Kaum Hun adalah kaum nomad dari Mongolia yang bertempat di Asia Tengah, kemudian berhijrah ke barat dalam abad ke-3 Masihi kerana perubahan iklim yang mendadak di tanah air. Mereka adalah kaum yang mahir menunggang kuda, pakar dalam peperangan berkuda menggunakan lembing dan busur panah.
Mereka biasanya hidup nomad bersama kuda tunggangan selain keluarga dan haiwan ternakan demi mencari kawasan berumput baru untuk menetap sementara. Kaum Hun juga punya keberanian dan disiplin ketenteraan yang utuh sehingga kemaraan mereka tidak dapat dihentikan saat populasi mereka melebar. Kaum Hun yang meningkat populasinya bermigrasi terus ke Constantinople dan Empayar Rom Timur, seterusnya menjarah Empayar Rom Barat pada tahun 450.
Bagi mencari tanah yang sesuai dengan gaya hidup nomad Hun, mereka menetap di dataran Hungary di Eropah Timur, membina markas di kota Szeged yang bertempat di Sungai Tisza. Atas keperluan tanah yang lebih luas untuk haiwan ternakan mereka, kaum Hun menguasai jajahan di sekeliling melalui hubungan sekutu atau penaklukan ke atas sebuah empayar yang maha luas, iaitu Rom yang punya jajahan dari pergunungan Ural di Rusia dan Sungai Rhone di Perancis.
Kaum Hun adalah penunggang kuda terhandal yang dididik sejak kecil dan dipercayai mereka adalah pencipta sanggurdi (tempat berpijak tergantung daripada pelana kuda), ciptaan yang boleh meningkatkan daya bertempur semasa menunggang kuda menggunakan lembing. Kemaraan kaum Hun pasti menggerunkan musuh sekitar kerana menjadikan kuda sebagai tunggangan terbaik serta sentiasa menukar kuda agar konsistensi kemaraan mereka tidak pudar.
Kelebihan kedua mereka adalah busur yang melengkung dengan fleksibel, menjadikan senjata panah berbahaya dari busur di Barat. Hanya menunggang kuda bersama busur dengan bantuan sanggurdi, mereka boleh memanah jarak dekat dan jauh dengan mudah. Taktik peperangan mereka bersifat mengejut, melakukan serangan kilat dan mencetuskan kegerunan kepada musuh. Ringkasnya, tentera kaum Hun hanya terdiri dari penunggang kuda dengan diketuai ketua yang gagah dan mampu memimpin rombongan tentera berkuda.
Kegemilangan kaum nomad dan berkuda ini muncul di zaman pemerintahan Attila, menjadi ketua kaum pada tahun 433 dan memulakan menjarahan bersiri di selatan Rusia dan Parsi. Beliau kemudian beralih kepada tanah Balkan setelah berlaku kekacauan dan huru-hara dalam kedua-dua jarahan sehingga memaksa mereka berundur. Pada tahun 450 Attila bersama 100,000 orang para pahlawan pergi ke empayar Rom Barat melalui Sungai Rhine di utara kota Mainz. Setelah mereka mara sejauh 100 batu dari Timur, beliau menjarah kota-kota di utara Perancis sehingga memaksa Aetius, jeneral Rom mengarah para tentera Gallo-Roman menghentikan penjarahan Attila yang ketika itu membedil kota Orleans. Di pertempuran Chalons, Attila dikalahkan.
Kekalahan dalam Pertempuran Chalons adalah salah satu pertempuran nekad dalam sejarah, sehingga pengamalan ajaran Kristian terkubur di Eropah Barat dan keseluruhan tanah telah didominasikan oleh orang Asia.
Attila kemudian menjarah Itali, bagi mencari sumber rompakan seterusnya. Sepanjang menjarah, rakyat Rom melarikan diri dan menyeberang ke pulau-pulau di luar pantai, sehingga pada akhirnya para pelarian menubuhkan kota Venice. Walaupun kekuatan tentera Rom melemah dan saki-bakinya berada di Gaul, para tentera Hun juga melemah kerana kempen pertempuran yang tidak henti, wabak, dan kebuluran di Itali. Dalam pertemuan bersejarah dengan Pope Leo I, Attila bersetuju untuk menyerah kalah.
Empayar Hun semakin melemah saat kemangkatan Attila pada tahun 453 kerana tiada pemimpin seterusnya setanding beliau untuk meneruskan legasi mereka. Ramai antara mereka memberontak dan membentuk beberapa kumpulan, kemudian bertempur sesama sendiri untuk mendapatkan kuasa kepimpinan. Kaum Hun kemudian pupus ditelan invasi kaum seterusnya dan menghilang dari sejarah dunia.
SUMBER:
1. Sejarah ringkas dari video game Age of Empires II.
2. Gambar 1: Attila, the Scourge of God, by Ulpiano Checa, 1887
3. Gambar 2: : Map 10 Empires and Barbarians. The Fall of Rome and the Birth of Europe. Peter Heather. Oxford University Press, 2010. Map template adapted from user Andrei Nicu
4. Gambar 3: http://www.galleryhistoricalfigures.com/figuredetail.php?abvrname=AtillaMounted
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih