Jepun ini bukan semua kita kena contohi. Banyak juga cara hidup mereka yang kononnya nampak sempurna, tapi sebenarnya musnahkan diri sendiri. Salah satunya, budaya Karoshi, yang bawa maksud ‘kematian akibat terlebih kerja.’
Jadi, bila budaya ini berakar umbi dalam masyarakat di Jepun?
Tahun 1969, mangsa pertama karoshi ini ialah pemuda berusia 29 tahun yang meninggal akibat strok selepas bekerja lebih masa dengan sebuah syarikat akhbar di Jepun. Tahun 1988, kajian pekerja laporkan yang 1/4 daripada pekerja lelaki Jepun ini bekerja lebih 60 jam seminggu!
Malah, pada tahun 1988 itu jugalah diwujudkan Talian Hotline Karoshi yang terima banyak aduan daripada pekerja yang tertekan akibat terlebih bekerja. Ada juga aduan yang datang daripada ahli keluarga mereka yang meninggal akibat karoshi ini.
Apa sebabnya karoshi ini berlaku?
Sebenarnya, insiden mati akibat terlebih kerja ini bukan sahaja berlaku di Jepun, namun, kadarnya adalah sangat tinggi di Jepun disebabkan beberapa faktor.
Pertama, disebabkan cara Jepun ini tak suka konfrontasi dengan orang lain, maka kesatuan sekerja pun pasif dalam mengendalikan hal-hal berkaitan pekerja yang alami masalah terlebih kerja ini.
Kesatuan sekerja tak berani nak suarakan masalah ini pada orang atasan. Ekonomi memanglah berkembang baik tanpa konfrontasi antara pekerja dan syarikat, tapi ia juga beri tekanan pada mereka. Makna kata, langsung tidak melawan cakap.
Seorang peguam, Yusuke Kasagi ada beritahu, dalam 10 tahun kerjayanya, tidak pernah sekali pun ada kes yang libatkan protes kesatuan sekerja terhadap layanan tak adil terhadap pekerja. Pada mereka, semuanya baik belaka.
Satu lagi penyebab karoshi ini adalah masalah budaya tempat kerja itu sendiri. Di Jepun ini, ia perkara biasa bagi pekerja untuk sembunyikan waktu kerja sebenar mereka sama ada dengan arahan majikan mereka atau atas kerelaan mereka sendiri. Sudah jadi budaya mereka untuk berasa malu untuk dedahkan perkara tak adil yang berlaku di tempat kerja.
Kerja berlebihan ini bukanlah atas kerelaan para pekerja, tapi jika sudah tiada pekerja untuk tanggung tugas, apa pilihan mereka? Masalah kurang pekerja ini jadi akibat kadar kelahiran di Jepun yang rendah, jadi makin berkurang pekerja muda untuk ambil tanggungjawab itu.
Sekarang ini, perkara ini dah jadi satu masalah yang meruncing di Jepun. Ahli keluarga semakin risau jika tempoh masa kerja ini makin bertambah sehingga 70 jam seminggu.
Ramai keluarga yang kehilangan anak dan adik-beradik akibat karoshi mula sertai kempen untuk elakkan perkara ini daripada berulang. Kata salah seorang daripada mereka, “Tiada kerja yang lebih penting daripada hidup kita sendiri.” Perkara-perkara yang tidak berubah dalam hidup ini adalah penting kerana kita boleh meletakkan sepenuh keyakinan tentang bagaimana ia akan membentuk masa hadapan.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih