Watak antagonis memang satu perkara biasa dalam setiap filem. Namun setiap zaman, agenda antagonis sentiasa berubah. Jika dulu, Darth Sidious ingin mengekalkan kuasanya sebagai Maharaja Galaksi.
Sauron pula mahu menguasai Middle-Earth. Lord Voldemort memang 100% mirip penguasa Jerman sekitar zaman 1940-an: benci orang yang disangka “tidak layak” dan ingin menguasai segalanya.
Tiada siapa faham apa yang Azog the Defiler mahu, kecuali menjadi boneka Sauron.
Siri filem Marvel pun tidak langsung lekang dengan antagonis. Ironmonger ingin menguasai Stark Industries. Loki mahu berkuasa di Asgard. Ultron ada agenda tersendiri iaitu menyelamatkan dunia daripada manusia.
Tetapi Thanos pula membawa pendekatan jauh berlainan. Beliau ingin mengawal imbangan alam semesta yang dianggap terlalu ramai.
Menurut Josh Brolin, watak Thanos ialah manifestasi bagi sisi tidak berhati perut walaupun memperjuangkan kebenaran (The Late Show with Stephen Colbert, 2018).
Inilah kekurangan Thanos, yang bersangka matlamat menghalalkan cara.
Disebabkan itu juga Thanos kelihatan terlalu berbudi pekerti dalam bicara dengan tindakannya bercanggah.
Sedangkan dengan Infinity Stones, beliau boleh saja menggandakan sumber alam – bukannya mengurangkan populasi alam semesta.
Sesiapa yang sangka dirinya boleh menentukan nasib orang sedang melaksanakan kerja tuhan. Infinity War menunjukkan Thanos dalam keadaan begitu: ingin buat kerja tuhan.
Dalam Avengers: Endgame, Thanos sedar kesilapannya. Selagi ada kenangan silam, populasi alam takkan menerima hakikat bahawa imbangan itu penting. Jadi mereka akan memb3rontak.
Masih enggan mengaku salah, Thanos buat apa yang semua penguasa cuba: ingin menjadi Tuhan. Akhirnya Thanos menjadi debu, meninggalkan satu legasi begitu besar dalam aspek keberterusan (continuity) Marvel.
Legasi Thanos
Ramai peminat Marvel sangka bahawa Galactus akan menggantikan Thanos. Stan Lee tidak mahu membuat seorang antagonis yang hanya mahukan kuasa. Jadi dalam kebosanan itu, beliau menciptakan Galactus yang juga cenderung dengan cara ketuhanan.
Bukan seorang jahat atau baik, Galactus cuma hanya lapar – dan kehidupan di setiap planet saja boleh mengenyangkannya (Lee, 1993). Sebaliknya Marvel memilih satu lagi watak yang mungkin lebih serius untuk dibandingkan dengan Galactus.
Nathaniel Richards merupakan seorang cendekiawan daripada Abad Ke-31 yang amat meminati sejarah. Dengan teknologi merentas masa hasil daripada Victor von Doom, beliau mengunjungi Mesir Purba untuk menjadi Firaun Rama-Tut.
Richards kemudiannya ditewaskan Fantastic Four daripada masa depan (masa lampau Richards tetapi masa depan Rama-Tut). Jadi Richards mengembara ke Abad Ke-20 untuk bertemu dengan von Doom yang disangka moyangnya.
Dalam abad ini, Richards menjadi Scarlet Centurion pula yang tewas pada tangan Avengers.
Dalam perjalanan kembali ke Abad Ke-31, Richards terlajak 1,000 tahun ke depan. Ketika itu Bumi telah h4ncur angkara pep3rangan dengan senj4ta begitu rumit untuk difahami. Jadi dengan keadaan
Bumi semakin r4nap, Richards berpendapat masa depannya hanya di masa lampau. Sejak hari itu, Richards menjadi seorang adikuasa antagonis bernama Kang the Conqueror.
Masalah Bermula dalam Ant-Man 3
Marvel tentu sekali sedar bahawa Ant-Man (2015) dan Ant-Man and the Wasp (2018) tidak mencapai keuntungan berbilion secara solo.
Jadi dalam Avengers: Endgame, Scott Lang diberikan anjakan besar. Malah anjakan ini diteruskan dalam Ant-Man 3 juga, filem pertama Kang the Conqueror akan muncul (Kroll, 2020).
Kang bukannya antagonis seperti Thanos, yang muncul dalam beberapa filem tetapi meninggalkan impak besar bermula dengan bonekanya.
Jadi masa depan MCU bermula dengan Ant-Man 3. Malah MCU juga dikatakan tidak akan mengikut komik sangat, kerana Kang mungkin mengambil alih tampuk Tony Stark sebagai Iron Lad (Child, 2020).
Walau apa pun pembawaan MCU kali ini, tentu sekali ramai ingin tahu masa depan selepas kekalahan Thanos dan kem4tian Stark.
RUJUKAN:
Child, B. (2020, September 18). Will the Fantastic Four follow Kang the Conqueror into the MCU? The Guardian.
Kroll, J. (2020, September 14). Jonathan Majors joins Marvel Cinematic Universe, lands major role in next ‘Ant-Man’ movie. Deadline.
Lee, S. (1993). Introduction. Marvel Masterworks: The Fantastic Four Vol. 5.
The Late Show with Stephen Colbert. (2018, Jun 20). Josh Brolin Reads Trump Tweets as Thanos. Minit 8:40.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih