Otak adalah organ yang menjadi ‘pusat’ untuk meneruskan aktiviti dalam tubuh organisma bertulang belakang selagi jantung masih mengepam darah. Mula dari sentuhan kulit sehingga menapis air dalam buah pinggang, hanya otak mampu memastikan kesemua sistem dalam tubuh berfungsi dengan baik.

Namun, baru-baru ini saintis menemui kandungan dalam otak manusia adalah sama dengan kandungan dalam testis iaitu organ penghasilan sperma dalam sistem pembiakan lelaki.

Menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal bertajuk Royal Society Open Biology, otak manusia mempunyai jumlah gen dan protein sama banyak dengan jumlah gen dan protein dalam testis.

Bagi mengesahkan penemuan ini, pengkaji membandingkan jumlah jenis protein yang hadir dalam tisu yang berbeza seperti tisu otak,testis, jantung, ovari, prostate, serviks (cervix), dan buah pinggang. Keputusannya adalah otak manusia mempunyai 14,315 jenis protein manakala testis mempunyai 15,687 jenis protein. Kedua-dua organ ini berkongsi 13,442 jenis protein yang sama.

Menurut pengkaji, persamaan jenis protein antara otak manusia dan testis menunjukkan kedua-dua organ ini berkongsi tisu yang sama dalam badan manusia. Tambahan pula, otak manusia dan testis berkongsi fungsi yang sama.

Otak manusia mempunyai neuron yang disokong oleh sel glial. Testis juga mempunyai sel sokongan juga iaitu sel Sertoli. Menariknya kedua-dua sel sokongan ini merembeskan lactase yang digunakan sebagai tenaga bagi neuron dan sel pembiakan.

Kedua-dua organ ini memerlukan tenaga yang banyak namun keperluan ini akan menyebabkan berlakunya tekanan oksidatif. Bagi mengelakkan tekanan ini berlaku, kedua-dua organ masing-masing menghasilkan dinding darah-otak dan darah-testis.

Selain mempunyai fungsi yang hampir sama, cara penghantaran bahan-bahan rangsangan juga hadir dalam otak manusia dan testis. Neuron perlu menghantar mesej kimia bernama neurotransmitter melalui proses eksositosis (exocytosis). Sel testis juga menggunakan proses yang sama untuk menghantar signal untuk benarkan rembesan sperma.

Bagaimana otak manusia dan testis terhasil dari tisu manusia yang sama masih menjadi misteri. Namun pengkaji buat masa ini bersepakat penghasilan ini terjadi oleh proses yang dinamakan sebagai ‘speciation’ atau pempelbagaian.

Menurut teori ini, tekanan pemilihan semula jadi (natural selection) menjadikan kemunculan manusia sebagai spesis yang berbeza dengan spesis haiwan lain, kemudian membantu pembentukan otak manusia dan testis menggunakan tisu manusia yang sama. Dalam erti kata lain, proses evolusi manusia adalah penyebab kepada penghasilan kedua-dua organ berbeza ini.

Terdapat juga teori menyatakan ada hubungan unik antara otak manusia dengan testis berkaitan dengan kebijaksanaan dan kualiti sperma. Semakin tinggi kebijaksanaan seseorang, semakin tinggi kualiti sperma dihasilakan. Namun teori ini masih dibahaskan relevannya.

Jadi, kalau nak bodohkan orang jangan kata ‘kepala otak kau di lutut’. Cakap macam ni:
Kepala otak kau di **** ????

RUJUKAN:

The Human Brain Is More Like A Testicle Than Any Other Organ. IFL Science.

Koumoundouros, T. (2 June 2021). Our Brains Have More in Common With Testicles Than You Ever Wanted to Know. Science Alert.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.