Siapa antara korang pernah nampak atau makan kangkung ni? Kalau tak pernah makan, pergi restoran sekarang dan order lauk kangkung! Kalau korang tak suka makan sayur, apa boleh buat, tak dapat merasa nikmat makan kangkung!
Kangkung atau water spinach (Ipomoea aquatica) ialah sayur yang tumbuh meliar di Asia Tenggara, Asia Timur (China), dan Asia Selatan (India). Tumbuhan ni banyak membiak di kawasan berair dan tanah lembap. Korang pergi je tepi sungai atau kawasan berlopak, biasanya banyak kangkung liar di sana.
Kangkung menjadi salah satu sayur-sayuran yang sedap apabila ditumis. Kita biasa memasaknya sebagai lauk kangkung belacan. Di Indonesia, mereka menyajikan mie kangkung. Orang Filipina pula menyajikan sejenis lauk bernama adobong kangkong, iaitu kangkung masak kicap. Orang Thailand juga macam kita, tumis kangkung dan menjadi sajian bernama phak bung fai daeng.
Pokoknya, kangkung begitu popular sebagai sayur bertumis dalam kalangan warga Asia. Tapi, sayur ini haram ditanam di negara Uncle Sam iaitu Amerika Syarikat (AS). Apa kangkung ni dah buat sampai AS tak nak sayur ini ditanam?
Menurut jabatan United States Department of Agriculture (USDA), kangkung ialah sejenis ‘invasive species’, atau spesis perosak kepada ekosistem tempatan. Kerana sifat kangkung yang laju membiak, tumbuhan tempatan di AS sukar bersaing dan banyak spesis tumbuhan sana mati. Jadi, demi mengawal pertumbuhan kangkung di AS, jabatan ini mengisytiharkan pengharaman menanam kangkung. Macam kangkung kena ‘ban’ masuk ke AS.
Walau bagaimanapun, kalau ada warga AS nak juga tanam kangkung, kena meminta kebenaran dan dapatkan permit dari USDA. Kalau kedapatan warga AS yang menanam kangkung tanpa permit, tindakan tataterbit akan dikenakan oleh kerajaan.
Walaupun USDA mengharamkan tanaman kangkung, pasar-pasar Asia di AS yang menjual barangan dari Asia selamba saja jual kangkung yang diimport dari peladang-peladang yang mengusahakan sayuran ini. Warga AS juga ramai menanam kangkung di tepi rumah kerana suka jadikannya sebagai lauk sayur bertumis. Secara tak lansung, warga AS jatuh cinta dengan sayur dari Asia!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih