Di sepanjang sejarah Angkatan Tentera Laut Amerika Syarikat (US Navy), sekurang-kurangnya sudah ada enam buah kapal US Navy yang membawa nama “New York,” tetapi hanya satu saja yang mempunyai ciri-ciri ‘pengorbanan’ rakyatnya sendiri, kerana bahan yang digunakan untuk memasang bahagian luan kapal itu adalah 7.5 tan sisa keluli dari World Trade Center yang telah ditempa.

Detik-detik sebelum WTC run.tuh.

Kapal itu turut diberikan nama bersempena kejadian tersebut, iaitu USS New York, namun ia tidak hanya sekadar memperingati peristiwa itu melalui nama dan bahan binaannya sahaja. Simbol pelaka kapal direka dengan imej menara berkembar di belakang burung phoenix yang sedang bangkit dan tulisan. “Never forget” sebagai motto kapal tersebut. Namun cogan katanya yang lengkap adalah “Strength forged through sacrifice”.

USS New York dari jarak dekat.

Kapal jenis dok pengangkut amfibia dari kelas San Antonio sepanjang 684 kaki ini mula ditugaskan pada 7 November 2009 di New York dan pelabuhan asalnya adalah di Naval Station Norfolk, sehinggalah ia dipindahkan ke Naval Station Mayport pada 6 Disember 2013.

USS New York, kapal dengan nombor badan LPD-21 ini adalah salah satu dari tiga kapal dok pengangkut amfibia yang dinamakan sempena memperingati para kor.ban ser.angan pengga.nas pada 11 September 2001. Batang luan kapal ditempa menggunakan sejumlah 7.5 tan keluli yang diambil dari sisa run.tuhan bangunan World Trade Center.

Sisa run.tuhan WTC yang digunakan

US Navy turut menamakan kapal kelapan dan kesembilan dari kelas Arlington dan Somerset, bersempena menghormati man.gsa ser.angan di Pentagon dan United Flight 93. Kapal USS New York amat sinonim dengan namanya, dan kali terakhir ia dilaporkan mengunjungi kota New York adalah pada bulan Mei 2019.

Beberapa barangan memorial yang berkait rapat dengan namanya itu boleh ditemui di setiap sudut kapal itu termasuklah pakaian seragam responden pertama ser.angan 9/11, plat nama asal dari kapal sebelumnya yang membawa namanya, dan pelbagai barangan tinggalan muzikal dari Broadway dan tim sukan New York City. Semua ini berperanan memberikan peringatan tentang sejarah 9/11 dan menanamkan rasa patriotik yang mendalam di jiwa setiap anak kapal.

Pada 10 Jun 2012 kapal itu ditugaskan buat pertama kalinya ke Selat Hormuz dan wilayah Teluk Parsi. Ia dikerahkan bersama angkatan Marin dari Batalion 1, Rejimen Marin ke-2, Divisyen Marin ke-2 dan kembali pada bulan Disember 2012 bersama dengan USS Iwo Jima, USS Gunston Hall dan pasukan Marin dari unit yang sama yang ditempatkan pada ketiga-tiga kapal tersebut.

Pelaka kapal

Pada bulan Jun 2014, kapal itu digunakan untuk membawa Ahmed Abu Khattala ke Amerika Syarikat. Abu Khatalla adalah suspek dari kumpulan Ansar Al-Sharia yang disyaki sebagai perancang dalam ser.angan Benghazi pada tahun 2012 terhadap perkarangan diplomatik Amerika Syarikat di Benghazi, Libya.

Pada 11 September 2017, USS New York tiba di pantai Florida untuk sebagai sebahagian daripada pengangkutan bantuan semasa Florida dilanda Taufan Irma 16 tahun selepas ser.angan pengga.nas 9/11/2001 dan pada hari yang sama.

USS New York juga pernah ditugaskan sebagai sebahagian daripada Bataan Amphibious Ready Group (BAT ARG) dan kembali ke Mayport pada bulan Julai 2020. Semasa bertugas, BAT ARG, Amphibious Squadron (PHIBRON) 8 dan Unit Ekspedisi Marin ke-26 melaksanakan latihan dan operasi di  Kawasan operasi Armada A.S. ke-2, ke-6 dan ke-5.

USS New York

Antara sorotan khidmat kapal ini yang lain melibatkan tugasan dengan Kerajaan Arab Saudi untuk menyelaraskan pelbagai evolusi latihan yang rumit di pulau Karan dan Kurayn yang tidak berpenghuni di Teluk Arab dan berfungsi sebagai pangkalan induk maritim untuk Marine Corps UH-1Y Venom dan helikopter AH-1W Super Cobra semasa latihan tem.bakan dinamik di Bize, Albania.

RUJUKAN:

Baldwin, Tom (22 May 2005). W.arship Built Out of Twin Towers Wreckage. The Times


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.