Jika ditanya mana-mana ahli komuniti arkeologi tentang tapak arkeologi tertua di dunia, sudah pasti ramai akan menyebut Gobekli Tepe. Tetapi kajian yang sedang dijalankan di Karahan Tepe mendapati tapak kembar Gobekli Tepe itu sebenarnya lebih tua daripada apa yang disangka.

Karahan Tepe terletak kira-kira 35 km di timur Gobekli Tepe. Selama bertahun-tahun, saintis membuat pelbagai penemuan menarik seperti obelisk-obelisk berbentuk T dengan berat beberapa tan. Kebanyakan obelisk ini turut mempunyai motif ukiran haiwan liar sama seperti obelisk di Gobekli Tepe sekaligus mendorong para pengkaji menimbang kemungkinan usia Karahan Tepe melebihi angka 12,000 tahun yang diletakkan pada Gobekli Tepe.

Salah seorang pengkaji arkeologi di Karahan Tepe, Profesor Dr Necmi Karul memberitahu Karahan Tepe merupakan sebahagian daripada 12 tapak arkeologi yang berasal dari era sama seperti Gobekli Tepe. Setakat November 2020, terdapat 250 buah obelisk bermotifkan haiwan liar ditemui di situ.

Andainya benar usia sebenar Karahan Tepe melebihi 12,000 tahun, ini secara tidak langsung mengesahkan teori ketua ekspedisi arkeologi ke Gobekli Tepe Profesor Klaus Schmidt berkenaan pembinaan tapak-tapak antikuiti ini. Sebelum meninggal dunia pada tahun 2014, Profesor Schmidt percaya pembinaan kompleks kuil-kuil ini memerlukan jumlah tenaga kerja yang ramai.

Beliau juga percaya sebagai menjamin akses bekalan makanan dan air kepada para pekerja di situ, aktiviti pertanian turut dijalankan sekitar kawasan berkenaan. Ini berdasarkan penemuan tu.la.ng-tu.la.ng haiwan ternakan seperti lembu, kambing dan kibas sekitar Gobekli Tepe.

Yang pasti, potensi Karahan Tepe sebagai titik sifar masa sememangnya sesuatu yang mengujakan ramai pengkaji arkeologi sejak 2015. Ini selepas lebih banyak dana diperuntukkan oleh kerajaan Turki untuk menyokong kerja-kerja ekskavasi bukan saja di Gobekli Tepe tetapi di kawasan sekitarnya termasuk Karahan Tepe.

Salah seorang pengkaji yang percaya dengan potensinya ialah Profesor Jens Notroff dari Institut Arkeologi Jerman. Beliau melihat Gobekli Tepe berperanan sebagai kuil utama untuk kegunaan penduduk ketika itu. Sementara tapak-tapak lain seperti Karahan Tepe berperanan sebagai kuil-kuil kecil.

Beliau percaya tapak-tapak ini berperanan sebagai tempat para pemburu-pengumpul hasil bertemu, membuat sembahan dan membina struktur-struktur bersifat gergasi. Struktur-struktur ini dibina sebagai sebahagian daripada projek komuniti dan sebagai cara menonjolkan kekayaan mereka kepada orang luar dan penduduk sekitarnya.

Menyedari kepentingan dua tapak ini kepada naratif sejarah dunia, kerajaan Turki menerusi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan melaksanakan Projek Penyelidikan Neolitik Sanliurfa (Projek Tas Tepeler). Untuk fasa pertama projek, ekskavasi akan dijalankan sekitar Ayanlar, Yogunbur, Harbetsuvan, Kurttepesi, Tasli Tepe dan Karahan Tepe. Fasa pertama akan berlangsung dari tahun ini hingga 2024.

Bagi Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Mehmet Nuri Ersoy, Gobekli Tepe dan Karahan Tepe merupakan bukti kewujudan aktiviti tenaga kerja terancang dan khusus pertama dalam sejarah peradaban manusia. Beliau percaya dengan lebih banyak artifak baru ditemui di tapak-tapak ini, ia akan menambah pengetahuan manusia tentang era pra-sejarah termasuk cara hidup dan ritual harian mereka.

Rajah 1: Mehmet Nuri Ersoy

Projek ini menyaksikan kerajaan Turki bekerjasama dengan pemegang-pemegang taruh termasuk 12 buah institusi dan pertubuhan. Ini termasuk lapan buah universiti tempatan dan antarabangsa. Nuri Ersoy turut mengalu-alukan penyertaan lebih ramai penyelidik untuk projek ini kerana ia dapat membantu mereka memperuntukkan dana besar kepada semua pemegang taruh sepanjang tempoh fasa satu projek.

Kebanyakan artifak yang ditemui di Karahan Tepe kini menjadi bahan Pameran Manusia Neolitik dan Karahan Tepe di Muzium Arkeologi Sanliurfa. Pameran tersebut dibuka pada 23 September 2021 sebagai sebahagian daripada acara perlancaran Projek Tas Tepeler.

Contoh bahan pameran Karahan Tepe di Muzium Arkeologi Sanliurfa:

RUJUKAN:

 

Cowie, Ashley. (2020, 14 November). Breakthrough Discovery: Karahan Tepe is Older Than Göbekli Tepe. Ancient-Origins.

VOI. (2021, 25 September). Turkey Introduces Karahantepe As Neolithic Heritage Project.

Sumber gambar: DHA


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.