Setiap kapal yang karam di lautan dunia mengandungi pelbagai kisah tersendiri. Titanic dianggap simbol kesombongan manusia yang menyangka dapat mengatasi kekuatan Dia dengan membina kapal yang tidak boleh ditenggelamkan. Bagi Amsterdam pula, ia membawa kisah apa yang hilang sekian lama akan ditemui semula.

Berminat nak dapatkan kad raya Patriots dan sampul raya? Beli di: t.ly/D0J9

Kapal Amsterdam merupakan sebuah kapal kargo yang diperbuat daripada kayu oak dan menjadi kebanggaan industri perkapalan Belanda pada abad ke-18. Ia diterajui oleh nakhoda Willem Klump, 33, seorang kapten muda tapi kaya dengan pengalaman maritim. Beliau biasanya dibantu oleh 240 orang kelasi bagi memastikan pelayaran kapal berjalan lancar.

Melihat kepada asal-usulnya itu, tidak terkejut yang mengusahakan pembinaannya ialah Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC). Bersesuaian dengan peranannya sebagai kapal dagang, ia dapat menempuh pelayaran jauh dari Eropah ke Asia dan membawa kargo berharga seperti rempah-ratus, emas dan tekstil.

Memandangkan tempoh perjalanan yang lama iaitu lapan bulan, Amsterdam turut mempunyai kapasiti simpanan makanan mencukupi tanpa mengorbankan ruang untuk kargo berharga. Amsterdam memulakan pelayaran sulungnya pada 15-19 November 1748 dan berjaya tiba di Betawi di Pulau Jawa tanpa sebarang masalah.

Bagaimanapun, semasa dalam perjalanan pulang ke Belanda, rombongan Amsterdam seramai 335 orang dilanda wabak demam kuning. Ini mengakibatkan ramai orang menderita dan ma.ti akibat penyakit tersebut. Di sebalik cubaan tersebut, Klump berjaya memastikan kapal berlayar dengan lancar semasa perjalanan tersebut.

Tetapi, nasib ma.la.ng menimpa Amsterdam pada 26 Januari 1749 semasa berlayar merentasi Selat Inggeris. Kapal itu dibadai ribut yang dahsyat selama beberapa hari yang mengakibatkan ia karam dan tertanam di bawah timbunan pasir dan lumpur di Teluk Bulverhythe, St. Leonards-on-sea. Kesemua kargo bernilai itu tidak lagi disaksikan dunia selama beberapa abad sehingga tahun 1969.

Berminat nak dapatkan kad raya Patriots dan sampul raya? Beli di: t.ly/D0J9

Selama beberapa abad, penduduk tempatan yang menetap sekitar Hastings tahu tentang khabar angin sebuah kapal yang karam dan tertanam dalam timbunan pasir di situ. Jika bernasib baik, ada penduduk yang menemui barang berharga tidak jauh dari lokasi kapal.

Tetapi sekiranya penjarah mahu mendapatkan semua artifak di situ, mereka sedar ia merupakan kerja sia-sia. Ini kerana kerja-kerja mengalihkan timbunan pasir dan lumpur dijangka akan mengambil masa lama. Selain itu, mereka juga memerlukan kos kewangan yang tinggi untuk menjayakan usaha berkenaan.

Oleh sebab itulah, apabila Yayasan Kapal VOC Amsterdam melaksanakan kerja ekskavasi di tapak kapal berkenaan dari 1984 hingga 1986, kebanyakan artifak berharga masih ada di situ dan dalam keadaan yang baik. Begitupun, pihak yayasan tidak mahu mengambil risiko walaupun ia tertanam dalam pasir sejauh lapan meter.

Rajah 1: Ban.gk.ai kapal Amsterdam di Teluk Bulverhythe

Kerangka besi dipasang pada badan kapal bagi mengekalkan keutuhannya. Selain itu, mereka turut memasang kamera berhampiran lokasi kapal untuk tujuan keselamatan. Kebetulan pula, lokasi kapal berkenaan terletak dalam lokasi sama sebuah hutan Zaman Gangsa yang diberi status kawasan warisan oleh pihak berkuasa UK. Ini bermakna semua aset berstatus warisan di kawasan berkenaan akan dipantau pihak berkuasa termasuk lokasi ban.gk.ai kapal Amsterdam.

Semasa kerja ekskavasi sedang berjalan, pihak yayasan turut menggerakkan projek membina replika kapal di Lelystad. Pada tahun 1990, replika kapal berkenaan dibawa berlayar kembali ke Amsterdam. Ia kini berlabuh tidak jauh dari Muzium Maritim Belanda dengan pameran artifak kapal ditempatkan di situ. Sebahagian artifak Amsterdam turut ditempatkan di Muzium Ban.gk.ai Kapal di Hastings.

Rajah 2: Replika kapal Amsterdam dari bahagian belakang.

Pihak muzium sedang mengumpul dana untuk menjayakan usaha ekskavasi kapal dan menempatkannya sebagai bahan pameran. Sekiranya ia dapat direalisasikan, ini boleh membantu pasukan penyelidik untuk menghasilkan pameran serupa dengan muzium-muzium maritim yang menempatkan kapal Sweden Vasa atau Mary Rose (England).


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.