Selama ini kebanyakkan kita tahu bahawa sistem kasta selalu dikaitkan dengan amalan Hinduism di India. namun mungkin tak ramai yang tahu sebenarnya terdapat elemen kasta yang terhasil daripada integrasi budaya Hindu yang berkembang sejak 2,000 tahun lalu di India, sedikit sebanyak telah mempengaruhi sosiobudaya komuniti Islam Asia Selatan khususnya di Pakistan dan India.
Dalam konteks masyarakat Islam di Asia Selatan, perbezaan status sosial di kalangan masyarakat di India dapat dilihat dari sudut kelompok yang mempunyai ‘high social status’, antaranya ialah golongan Ashrāf iaitu kelompok berketurunan bangsawan Arab Muslim, manakala kelompok ‘non-ashrāf’ pula adalah golongan mualaf yang biasanya terdiri daripada penduduk tempatan.
Sekurang-kurangnya golongan Ashrāf dibahagikan kepada empat sub-kumpulan iaitu dari golongan (1) Sayyid (keturunan Nabi Muhammad S.A.W melalui anaknya Fatimah dan Ali), (2) Syaikh (Pemimpin/Tuan Terhormat) terutamanya dari keturunan Arab atau Parsi, kadangkala orang Rajput mualaf yang berketurunan kasta tertinggi di India Utara juga termasuk di dalam sub-kumpulan ini. (3) Pashtun iaitu kumpulan etnik yang bertutur dalam bahasa Pashto di Afghanistan dan Barat Laut Pakistan. (4) Mughals iaitu bangsa Turkic yang menguasai hampir seluruh benua India semasa abad ke-15 melalui ekspedisi ketenteraan Empayar Mughal.
Bahkan ‘kasta Muslim’ bagi bukan ashrāf (non-ashrāf) juga dibahagikan kepada tiga peringkat status; status teratas misalnya golongan mualaf yang dahulunya mempunyai status terhormat dalam hierarki Hindu seperti Rājput.
Seterusnya golongan artisan seperti Julāhā, asalnya bekerja sebagai penenun atau yang menjalankan perniagaan. namun golongan yang sentiasa tidak bernasib baik adalah mereka yang dari golongan untouchable, ada di antara mereka tetap meneruskan pekerjaan tradisi sebagai hamba dan pembuat kerja-kerja najis walaupun telah menukar agama.
Dua daripada elemen utama dalam sistem kasta Hindu, komensal dan endogami iaitu prinsip untuk memisahkan masyarakat berdasarkan status sebenarnya tidak kelihatan begitu kuat diamalkan dalam ‘kasta Islam’, tapi ia tetap wujud dan diamalkan di sebahagian tempat.
Komensalisme iaitu interaksi sosial secara perkahwinan adalah dilarang sama sekali bagi golongan Ashrāf dan bukan Ashrāf, atau antara Muslim dan Hindu dan mana-mana kasta bukan ashrāf. Konsep endogami hanya membenarkan perkahwinan dibuat dalam lingkaran status sosial yang sama sahaja. Malah konsep endogami ini disempitkan lagi amalannya, jika di Asia Selatan lebih dikenali sebagai biyahdārī.
Umat Islam yang datang ke benua kecil India semasa penaklukan empayar Islam pada abad ke-12 sejak awal lagi telah pun didedahkan dan dibahagikan kepada kelas-kelas sosial termasuk agamawan, bangsawan dan lain-lain.
Pengasingan kaum turut membataskan interaksi sosial antara mualaf tempatan dengan migran Islam dari luar. Orang Islam dari luar mempunyai status yang lebih tinggi berbanding orang tempatan kerana mereka dilihat lebih masyur sebagai penakluk/penguasa selain turut mengidentifikasikan diri mereka sebagai Ashraf.
Menurut M. N. Srinivas dan R.K. Bhattacharya, penganut Hindu India yang memeluk Islam membawa tradisi kasta mereka kepada masyarakat Islam di rantau itu. Namun Louis Dumont (1957) berpendapat sebaliknya, penguasa Islam secara sedar menerima pakai kasta kerana terpaksa dibuat dalam persekitaran yang kebanyakannya beragama Hindu.
Ada banyak elemen kasta yang diamalkan sebahagian orang Islam di Asia Selatan, hampir tidak ada beza dengan kasta varna Hindu yang kita sedia tahu sebelum ini.
Di sebuah perkampungan Muslim di Pakistan meletakkan layanan dua darjat kepada komuniti Islam yang bekerja sebagai tukang sapu. kumpulan ini dianggap level paling bawah dan mereka tak layak menyentuh periuk makanan golongan Muslim yang lebih tinggi darjatnya. Di negeri Bihar, India juga wujud penentangan oleh golongan Muslim kasta tinggi yang melarang kubur Muslim kasta bawahan dikebumikan di tanah perkuburan yang sama.
Selain itu, apa yang berlaku di Asia Selatan lebih kepada justifikasi untuk menerima ‘Arab supremacy’ di kalangan bangsa bukan Arab kerana dalam tradisi Arab, penanda aras tertinggi dalam klasifikasi hierarki ialah nasab. melalui keturunan, orang Arab lebih unggul daripada orang Islam bukan Arab (Ajami). seorang bukan Arab yang terpelajar (Ajami) sama dengan seorang Arab yang jahil; seorang Qazi (hakim Muslim) atau seorang Faqih lebih tinggi kedudukannya daripada saudagar daripada seorang peniaga.
Islam sememangnya tidak mengiktiraf konsep kasta apatah lagi idea sosial kelas yang membezakan darjat manusia dengan pangkat dan keturunan. Idea berdasarkan nasab dimulakan oleh Ziauddin Barani, pemikir politik dan sejarawan Kesultanan Delhi pada abad ke-14.
Ziauddin mencadangkan ‘Sons Of Muhammad'(Ashraf) atau setiap keturunan Nabi Muhammad S.A.W diberikan status sosial yang lebih tinggi berbanding keturunan bukan Ashraf. Bahkan mereka akan diutamakan berbanding undang-undang Syariah jika berlaku konflik di antara mereka. Lama kelamaan masyarakat India Muslim juga berpecah disebabkan pengaruh sistem yang diamalkan secara tradisi di Asia Selatan.
RUJUKAN:
Delage, Remy (29 September 2014). Muslim Caste In India
Kanmony, J. Cyril (2010). Dalits and Tribes of India
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih