Sejarah pernah mencatat kewujudan kaum asal di Afrika Utara pada abad ke-8 SM walaupun dari segi arkeologi kaum ini wujud sekitar 2000 SM. Kaum Berber pada asalnya adalah kaum nomad. Segelintir dari mereka pernah menetap dalam tempoh yang lama untuk aktiviti pertanian. Kaum ini pernah menjalin hubungan baik dengan kaum asal lain seperti Carthage dan koloni Yunani Kuno yang menetap di Afrika Utara. Kata ‘Berber’ sendiri orang Yunani gelarkan kepada kaum asal yang berasal di Utara Afrika, lebih tepat di Barat Mesir. Nama tempatan bagi kaum Afrika Utara ini adalah Amazigh.
Sehingga kurun ke-3 dan kedua SM, gabungan kaum Libyo-Berber membentuk kerajaan pertama iaitu Numidia dan Mauritania. Kedua-dua kerajaan ini kemudian jatuh di tangan empayar Rom, memaksa kaum Berber meninggalkan legasi empayar mereka. Pada abad ke-5 Masihi, kaum Vandal dari Jerman Timur menyerbu empayar Rom di Afrika Utara dengan kerjasama kaum Berber.
Tidak cukup dengan Rom, empayar Byzantine (Rom Timur) pula pemangsa seterusnya. Byzantine telah melakukan beberapa cubaan menakluk Afrika Utara pada abad ke-6 Masihi. Walaupun tentera Byzantine telah menakluk beberapa jajahan namun ia sementara saja kerana kegigihan kaum Berber pertahankan tanah mereka. Abad seterusnya, permusuhan pemerintah Byzantine dan kaum Berber semakin memuncak disebabkan penindasan terhadap golongan pendakwah Kristian penting Byzantine, Arian dan Donatist. Kaum Arab Muslim (Kerajaan Bani Umayyah) melihat kekalutan tersebut sebagai peluang terbaik menakluk Afrika Utara dan telah berjaya pada pertengahan abad ke-7 Masihi. Kaum Arab mengukuhkan penguasaan mereka dengan membina kota baru (yang terkenal kota Qayrawan di Tunisia), menyebarkan agama Islam dan menjalin hubungan baik dengan kaum Berber.
Pada tahun 711 Masihi, skuad tentera gabungan Berber dan Arab di bawah perintah Tariq ibnu Ziyad dan Musa ibnu Nusayr menyeberang ke Semenanjung Iberia (Portugal dan Sepanyol), mengalahkan raja kota Visigoth iaitu Roderic dalam Pertempuran Guadalete, seterusnya menakluk seluruh Iberia.
Tentera kaum Berber masyhur dengan penggunaan perisai ringan dan tentera berkuda yang pantas. Mereka mempunyai tentera Genitour (zenata dalam sebutan Berber), tentera berkuda yang unik dengan tunggangan unta serta menggunakan lembing sebagai senjata yang diasah khas supaya mampan bertarung dengan pelbagai jenis tentera. Kuda milik kaum Berber terkenal dengan sifat agresif yang menjadikan batu loncatan kepada tentera berkuda dalam pertempuran.
Selain mempunyai sistem ketenteraan yang mantap, empayar gabungan kaum Berber dan Arab Muslim, yakni Kerajaan Umayyah yang meliputi Afrika Utara dan Semenanjung Iberia menjadi pusat kebudayaan dan perdagangan selama berabad lamanya. Empayar itu juga kaya dengan seni bina sehingga mampu menbina bangunan yang agung seperti Alhambra di Granada, La Mezquita di Cordoba, Masjid Koutoubia di Marrakesh, dan Menara Hassan di Rabat. Sektor perdagangan di empayar muslim telah menguntungkan kaum Berber sendiri terutamanya emas yang diperoleh dalam aktiviti laluan perdagangan Trans-Sahara, laluan strategik dalam ekonomi kawasan laut Mediterranean di zaman pertengahan. Sektor maritim empayar juga gah dengan armada tentera laut yang utuh dan menjadi simbolik kekuasaan tentera laut berabad-abad lamanya.
Pada tahun 909 Masihi, ada kuasa baru menyaingi kerajaan Umayyah iaitu Khalifah Syiah Fatimiyyah (909 – 1171). Ketua Fatimiyyah, Ubayd Allah, mendakwa dirinya sebagai Imam, khalifah dan Imam Mahdi, sehinggakan dakwaan itu telah diturunkan secara turun-temurun kepada tokoh-tokoh politik seterusnya. Penjajahan empayar Khalifah Fatimiyyah sehingga menaungi Magrib (kawasan Afrika Barat Utara mecakupi Magribi, Algeria, Tunisia dan Libya) telah memecah-belahkan empayar Umayyah Sepanyol sehingga menjadi beberapa negera kota di bawah pemerintahan raja Muslim berasingan (Taifa).
Arabisasi kaum Berber berlaku disebabkan penaklukan Bani Hilal pada kurun ke-11 Masihi yang memberi kesan buruk terhadap aktiviti perdagangan dan pertanian di Magrib. Dinasti Almoravid (1040 – 1147) yang mempunyai sistem ketenteraan yang lebih baik, politik, ekonomi dan pengorganisasian agama yang stabil bangkit menakluk Magrib dari tangan Bani Hilal dan menceroboh Semenanjung Iberia sehingga sempadan kerajaan Kristian Sepanyol, menakluk beberapa buah Taifa. Seterusnya, Khalifah Almohad (1121 – 1269) berjaya menaungi empayar dinasti Almoravid dan hancurkan kerajaan Castile di Sepanyol dalam Pertempuran Alarcos pada 1195, seterusnya menyebarkan pengaruh politik mereka. Dalam kekuasaan empayar Almoravid dan Almohad, dunia Muslim di Barat (bahagian Iberia dan Maghrib) telah mencapai kemuncak dalam sektor kebudayaan dan politik.
Dunia Muslim Barat mancapai zaman keruntuhan apabila kesatuan kerajaan Kristian Sepanyol, iaitu kerajaan Castile – Aragon menggulingkan Amir Nasrid yang memerintah Granada, menjadikan Semenanjung Iberia milik empayar Sepanyol Kristian. Kurun ke-16 Masihi, Turki Uthmaniyyah menguasai Magrib, seterusnya meletakkan negara Magribi di bawah kekuasaan dinasti Sa’adian (1549 – 1654).
Kini, ramai kaum Berber tinggal di negara-negara Maghrib terutamanya Maghribi dan Algeria. Tidak kurang juga ramai kaum Berber telah diasimilasi menjadi Arab Maghribi. Ada juga antara kaum Berber bermigrasi ke Eropah seperti Belgium dan Perancis, seterusnya menjadi imigran tetap.
SUMBER:
- Sejarah ringkas dari video game Age of Empires II.
- Brett, Michael; Fentress, Elizabeth (1997),The Berbers (The Peoples of Africa)
- Hoffman, Katherine E., and Susan Gilson Miller, eds. Berbers and Others: Beyond Tribe and Nation in the Maghrib(Indiana University Press; 2010) 225 pages; scholarly studies of identity, creativity, history, and activism
- Martins, J. P. de Oliveira (1930),A History of Iberian Civilization, Oxford University Press
- https://www.britannica.com/topic/Berber
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih