Kaum Inca adalah kaum yang pernah membina empayar gergasi di Amerika Selatan dan menubuhkan kerajaan kaum asal terbesar di benua Amerika di zaman Pre-Columbian (sebelum penjelajahan Columbus). Asalnya kaum ini adalah kaum minority di daerah Cuzco, Peru. Kemudian kaum Inca membina sebuah kerajaan pada awal abad ke-15 Masihi sehingga menjadi kuasa besar di pertengahan banjaran Andes. Pada tahun 1438, kerajaan mereka dicabar oleh saingannya, Kerajaan Chanka kerana kecemburuan raja akan pesatnya penumbuhan kerajaan kaum Inca. Kaum Inca dapat mematahkan invasi tentera Chanka, meluaskan jajahan dan menjadi empayar paling berkuasa tanpa gangguan selama seabad.

Pada tahun itu juga iaitu 1438, empayar kaum Inca dibina oleh Pachakutiq Inka selepas mengagalkan invasi tentera kerajaan Chanka. Pachakutiq adalah anak lelaki bongsu kepada raja Viracocha, pemerintah kaum Inca sejak 1410. Apabila raja Viracocha dan perantis kepercayaannya, Inka Urqu meninggalkan kota Cuzco semasa invasi, Pachakutiq dan para tentera lain mempertahankan kota tersebut. Tahun berikutnya, Pachakutiq yang menjadi pemerintah empayar Inca mendidik satu-satunya anak lelaki, Tupaq Inka Yupanki tentang ilmu ketenteraan saja dan tidak menggalakkan anaknya belajar mengenai pentadbiran beraja. Sehingga Tupaq dewasa, dia menjadi ketua perang yang berkaliber, meneruskan kempen perluasan empayar.

GAMBAR 1: Empayar Inca dengan Cuzco sebagai ibu kota.

Perkembangan ekonomi dan sosial kaum Inca amat bergantung harap dengan sistem kekuasaan kasta pyramid, di mana para elit di kasta teratas membahagikan harta kerajaan kepada orang bawahan yang menjanjikan kesetiaan yang tinggi. Para elit juga memberikan perlindungan dan menjanjikan kehidupan yang baik kepada mereka di kasta terendah seperti hamba dan pekerja buruh asalkan mereka tidak melanggar 3 peraturan asas iaitu “Ama Suwa, Ama Llulla, Ama Qella” (Jangan mencuri, jangan menipu dan jangan malas). Tambahan pula, empayar kaum Inca mempunyai kawasan tempahan emas dan perak terbesar, menjadikan tamadun Inca adalah tamadun terkaya dunia di zamannya.

Dalam sektor ketenteraan, selain bergantung kepada kecanggihan teknologi dan semangat kepewiraan, para tentera Inca juga mahir bertempur dengan pelbagai teknik ketenteraan yang mampan, gaya serangan yang berkordinasi, dan mahir beradaptasi di pelbagai kawasan pertempuran barat Amerika Selatan. Menentang kemaraan tentera Huancas, tentera Inca melakukan serangan mengejut dan tangkas bagi mengelak pertempuran dalam tempoh yang lama. Menentang kerajaan Chimor, kerajaan yang mempunyai kepakaran tinggi tentang tempahan besi, tentera Inca memutuskan bekalan air dengan mengubah laluan sungai, menjadikan kota Chan-Chan (ibu kota Chimor) kebulur bagi memaksa kerajaan Chimor menyerah kalah.

Para tentera Inca terdiri daripada gabungan para tentera sendiri dan kerajaan jiran bawah jajahan, serta mempunyai kepelbagaian senjata dan taktik peperangan. Maka, tidak hairan jika sebuah skuad tentera Inca mempunyai pemanah Amazon, slingmen (tentera pelontar batu) dari banjaran Andes, tentera cokmar kerajaan Chimor, tentera lembing Canari dan tentera infantry Aymara, semuanya di bawah perintah pegawai elit Inca. Kaum Inca tidak mempunyai kekuatan ketenteraan maritim, walaupun lagenda pernah memberitahu kaum Inca pernah berlayar ke Lautan Pasifik dan bukti arkeologi menunjukkan tamadun di banjaran Andes pernah menjadikan laut sebagai sumber hidup.

GAMBAR 2: Illustrasi menunjukkan kempen penjajahan Inca, menentang kerajaan jiran.

Pada tahun 1527, Wayna Qhapaq, pemerintah yang mewujudkan zaman Pax Incaica iaitu zaman keamanan dan kemakmuran Inca telah meninggal dunia kerana cacar, penyakit yang tidak diketahui bagi kaum Inca. Cacar dan penyakit lain dari Eropah menjahanamkan empayar Inca sehingga membunuh hampir keseluruhan masyarakat. Pada tahun 1529, berlaku perang saudara antara anak-anak Wayna Qapaq, putera Washkar dan adik lelakinya Ataw Wallpa, merebut takhta arwah ayahandanya. Dari peristiwa itu muncul para penakluk Sepanyol yang diketuai oleh Francisco Pizarro di perairan pantai Peru dengan niat mencari kota legenda kekayaan kaum Inca yang bernama El Dorado.

Empayar Inca yang gah telah runtuh pada tahun 1533, di mana Ataw Wallpa yang memenangi perang saudara telah ditangkap oleh Pizarro dan dihukum mati kerana tidak dapat menunaikan permintaan Pizarro, iaitu lambakan emas dan perak sebanyak dua buah bilik. Tentera Sepanyol menggunakan diplomasi berat sebelah untuk bersekutu dengan kaum lain yang dijajah empayar Inca, terutamanya orang Huancas bagi menentang kaum Inca. Walaupun begitu, tamadun Inca bertahan sehingga 1572 dengan mengambil kesempatan melarikan diri dari pergolakan para penakluk Sepanyol atas tanah kaum Inca. Pelbagai cubaan kaum Inca untuk membina lagi empayar mereka tetapi gagal dan tidak lagi membinanya kerana kebangkitan kaum Andes menubuhkan empayar bagi merampas kegemilangan kaum Inca.

GAMBAR 3: Machu Picchu, kota tinggalan kaum Inca

RUJUKAN:

  1. Sejarah ringkas dari video game Age of Empires II
  2. de la Vega, Garcilaso(15 September 2006). The Royal Commentaries of the Incas and General History of Peru, Abridged. Hackett Publishing. pp. 32
  3. Hemming, John(2003). The Conquest of the Incas. Harvest Press
  4. McEwan, Gordon F. (26 August 2008).The Incas: New Perspectives. W. W. Norton, Incorporated. pp. 221

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.