maha besar dan pengaruh yang kuat. Dulu, kota Teotihuacan mempunyai jiran saingan yang mahu merebut kuasa iaitu kota Cuicuilco. Apabila Cuicuilco mengalami bencana alam iaitu letusan gunung berapi pada tahun 100 M, Teotihuacan menjadi kota metropolitan berpengaruh dan menguasai tanah sekelilingnya. Mengikut kajian arkeologi, Teotihuacan adalah kota keagamaan untuk sembahan kepada dewa-dewi Maya termasuklah dewi ular tedung iaitu Kukulkan, salah satu dewi utama sembahan kaum Maya. Kemudian Teotihuacan diabaikan sekitar tahun 900 M.

Fasa El Tajin (250 – 900 M)

Kota El Tajin.

Juga dikenali sebagai Zaman Klasik dalam sejarah kaum Maya dan kaum asli Mesoamerica. Nama ‘El Tajin’ merujuk kepada sebuah kota megah yang dibina sekitar Teluk Mexico yang menjadi tapak terpenting dalam sejarah Mesoamerica. Pada fasa ini beberapa kota megah dibina sekitar tanah Mexico dan kaum Maya mencapai populasi kepada jutaan orang dan kota-kota kaum Maya senang dihubungi melalui aktiviti perdagangan darat. Beberapa permainan bola padang dicipta dan menjadi hiburan untuk rakyat El Tajin dan dan rakyat kota lain, contohnya Poc-a-Toc.

Raja kaum Maya dikatakan sebagai ‘divine king’ kerana keupayaan raja sendiri berhubung dengan alam ghaib. Politik kaum Maya berbeza dengan kaum lain seperti Aztec dan Inca yang mengamalkan sebuah empayar dimiliki seorang kerajaan. Corak politik mereka berbeza di setiap negara kota menyebabkan setiap kota memiliki raja sendiri dan tidak ada maharaja yang menyatupadukan seluruh kaum Maya.

Permainan Poc-a-Toc. Permainan gelanggang kaum Maya seperti futsal dengan ‘tiang gol’ berada di sudut atas dinding.

Dalam fasa ini berlaku kesatuan dua buah kota milik kaum Yucatec Maya iaitu Chichen Itza dan Uxmal menjadi kuasa besar. Manakala kota Tikal dan Calakmul menjadi kota yang saling bersaing. Kota Teotihuacan tidak terkecuali terlibat dalam konflik politik dalaman. Pada abad ke-9 Masihi, pplitik Maya berada dalam tahap yang merisaukan sehingga berlaku perang saudara dan menghijrahan rakyat meninggalkan kota. Boleh katakan, fasa klasik Maya adalah fasa kemuncak politik Maya sendiri. Di akhir fasa, peningkatan populasi para aristocrat menjadikan kuasa raja Maya tidak mampan dan tergugat status ‘divine king’.

Fasa ini juga berlaku perkembangan budaya baru Maya seperti berbezaan gaya seni dan arkitek walaupun masih dipengaruhi dengan budaya dari kaum-kaum terdahulu. Tamadun Maya mencapai ketinggian tamadun dengan kesempurnaan bidang matematik, astronomi, seni arkitek, seni visual, dan penciptaan calendar. Dalam pertukangan seni, kaum Maya mahir menukang apa-apa sumber seperti kayu, batu jed, obsidian dan seramik. Kota Tikal (292 M) dan Tonina (909 M) adalah dua buah kota yang bertanggungjawab merekod ketinggian tamadun Maya. Empayar kaum Maya ketika itu meliputi Amerika Tengah dari Piste dari utara ke tanah Honduras.

Fasa Pasca – Klasik (950 – 1524 M)

Kota Chichen Itza.

Pada fasa ini kebanyakan kota megah Maya diabaikan dan ditinggalkan. Tiada penjelasan mengapa rakyat kota tiba-tiba saja meninggalkan kota mereka namun apa yang pasti adalah perubahan iklim yang menjadikan kemungkinan atas penghijrahan mereka. Kaum Toltec menjadi penghuni kota Maya seterusnya, kemudian meningkatkan populasi. Kota Tuta dan Chichen Itza menjadi ibu kota kaum Toltec.

Pendapat popular atas kemunduran tamadun Maya adalah invasi para Conquistador Sepanyol walaupun pada hakikatnya ketika invasi berlangsung, seluruh kota kosong tanpa kehadiran penduduk. Pada tahun 1524, kaum Quiche Maya yang menjadi benteng terakhir mempertahankan kota Nojpeten kalah dengan para Conquistador dalam Perang Utatlan. Waktu ini menjadi tahun terakhir dalam sejarah tamadun Maya.

Kota Tikal.

Pada tahun ini iaitu tahun 2018, kumpulan National Geography telah menemui 60,000 buah struktur berupa monument yang tersembunyi oleh hutan bakau seluas 810 batu persegi di utara Guatemala menggunakan teknologi laser bagi tujuan pemetaan di kawasan terlindung. Apabila diteliti dengan bantuan kumpulan para arkeologis, terdapat beribu-ribu buah struktur sekitar kota Tikal. Maka, kota Tikal bukan negara-kota sembarangan. Kota Tikal adalah metropolitan yang mampu menampung 250,000 orang penduduk.

Dengan penemuan ini, kaum Maya dikatakan sebagai kaum yang paling ke hadapan dan canggih setanding kaum China, Yunani dan Mesir Purba. Hanya tunggu masa saja bagi melihatkan sejarah sebenar kaum Maya dibalik monument-monumen yang tersembunyi.

RUJUKAN:

  1. Adams, Richard E. W. (2005).Prehistoric Mesoamerica (3rd ed.). Norman, Oklahoma: University of Oklahoma Press.
  2. Braswell, Geoffrey E. (2014).The Maya and their Central American Neighbors: Settlement patterns, architecture, hieroglyphic texts, and ceramics. Oxford, UK and New York: Routledge.
  3. Lost Treasures of the Maya Snake Kings (2018). Retrived from https://www.youtube.com/watch?v=SwihfJgRRvs
  4. Mark, J. J. (2012, July 06). Maya Civilization.Ancient History Encyclopedia. Retrieved from https://www.ancient.eu/Maya_Civilization/
  5. History Channel. Retrieved from https://www.history.com/topics/maya
  6. Nations, James D. (1 January 2010).The Maya Tropical Forest: People, Parks, and Ancient Cities. University of Texas Press.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.