Apa itu karya agung? Karya agung adalah hasil penulisan kerana nilainya sebagai khazanah ilmu dan budaya sepanjang zaman. Ianya mempunyai teknik kepengarangan yang tinggi dan bahasa yang indah. Contohnya seperti karya Shakespare, Sun Tzu, dan sebagainya. Bangsa Melayu juga tidak terkecuali mempunyai karya agungnya yang tersendiri. Antara karya agung Melayu
Hikayat Merong Mahawangsa
Dipercayai ditulis sekitar 1800. Menceritakan tentang sejarah dan asal-usul negeri Kedah. Walaupun mempunyai unsur mitos dan lagenda tetapi ada fakta yang tepat. Pengkaji beranggapan mitos dan lagenda yang ada bertujuan untuk hiburan dan mencantikkan cerita oleh sang penglipura.
Hikayat Raja Pasai
Dipercayai ditulis 1280-1400 M yang mengandungi ilmu tentang sejarah kesultanan Pasai. Mengandungi tulisan mengenai kehebatan raja Pasai, Salasiah raja, kedatangan Islam ke bumi Pasai dan turut mengandungi kezaliman Raja Pasai. Malah turut ada ilmu mengenai firasat mimpi.
Sulatus Salatin
Ditulis oleh Tun Seri Lanang yang dikarang pada tahun 1612. Ianya ditulis atas perintah Sultan Abdullah Maayah Syah dengan tujuan sebagai nashkah yang menjadi rujukan anak cucu orang Melayu kelak.
“Bahawa beta minta diperbuatkan hikayat pada Bendahara peri persetua dan peri petuturan raja-raja Melayu dengan istiadat sekali; supaya diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudian daripada kita, diingatkannya oleh mereka itu; syahadan beroleh faedahlah ia daripadanya,”
Memberi maklumat penting tentang asal-usul negeri Melaka, pentadbiran, konflik seperti perang, adat dan budaya.
Hikayat Abdullah
Ditulis oleh Munsyi Abdullah yang berasal dari Melaka. Dilahirkan pada tahun 1796 berjurai keturunan India Muslim berketurunan Arab. Pada tahun 1815 belajar Inggeris. Pada tahun 1819 mengembara Singapura untuk berkhidmat dengan Stamford Raffles. Meninggal di Jeddah pada tahun 1854. Mencatatkan peristiwa yang berlaku pada zamannya dari segi politik, ekonomi, budaya, agama dan sebagainya.
Tuhfat Al Nafis
Ditulis oleh Raja Ali Haji yang dilahirkan pada tahun 1809 di Pulau Penyengat sebuah pulau di Riau. Bersusur galur keturunan Raja Haji, keluarga bangsawan Bugis yang terkenal. Menjadi masyur kerana karangannya menepati penulisan sejarah moden pada ketika itu. Mengandungi pelbagai maklumat kesultanan Riau dan Johor. Turut mengandungi salasiah Raja-Raja Melayu.
“Raja Seri Teri Buana ialah raja Melayu yang asal yang turun daripada Bukit Seguntang lalu ke Palembang kemudian lalu ke Bentan kemudian kerajaanlah ia di Singapura. Syahdan berpanjanganlah hikayatnya itu di dalam Sejarah dan Siarah Melayu”
Misa Melayu
Ditulis pada abad ke-18 yang ditulis oleh Raja Chulan. Karya ini menulis tentang asal-usul negeri Perak dan pentadbirannya seperti salasiah kesultanan negeri Perak. Misa Melayu banyak memberi tumpuan tentang sejarah pentadbiran Sultan Iskandar Zulkarnain yang dipuji kebijaksaan dan kepahlawannya. Ini kerana Sultan Iskandar telah menyatukan negeri Perak yang telah berpecah dua. Selain itu turut disentuh struktur politik, adat dan budaya ( kahwin, cerai dan istiadat diraja ), ilmu perubatan dan agama.
Sumber
Sastera Rakyat Melayu : Sejarah Dan Genre Utama. Nang Naemah Nik Dahalan. Jurnal Al Muqadimah.
Munsyi Abdullah. Hikayat Abdullah. 1997. Pustaka Antara.
A Samad Ahmad. Sejarah Melayu Edisi Pelajar. DBP.
Perpustakaan Negara Malaysia. http://myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1327/1/MDSS_2001_Bil29_05.pdf
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
1 Comment
dimana selalunya jual karya2 agung ni atau memang karya agung tidak boleh dijual atau dibeli ?