Maharaja China dikatakan mempunyai kuasa mutlak setanding dengan anak syurga. Bencana alam dan kecelakaan lain melanda tamadun sebagai bukti mandat maharaja berkuasa mutlak telah ditarik balik, serta sebagai bukti dari pemberontakan rakyat. Dalam kerjaya di istana diraja, Mandarin (pegawai atasan) adalah pekerja sivil konservatif yang menguruskan pentadbiran kawasan tempatan, wilayah, dan diraja. Mandarin biasanya memperoleh kedudukan mereka dengan melepasi ujian perkhidmatan sivil dengan soalan mengenai hasil karya Confucius.

Peradaban yang dibina oleh Kaum China dapat dijejak seawal Dinasti Xia lagi pada 2070 SM. Namun, tiada bukti kukuh mengaitkan kewujudannya. Dinasti Shang pada tahun 1600 SM dipersetujui setakat ini oleh sejarawan sebagai permulaan peradaban China. Selepas jatuhnya Shang, China memasuki zaman Dinasti Zhou pada tahun 1046 SM sebelum benar-benar berakhir pada 256 SM.

Dinasti pertama yang berjaya menyatukan seluruh China sejak tahun 221 SM adalah dinasti Qin setelah menamatkan Zaman Perang Kerajaan (Warring State Period) dengan menakluk 6 buah kerajaan saingan. Raja Zheng menabalkan dirinya sebagai maharaja pertama dalam dinasti Qin dan membuat perubahan drastik akan penyelarasan tulisan China, pengukuran dan nilai mata wang. Walau bagaimanapun, dinasti Qin hanya bertahan selama 15 tahun. Setelah kemangkatan maharaja Zheng, pemberontakan bermaharajalela akibat tidak tahan akan polisi pemerintahan baginda yang tegas.

Kemudian, dinasti Han mengambil alih pemerintahan China dari 206 SM hingga 220 M. Dinasti Han meluaskan jajahan melalui kempen ketenteraan, menakluk Asia Tengah, Mongolia, Korea Selatan dan Yunnan. Dinasti itu juga berjaya merampas kembali Guangdong dan utara Vietnam dari tangan kerajaan Nanyue. Dengan kerjasama kerajaan Sogdia, dinasti Han membina Jalan Sutera melintasi Asia Tengah menggantikan jalan lama yang melintasi pergunungan Himalaya ke India, seterusnya menjadikan dinasti Han sebagai dinasti yang kukuh ekonomi di zamannya.

Empayar Dinasti Han

Berakhirnya dinasti Han, zaman Tiga Kerajaan (220 – 280) berlaku dengan perpecahan tiga kerajaan iaitu Shu Han, Wei dan Wu. Dinasti Jin (265 – 420) pula mengambil alih pemerintahan China setelah menggulingkan kerajaan terakhir iaitu Wei. Selepas dinasti Jin akibat perang saudara, China berpecah lagi kepada dua kerajaan iaitu Dinasti Utara dan Selatan (420 – 589). Seterusnya dinasti Sui (581 – 618) muncul menyatukan China dan berusaha mengembalikan zaman kegemilangan seperti pemerintahan Dinasti Han dengan mengukuhkan sektor pertanian dan ekonomi serta mengukuhkan ajaran Buddha.

Selepas dinasti Sui, dinasti Tang memerintah China dari 618 hingga 907 Masihi. China di zaman dinasti Tang sangat berkuasa, terkaya dan mempunyai jajahan besar. Aktiviti perdagangan bersama pedagang asing semakin pesat dan golongan kelas atasan mulai meminati akan bidang kesenian. Dinasti Tang juga telah mencipta teknologi percetakan dan senjata api. Di akhir 100 tahun zaman dinasti Tang, berbalahan berlaku antara para jeneral sehingga berlaku peperangan yang tidak dapat dikawal oleh mahkamah diraja. Tambahan pula, pemberontakan para petani semakin berleluasan. Kemudian zaman Lima Dinasti terbentuk dari 907 hingga 960 Masihi di mana China utara dikuasai oleh para puak gasar manakala China selatan pula telah berpecah menjadi 10 buah kerajaan. Di zaman perpecahan itu, jeneral tentera bernama Zhao Kuang Ying meluaskan kuasanya dan menyatukan China selatan sehingga membentuk dinasti Song. Kemudian keturunannya meneruskan penyatuan China dalam 20 tahun.

Dinasti Song memerintah sebahagian China sehingga 1279. Zaman itu adalah salah satu dari zaman yang mengutamakan perkembangan budaya sehingga masuk ke zaman kegemilangan dalam bidang seni lukis landskap Cina. Sektor ekonomi laut juga berkembang secara mendadak, termasuk perdagangan luar kerajaan. Beberapa negara kota telah lahir dan populasi semakin meningkat. Manakala produksi makanan banyak dihasil melebihi populasi. Tidak kurang juga sector kewangan dan perindustrian, turut berkembang. Pokoknya, China di dinasti Song benar-benar berusaha menbentuk kerajaan terkaya. Berbanding di negara kota Eropah, tiada satu pun mampu menandingi populasi negara kota Chang An (Xi’an), Beijing, dan Guang Zhou yang seramai lebih 2 juta rakyat.

Kekayaan China membuatkan musuhnya tertarik kemudian berlaku serangan puak Mongol pada tahun 1206. Seterusnya mereka berjaya menggulingkan dinasti Song pada tahun 1279 dan memindahkan ibu kota ke Beijing. Kegemilangan dinasti Song berakhir dengan kematian seramai 30 juta oleh penaklukan puak Monggol. Dinasti Yuan berketurunan Mongol menyatukan seluruh China dan membina ketenteraan yang besar dan kuasa dunia. Pengaruh China kemudian menembusi ke seluruh Asia. Hanoi telah ditakluk sebanyai 3 kali dan ufti wajib kerajaan Burma beri. Perdagangan dengan India, Arab dan Teluk Parsi sedang membangun. Marco Polo, si pengembara dunia pernah melawat China ketika itu.

Bencana alam dan kenaikan cukai pada abad ke-14 Masihi telah menyebabkan pemberontakan rakyat tempatan. Sami Buddha kemudian bangkit menjadi salah satu ketua gerakan Red Turban, organisasi rahsia yang bertujuan menggulingkan maharaja Beijing. Para pemberontak telah menakluk Nanjing pada tahun 1356. 12 tahun kemudian, mereka menghalau puak Mongol dari Beijing kemudian membentuk dinasti Ming. Di zaman dinasti Ming, kebudayaan kembali berkembang dan kesatuan politik ditubuh yang mampu mengekalkan kekuasaan dinasti tersebut sehingga abad ke-20 Masihi. Dinasti Ming juga melaksanakan dasar tutup pintu dengan menghentikan sebarang perubahan dan inovasi, membatalkan aktiviti perdagangan luar kerajaan dan menutup Jalan Sutera.

Dinasti Ming setelah dinasti Yuan digulingkan.

Kunci terpenting dalam memahami ciri-ciri istimewa China di zaman pertengahan adalah penciptaan teknologi sendiri di mana tiada mana-mana tamadun mampu menandingi China terutamanya dunia Barat. Antara ciptaan keluaran China adalah kompas, kereta sorong, sempoa, abah-abah kuda, sanggurdi (tempat berpijak tergantung dari pelana kuda), jam, peralatan besi, keluli, kertas, mesin percetakan, wang kertas, senjata api, dan alatan kemudi.

Kejatuhan Ming membuka kepada kemasukan orang Manchu ke dalam China sekaligus menamatkan zaman dinasti-dinasti yang diperintah oleh orang Cina sehinggalah Dinasti Qing diruntuhkan pada tahun 1912, sekaligus membuka kepada Republic Of China yang bertahan bermula 1912-1942 yang diperintah oleh puak Nasionalis sebelum Komunis mengambil alih tampuk pemerintahan pada 1949 sehinggalah ke hari ini dan China dikenali sebagai People Republic’s Of China.

RUJUKAN:

  1. Sejarah ringkas dari video game Age of Empires II.
  2. Adshead, S. A. M. (2004).T’ang China: The Rise of the East in World History. New York: Palgrave Macmillan. p. 54
  3. Bodde, Derk. (1986). “The State and Empire of Ch’in”, inThe Cambridge History of China: Volume I: the Ch’in and Han Empires, 221 B.C. – A.D. 220. Edited by Denis Twitchett and Michael Loewe. Cambridge: Cambridge University Press.
  4. City University of HK Press (2007).China: Five Thousand Years of History and Civilization. 71
  5. Daily Life in China on the Eve of the Mongol Invasion, 1250–1276. Stanford University Press. 1962. p. 22.
  6. “Northern Song dynasty (960–1127)”. Metropolitan Museum of Art. Retrieved27 November2013.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.